Bab 24

3 0 0
                                    

AKU pandang cermin sisi. Entah dari mana datangnya sebuah van merempuh keretaku. Aku tambah kelajuan hingga bergegar stereng.

NAmun apakan daya,van mereka naik itu berkuasa tinggi nak dibandingkan dengan keretaku ini... Upgrade selaju mana pun tak akan dapat sembunyikan diri daripada mereka.

Aku pusing masuk ke lorong gelap dengan laju kemudian parkir dan matikan enjin supaya lampu tidak bernyala.

Van mereka kehilangan jejakku jadi mereka terus maju ke hadapan. Mencari keretaku.

Jantung yang tadi berdehup kencang kian tenang apabila mereka tidak berpatah balik. Perlahan-lahan aku hidupkan enjin kemudian pecut pulang ke rumah.

Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 10 minit berubah menjadi 4 minit sahaja.

Barulah aku dapat menghembus nafas lega apabila kaki sudah menjejak masuk ke dalam lantai rumah. Segala pintu dan tingkap aku kunci kemas.

Usai bersihkan diri,aku berlalu ke dapur untuk masak sesuatu. Tak sempat nak makan masa kerja. Aku hanya masak makanan yang paling ringkas.

Nasi goreng dan telur mata.

Cukuplah untuk malam ini. Esoklah fikir lain kalau masih lapar. Otak aku dah cukup penat saat ini. Sudahlah aku lupa bayar bil elektrik. Maka elektrik rumah aku dipotong. Aku hidup saat ini berbekalkan lilin saja.

Sedang memasak tiba-tiba aku dengar benda jatuh di atas bumbung dengan kuat. Aku senangkan hati dengan berfikir kucing memanjat bumbung rumah.

Semasa ingin perlahankan api dapur,aku terdengar bunyi derapan tapak kasut di dalam rumahku. Sebagai langkah berjaga-jaga,aku pegang spatula dengan kejap.

Bungi derapan tapak kasut itu makin lama-makin rapat dengan diriku. Apabila derapan tapak kaki itu senyap,aku terasa seperti seseorang dekat denganku sehingga aku dapat mendengar deruan nafasnya.

Aku pejam mata. Tangan bergerak pantas menutup api dapur. Bibir aku muncungkan lalu meniup lilin yang menerangi rumahku.

Apabila dia bergerak untuk memerangkap diriku,dengan laju aku tunduk dan berdiri di belakangnya.

Spatula di tangan aku hayun ke kepalanya. Malangnya,spatula itu bengkok. Maklumlah,beli pun di Eco shop. Jadi tak boleh nak jangkakan kejadian gempak akan berlaku.

Aku campak spatula itu ke tepi dan menumbuk mukanya dengan sekuat hati. Alang-alang aku lepaskan segala penat lelah kerja dan kekecewaanku terhadap Ryu padanya.

Lelaki itu jatuh terduduk memegang hidungnya. Aku rasa aku terpatahkan hidungnya kerana tadi terdengar bunyi sesuatu sebaik saja penumbukku mendarat ke mukanya.

Aku mengetuk kepala lelaki itu menggunakan temoat pemegang spatula yang aku campak tadi. Nasib baik tak campak jauh-jauh. Lelaki itu yang tadi berusaha untuk bangun jatuh semula.

Selesai seorang kelaki,datang pula seorang lagi kelaki. Kali ini tubuhnya sedikit tinggi dari lelaki pertama menyerangku.

Lelaki ini betulkan posisi untuk menghayunkan penumbuk ke arah. Macam biasa,aku tunduk membiarkan dia menumbuk dinding bata. Lelaki itu berdesis kesakitan.

Aku tahan gelak dan senyum. Terhibur pula rqsa apabila melihat tangannya menumbuk dinding dengan kuat. Pada masa yang sama aku tak boleh bayangkan kalau aku tak elak tumbukannya tadi. Mahu berkecai muka aku.

Dia cuba lagi untuk tumbuk aku,aku elak. Malangnya,aku tersadung jatuh akibat terlanggar lelaki pertama tadi.

Dengan oantas aku bangun tetapi lelaki pertama memegang pergelangan kaki ku sekaligus mengunci pergerakanku.

Aku pejam mata. Jantungku berdegup kencang. Segala doa yang aku ingat aku baca. Deruan angin tangannya besarnya tiba-tiba berhenti.

Perlahan-lahan aku buka mata. Mataku melopong luas. Terkejut dengan apa yang berlaku di depan mata.

Aku sepak lelaki yang sudah jatuh tersungkur dengan tumbukanku tadi dan berlari menjauhi penumbuk yang sudah hampir dengan wajahku.

Seorang lagi lelaki yang datang entah dari mana menarik belakang baju lelaki kedua hingga pergerakannya terhenti.

Disebabkan perlawanan mereka kelihatan ekstrem, aku berlari anak ke dapur lalu mengambil belanga yang aku guna untuk memasak nasi goreng tadi. Risau terpelanting jatuh nasi gorengku ini.

Aku letak periuk ini jauh dari dapur.

Aku capai selimutku untuk menutupi tubuhku yang terdedah. Aku duduk atas katil dan melihat perlawanan ekstrem antara lelaki baik dan jahat. Sayangnya aku tak dapat melihat wajah lelaki baik itu kerana rumahku sedang gelap gelita.

Beberapa minit kemudian telinga sudah tidak mendengar lagi suara-suara pergaduhan sedang berlaku di dalam rumah ini. Aku memerhati ke kawasan dapur. Tiba-tiba lilin dipasang. Lelaki yang tadi menyelamatkanku datang ke arahku bersama sebatang lilin di tangan. Dia memberi lilin itu.

“Be careful sayang. Don’t die. I like you.” Dia meninggalkan tiga bari ayat sebelum keluar dari pintu rumahku.

Terkelip-kelip mata melihat dia berlalu pergi begitu saja meninggalkan aku dan dua orang lelaki yang terbaring di dapur.

Pintu rumahku dibuka dari luar. Masuk dua orang lelaki berpakaian serba hitam berlalu ke dapur lalu mengusung penjahat itu pergi. Kemudian mereka keluar semula dari rumahku.

Tertutup saja pintu rumahku... Terus lampu terpasang menampakkan setiap sudut rumahku yang sudah berselerak.

Aku ambil periuk nasi goreng,capai sudu di dapur dan sambung tonton One Piece sambil makan. Besoklah fikir lain fasal rumah. Tak larat! Sudahlah hari ini pun melelahkan. Ditambah pula dengan keadaan rumah seperti ini. Makin bertambah stres!

*

“NUR BUNGA BINTI SHAZLAN.” Nama penuhku diserunya. Pergerakanku terhenti. Lantas aku kalih ke hadapan.

Pelajar lain sudah sibuk mengemas barang untuk ke kelas lain.

Ryu merenungku. Aku mengeluh dan mula melangkah ke arahnya. Baru ingat nak lari cepat-cepat.

“Selasa depan saya tak ada. Nanti saya email pada awak semua kerja. Hantar hari Khamis,” arah Ryu sebaik saja aku berdiri di hadapannya.

“Selasa depan awak tak ada? Huh,nak lari lagilah tu,” sinisku. Sungguh tak dapat menahan suara. Banyak lagi yang inginku lontarkan saat ini.

Tubuh Ryu mengeras.

“Saya minta maaf. Saya minta maaf. Saya minta maaf.” Tiga kali Ryu meminta maaf padaku.

“Saya selalu minta maaf pada awak sunflower. Kenapa awak tak maafkan saja saya?” tak sempat Ryu menghabisi ayatnya....

Aku ketawa sinis. Lucu sungguh kata-kata Ryu itu.

“Itu hak saya sebagai mangsa. Jaga percakapan awak Ryu. Jangan disebabkan satu kata-kata,orang ungkit sampai mati.” Aku berlalu meninggalkannya.

Bukan hendak mengungkit tetapi peristiwa itu meninggalkan goresan yang amat besar pada diriku.

DRAGON'S SUNFLOWER | OG Where stories live. Discover now