KAMI bercadang untuk bermalam di rumah Ailyn memandangkan kedua abangnya tiada di rumah. Genap dua bulan aku kurang keluar rumah. Keluar pun hanya atas urursan penting. Disebabkan mereka risau denganku,mereka pun ajak aku untuk keluar ambil angin malam.
“Bunga,kau kerja situ okey tak? Kalau okey,boleh aku join sekali.” Ailyn sengih.
“Sibuk aje nak kerja sekali dengan aku. Bukan kerja kau tu okey dah ke?” tanyaku pula. Aku mula berkerja untuk tidak membebankan keluar. Lagipun keadaan kami masih belum elok. Aku pun dah lama tak pulang ke rumah itu. Aku lebih selesa dengan keadaan begini.
“Biarlah! Dah bosan tengok orang kat situ. Mana tahu aku boleh pancing seorang dua lelaki.” Ailyn senyum gatal
Aku menggeleng dengan perangainya itu. Malas layan buaya darat betina yan seorang ni. Makin menjadi-jadi perangainya yang satu itu.“Dengan perangai buaya kau tu… Memang patut pun kunci motor kau kena ambil Lyn…” kata Najah yang sejak tadi tengah melayan angin melalui ingkap kereta.
Dapatku lihat Ailyn tengah jeling malas menerima teguran dari ekor mata.
“Abang kau balik bila?” soalku apabila keadaan mulai sunyi. Aku memang pantang kalau sunyi masa duduk bertiga. Mesti kena ada topik. Kalau dah sunyi tu mulalah aku nak tanya soalan yang rawak.“Minggu depan. Kut… Kerja dia orang tak menentu…” jawab Ailyn.
“Kau macam mana sekarang Bunga? Okey ke?” giliran Najah pula menyoal.
“Aku okey aje… Biasalah,memang susah sikit nak hadap. Tapi nak buat macam mana? Benda yang kita takutkan dah terjadi. Reda sajalah. Kalau nak cari dia… Mana pula nak cekau duit? Biarlah. Kita hanya mampu merancang,Tuhan yang tentukan.” Inilah ayat yang dapat membangunkan semula diriku. Aku banyak memujuk diri untuk terus kuat. Berbagai ayat aku beri. Namun ayat ini beri kesan yang agak besar pada diriku.
“Macam mana kalau dia balik dan nak kau semula?”
“Aamiin!” tak sempat aku jawap pertanyaan Najah itu,Ailyn sudah mengaamiinkan.
“Apa? Kata-kata tu sebuah doa kan?” katanya tanpa rasa serba salah lalu mengalihkan pandangan ke tingkap.
“Entahlah weh… Aku kecewa. Cermin yang pecah pun kita tak dapat cantumkan semula,apatah lagi hati. Biarlah apa nak jadi sekali pun. Aku akan belajar dari setiap ujian yang aku lalui dan menerimanya dengan hati terbuka,” jawapku.
“Kau memang kuat Bunga…” puji mereka berdua serentak selepas mendengar jawapanku itu.
Aku senyum kelat. Aku sungguh berterima kasih dapat kawan sebegini.
*
SETIAP kali menjejak masuk ke dalam kafe ini,terus mengingatkanku tentang dirinya. Mahu atau tak,aku memang perlu masuk kerana kafe ini adalah tempat kerjaku saat ini. Biarlah kenangan terus menjadi kenangan. Hidup mesti diteruskan.
“Haa tercegat apa lagi? Orang tengah ramai ni. Cepat!” Kak Alya menegurku dengan agak kasar. Kak Alya memang tegas waktu berkerja,bila tamat saya waktu berkerja,terus jinak macam kucing.
Pantas aku bergerak ke belakang. Selepas memakai apron,aku terus hantar makanan dari dapur ke meja. Satu,satu meja aku hantar makanan. Disebabkan hari ini pelanggan agak ramai,jadi kami pun kelam kabut. Kalau dah pelayan pun tak cukup tangan,apatah lagi yang di dapur. Entah-entah dah berperang.
“Hi dear… What if you duduk dulu. Nampak macam penat aje tu,” ajak sekumpulan lelaki.
“Ha’ah bang,memang penat hari ni. Pelanggan ramai sangat. Lainlah kalau abang nak gantikan tempat saya ni. Tak pun… Abang keluar dari sini. Kuranglah sikit beban kami sebagai pelayan.”
Aku yang mendengar semasa mengambil pesanan di meja sebelahnya hanya menahan tawa. Terdiam terus abang meja sebelah ini. Itulah,cari lagi pasal. Kan dah sentap.
“Itu saja? Baik…” seronok,seronok juga… Kerja tetap kerja.
“Bunga… Ganti kejap. Ada hal,” suruh salah satu daripada pekerja Kafe Dahlia.
Aku berlalu ke kaunter mengantikan tempatnya. Aku hembus nafas perlahan… Akhirnya aku dapat duduk juga. Sakit telapak kaki berjalan ke sana kemari tapi lagi sakit berjalan masa PBAKL.
Dua jam berlalu,keramaian kian surut pada pukul 3:00 petang.
Kedengara suara di dapur sedang menghela nafas panjang.
Ting!
Aku buka telefon. Sejak masuk kerja tadi,tak sempat nak tengok.
Mataku terlopong. Telefon yang aku genggam hampir terlorot mahu jatuh melihat mesej yang di hantar oleh umi.
Mesej itu mengatakan bahawa umi telah menjumpai lelaki yang dapat menggantikan Ryu.
“Umi cukup umi,Bunga tak nak! Umi pilih,Bunga perlu kahwin dengan dia atau umi akan kehilangan Bunga.”
Selepas butang kapal terbang kesrtas di tekan,aku terus matikan telefon. Umi memang tak serik. Dia tak kasihan ke dengan anak dia bernama Nur Bunga ni? Tahu nak mengarah aje. umurku makin meningkat,bukan kanak-kanak lagi.
Aku juga mahu tahu betapa luasnya bumi yang dipijak ini. Adik beradikku juga kini sudah kurang memarahiku. Kurang,bukan tiada. Kalau tiada tu nampak mustahil sangat.
“Nur Bunga…” panggil seseorang dengan ceria sekali.
Bila aku kalih,terus senyuman terukir di bibir. Hilang segala kepenatan melihat muka mereka.
“Ya kak,nak apa?” aku berlagak seperti pelayan professional.
Mereka pun hanya melayan perangaiku ini. Bila lagi nak lagak seperti ini? Tak akan nak buat dengan orang luar.
Selepas makanan yang dipesan oleh mereka berdua siap,aku terus duduk di meja mereka alang-alang menghantar.
“Kenapa tiba-tiba datang ni?” tanyaku ingin tahu.
“Lapar.” Dahiku berkerut kecil.
“Kenapa tak masak?” tak silap aku,Aiman dah beli segala bahan masakan sebelum tinggalkan adiknya.
“Malas,” jawab Najah
Aku merengus. Penatlah gini. Tanya satu jawap satu. Aku pandang Ailyn pula.“Asal kau pandang aku? Aku bolehlah nak masak,risau terbakarlah dapur kesayangan Aiman tu nanti.”
Aku ketawa kecil dengan jawapan Ailyn. Lupa pula aku yang Si Ailyn ni fail bab masak.
YOU ARE READING
DRAGON'S SUNFLOWER | OG
Teen FictionMaaf atas kesilapan dalam ayat. Slow update. Zayn D Ryu × Nur Bunga 🐉🌻 | 🍉🍉 Mula : 1.12.23 Tamat : ? I guess this story will take a long time also i am busy this lately. SINOPSIS. Bermula dengan status seorang lecturer dan student. Lalu entah ba...