BAB 29

2 0 0
                                    

“AKU terima nikahnya Nur Bunga Binti Shazlan dengan mas kahwinnya 17 ribu ringgit tunai.” Dalam sekali nafas saja aku telah menukar gelaran menjadi seorang isteri.

“Sah?” tanya abah kepada kedua-dua saksi.
“Sah!” jawap saksi itu.

“Alhamdulillah!” Ryu yang kacak bergaya dengan baju melayu berwarna putih lengkap memajatkan syukur.

Ryu pusing memandangku dengan senyuman ceria. Mata kami bertaut lama. Lama kelamaan bibirku mengukir senyum kecil.

Perasaanku bergelora. Ini bukan kahwin paksa melainkan kahwin secara tidak rela. Tetapi bila melihat senyuman bahagia Ryu itu… Hatiku yang selalu keras menjadi lembut.

Aku bangun menuju ke arah Ryu kerana dipanggil untuk sesi pembatalan air wuduk. Aku senyum. Terhibur melihat diri sendiri. Suami tak sentuh lagi tapi tangan dah terketar-ketar macam ada penyakit Parkinson. Ryu yang melihat huluran tangan bergetar itu turut senyum.

Baru hulur! Belum pegang lagi. Silap-silap nanti tangan Ryu pun ikut bergetar akibat menggenggam tanganku.

Tanpa sedar,tanganku telah berjaya berada di dalam genggaman Ryu. Itulah,berangan lagi!

Aku pandang Ryu seperti berkata ‘nak buat apa ni?!’

Sumpah tak tahu nak buat apa. Bibir Ryu bergerak mengatakan. ‘salam’

Lantas tangan beruratnya dibawa ke dahi.

Tangan aku hulur lagi sekali untuk dipakaikan cincin. Cantik terbentuk saja cincin yang disarungkan ke jari manisku ini walaupun aku memang tak pernah mencubanya langsung. Giliranku pula untuk menyarung cincin ke jari Ryu. Sepantas kilat aku buat kerja. Malas nak berfeel-feel apabila melihat Najah dan Ailyn yang berada di belakang sedang seronok menertawakan gelagatku.

*

MEMANDANGKAN aku kahwin secara tidak rela,maka sebarang majlis resepsi tidak dibuat. Umi ingin menolak permintaanku itu tetapi ditegaskan oleh Ryu. Maka umi pun dengar. Geram pula bila diingatkan semula. Kata anak sendiri tak nak dengar,anak orang elok aje dengar. Umi nak cakap yang aku ni anak pungut ke?

“Awak termenung apa kat luar tu?”’ tanya Ryu dengan membawa dua cawan kopi ke luar rumah.

“Termenungkan buah hati saya. Portgas D Ace,” jawapku. Nak tahu dia kenal atau tak peninju berapa dalam cerita One Piece.

“Kenapa awak tak kenangkan Zayn D Ryu? Saya bukan buah hati awak?” Ryu soal dengan suara yang dibuat comel. Suaranya itu mengundang tawa kecilku. Maklumlah,mudah terhibur. Dah tak boleh buat apa dah.

“Awak buah hati saya. Tapi dalam 3 peratus. Yang lain semua tak wujud,” kataku gembira. Hilang terus mood nak berdingin dengannya.

Ryu suakan kopi susu yang dibuatnya di dapur sebentar tadi. Aku terima huluraan itu dan terus minum. Menarik betul tengok secawan kopi susu yang dibikinnya itu. Siap ada krim putar!

“Ryu. Is this your house?” tanyaku dengan mata meliar ke rumah ini. Besar betul! Kalau macam inilah besar dia,boleh patah pinggang nak mengemop lantai nanti.

“Nope. Ni rumah sepupu. Besok kita balik rumah saya okey?”

Aku mengangguk dengan jawapan Ryu itu. Hati hanya mampu berdoa agar rumahnya tidak besar. Aku termenung lagi. Tetapi kali ini aku merenung pokok besar diluar kawasan laman rumah ini.

“Sudah,sudahlah tu sunflower,nak maghrib dah ni. Masuk,” suruh Ryu lembut.

*

KALUT aku mendail nombor kedua-dua sahabatku ini.

“Tolonglah aku…” rayuku pada meraya. Rasa nak nangis pun ada.

“Kau nak kami buat apa setan? Baju aku banyak macam budak-budak!” marah Ailyn.

“Najah?”

“Baju aku? Huh,orang kalau Nampak baju aku tu. Kau tahu dia buat apa? Kain buruk babe,” cerita Najah.

“Habistu macam mana?!” jeritku. Argh macam manalah aku boleh lupa nak beli baju tidur yang sopan sikit? Baju tidurku semua tak guna saat ini! Nasib baiklah Ryu tengah keluar. Dapat jugalah aku minta pendapat mereka ini walaupun tiada guna sebenarnya.

“Alah kau pakai ajelah baju tidur kau tu. Bukannya orang lain. Suami kau ajekan? Halal!” marah Najah. Aku raup wajah.

“Tapii! Aku malu,kau faham tak?!” marahku semula.

“Pakai aje… Tak ada masalah pun Bunga. Memang itu baju tidur kau. Bukannya kau nak goda dia,” tegur Ailyn tenang.

Tut. Tak guna! Semua tak boleh pakai!

“Sunflower! Your D generation dah balik!” ceria Ryu menyapaku dari dapur.

Baru beberapa saat aku campak telefon ke atas katil,pintu bilik ini terkuak luas.

“Sunflo…” Ryu tergamam melihat pakaianku saat ini. Aku gigit bawah bibir.

Macam mana tak tergamam Si D generation ni Bunga? Kau tengoklah kau pakai apa?

Dengan baju tak berlengannya,dengan seluar pendek beraparas peha lagi. Silap hari bulan berdarah hidung dia!

“What a nice clothes dear…” matanya beralih ke pintu bilik.

“Haa awak turunlah pergilah dulu. Kejap lagi saya ikut.” Aku beri alasan yang munasabah. Ryu terus mentup pintu dan keluar.

Ya Tuhan,bisakah saya menangis?

*

AKU gosok mata yang berair akibat mengantuk. Disebabkan kehendak ingin menonton One Piece malam ini jadi aku hanya ikutkan saja. Padahal lelah menyusun barang sendiri ke rumah Ryu petang tadi.

Dan cuba teka sesuatu yang kurang menggembirakanku. Rumah Ryu sama aje saiz dengan rumah sepupunya yang kami bermalam dua hari yang lalu.

Aku turun ke dapur untuk mengambil air. Haus tekak malam ini disebabkan cuaca agak panas. Rambut yang serabut aku tolak ke atas.

Terus celik mataku apabila melihat Ryu yang berada di dapur. Ryu yang sedar akan kehadiranku terus panggung kepala dari laptop miliknya.

“Sunflower? Kenapa tak tidur lagi?” tanya Ryu.

Eleh. Engkau pun tak tidur lagi… Acah-acah tanya pula.

“Tengok One Piece?” teka Ryu. Tubuhku mengeras bila mendengar tekaan yang tepat sekali itu.

“Esok ada kelas kan sayang?” katanya lembut sambil meregangkan tubuh. Selamba betul cara D generation ni tukar panggilan aku. Hati aku yang tak tenang sekarang ni. Menggelupur!

“Haa nanti saya tidur,” kataku selepas minum air. Sumpah tak tenang tika ini. Rasa macam nak lari masuk bilik cepat-cepat. Nasib baiklah bilik kami berasingan.

Sebelum lari naik ke atas,sempat aku lihat menggunakan ekor mata bahawa bibir Ryu naik sikit seperti tersengih gembira. Tak guna! Dia mainkan aku macam itu aje?

“Sunflower wait,” panggilnya agak lewat. Kaki aku berhenti saat berada di anak tangga.

“Sorry,” ucapnya bersama senyuman manis. Aku balas senyuman itu.

He still trying.

DRAGON'S SUNFLOWER | OG Where stories live. Discover now