PERPUSTAKAANLAH tempat yang paling tenang untuk tenangkan diri bagi diriku. Orang tak ramai,tak bising,sejuk pula tu. Memang on top!
Seperti biasa,hajatku datang kesini tak lain tak bukan semestinyalah mahu sambung tonton One Piece. Aku duduk di tempat yang paling selesa! Tepi tingkap check! Bawah penghawa dingin check! Kerusi paling sodap check! Apa lagi yang kau dustakan? Ini semua memang mantap!
Aku tarik headphone dari telinga apabila seseorang sedang berdiri di hadapanku. Moga-moga tak kena halau. Yalah! Dari pagi hingga ke senja muka aku saja yag ada. Tiap hari pula tu!
Aku terus tunjuk wajah menyampah sesudah melihat gerangan yang berdiri di hadapanku ini. Kening aku angkat.
“Saya nak cakap sikit boleh?” tanya Ryu sambil menggaru batang lehernya.
Aku pandangnya atas ke bawah berulang kali. “Tak boleh.” Aku pasang semula headphone ke telinga. Malas nak layan.
Beberapa minit selepas Ryu berlalu akibat kepulauanku padanya,aku mengemas barang. Hilang terus mood menonton. Sudahlah episode One Piece kali ini agak membosankan!
Aku berjalan keluar dari perpustakaan selepas menggalas beg. Berjalan ke vending machine apabila terlihat sesuatu yang menarik disitu. Dompet aku keluarkan.
Beberapa minit berlalu. Dan aku sudah hampir putus asa masukkan duit ke dalam mesin ini. Rasa nak nangis pun ada. Ada ke patut dia tolak duit aku macam itu saja? Sampai hati!
“Let me pay for you,” tegur seseorang dari belakang. Lantas aku kalih untuk tunduk tanda terima kasih.
“Sunflower? What do you want?” terusku jeling menyampah.
“Saya nak nombor 266,” mintaku dengan dingin sekali.
Ryu memasukkan duitnya. Sekali sahaja. Rasa benciku padanya kian bertambah. Apa fasal dia buat sekali aje boleh? Apa fasal aku ta boleh? Bapak pilih kasih siot mesin ni…
Ryu menyuakan air kotak teh ais lemon kepadaku.
“Terima kasih,” dinginku dan berlalu pergi. Huh! Apa dia ingat dengan tolong aku macam ini aku boleh cair dengan dia? Tak akan!
“Sunflower wait! Awak sibuk tak malam ni?” tanyanya.
“Sibuk,” kataku tanpa beralih memandangnya.
“Alah… Saya baru nak ajak awak makan…”
Kakiku berhenti daripada berjalan dan perlahan-lahan aku pusing menghadapnya.Jangan Bunga,jangan Bunga,jangan Bunga! Ingat apa yang dia dah buat pada kau! Jangan termakan dengan kata-kata dia!
*
MASUK kali ini entah sudah berapa kali aku menguap. Nak tidur... Kerja tak siap lagi. Heisy... Tak guna punya Ryu! Punyalah banyak dia bagi kerja. Aku dah betapa disini sehari suntuk tau nak siapkan kerja dia.
Aku duduk termenung sekejap. Buat kerja lama-lama pun boleh pecah otak. Simpang!
“Awak okey?”
Aku angguk tanpa melihat. Tak tengok pun dah tahu. Sepanjang 2 minggu ini,Ryu sungguh mengambil berat tentangku. Konon-konon boleh dapat semula hatiku ini.
“Saya nak minta maaf.” Aku terus pandang wajah Ryu. Wajah tampan itu terlihat sedikit lelah.“Untuk?” ya,aku masih dingin dengannya. Apa ingat senang hati aku nak cair?
Tambah-tambah lagi kalau dah kecewa sebegini.“Bagi kerja banyak. Dan—”
“Tahu pun!” aku potong ayatnya. Ingatkan tak sedar masa bagi kerja minggu lepas. Sedar rupanya... Ingatkan dah tak ada hati perut.
“Dan?”
“Sebab lari dulu. Ore wa honto ni sumimasen,” ucapnya dengan bersungguh-sunguh. Aku kagum dengannya. Dah pandai cakap jepun.
“Goresan di hati saya masih belum sembuh walaupun sudah dua tahun berlalu. Ore wa hontoni gakkari Ryusan.” Aku kembali tunduk memandang kerja-kerja yang tertangguh akibat Ryu.
Ryu masih terkebil-kebil dengan bahasa jepun yang aku tuturkan sebentar tadi. Aku hanya buat bodoh. Pandai-pandailah kau hidup.
Dulu pun kau tinggalkan aku macam itu saja. Kau tinggalkan seseorang yang masih sayang dengan kau. Kau lari macam itu saja. Dan sejarang kau nak minta maaf? Kau fikir maaf kau tu bokeh diterima ke? Kalau dia jadi aku pun belum tentu dia akan maafkan.
Aku mula mengemas barang apabila sudah hampir pukul tujuh. Pukul sembilan malam nanti aku perlu masuk kerja. Dan balik kerja nanti aku perlu sambung buat kerja ini.Disebabkan aku berjalan sambil mendengar lagu River. Jadi aku berjalan dengan bermacam gaya.
Walaupun hidup kita jarang bahagia jadi kita perlu menikmati dan hargai waktu-waktu bahagia. Make life happy and happier walaupun sedang dalam kesempitan.
*
“BUNGA,kau okey tak ni? Semalam kau kata tak sihat?” soal Najah risau.
Aku tonyoh mata yang berair lalu angguk.
“Alah demam biasa aje ni... Kejap lagi eloklah,” kataku dengan lemah. Sumpah tak larat! Nasib baik ujian mengejut di kelas Puan Fatima sudah tamat tadi. Kalau tidak,meranalah aku.
“Bunga. Kau berhenti kerjalah. Lepastu tinggal dengan aku. Nak?” pelawa Najah.
“Kau merepek apa ni Najah... Kalau aku tak kerja,tak makan aku tau.” Aku menggeleng. Aku dah tak boleh nak harapkan duit umi dan abah lagi. Aku perlu berdikari.
“Sunflower.” Ryu melambai tangannya ke arahku.
“Bye,aku pergi dulu.” Aku lambai tangan pada Najah yang hendak pergi makan.
“Ha elok-elok!” aku angkat ibu jari pada Najah dan terus berjalan ke arah Ryu. Hari ini aku dipaksa umi untuk berbincang dengannya. Nyatakan segala masalah Bunga pada Ryu. Kata umi dengan mudah. Yang menggelupur nak balik kejap lagi itu aku! Bukan dia! Aku yang nak kena hadap muka dia,bukan umi!
“Awak nak bawa saya pergi mana?” tanyaku yang baru nak pakai seatbelt.
“Pantai?” bapak cringe siot… Asal nak berbincang aje kena bawa pergi pantai. Tak ada tempat lain ke?
“Tak nak. Saya nak pergi sembang dekat Club.” Ryu yang dari tadi fokus memandu terus mengalihkan pandangan ke arahku dengan wajah terkejut.
“Haha lawak aje. jom duduk kat atap mana-mana.” Aku gelak tak ikhlas. Ryu kembali fokus memandu dan hembuskan nafas lega apabila aku berkata sedemikian.
“Tapi kan Ryu,tak ada benda yang nak di cakapkan pun sebenarnya. Marah,benci,kecewalah saya macam mana pun,saya tak boleh nak lari dari takdir. Kita akan tetap berkahwin. Jadi perbincangan kita ni macam tiada makna Ryu,” kataku sambil membetulkan arah penghawa dingin. Sejuk pula rasanya.
“Kenapa tak cakap macam tu pada umi?” soalan yang mengundang tawa kecilku.
“Macamlah umi nak dengar Ryu… Saya ni bongsu Ryu. Sedar. Dalam rumah itu saya yang paling muda. Kalau saya cakaplah bagai nak rak pun,mereka tak akan dengar. Alasannya? Mereka lebih makan garam,” kataku tanpa perasaan.Kelihatan tangan Ryu menggenggam stereng lebih kuat dari biasa sehingga menampakkan uratnya.
Aku senyum.
YOU ARE READING
DRAGON'S SUNFLOWER | OG
Teen FictionMaaf atas kesilapan dalam ayat. Slow update. Zayn D Ryu × Nur Bunga 🐉🌻 | 🍉🍉 Mula : 1.12.23 Tamat : ? I guess this story will take a long time also i am busy this lately. SINOPSIS. Bermula dengan status seorang lecturer dan student. Lalu entah ba...