BAB 30

5 0 0
                                    

AIR kopi yang dibancuhku pagi tadi sebelum keluar rumah pun sudah tidak membantu lagi. Sampai berair mataku akibat terlalu kerap menguap.

“Kau kenapa ni Bunga? Kau kena buli dengan suami kau ke semalam?” tanya Najah dengan nada berbisik. Aku tenung Najah tajam.

“Hisy kau ni,taklah… One Piece,” jawapku kemudian menguap lagi. Huh,jenuh! Sakit rahang weh!

10 minit berlalu dan aku mula mengemas barang yang berada di atas meja perlahan-lahan walaupun kelas masih berbaki lagi 30 minit. Apabila semua sudah disumbat ke dalam beg galas,aku rapatkan bibir ke Najah.

“Najah,nanti apa-apa koba lah kat den. Library. Nak pejam mata kejap.” Aku bangun dan berjalan meninggalkan kelas.

“Hoi! Kelas suami kau ni!” jerit Najah oerlahhan. Tak nak ganggu orang lain.

Lantaklah kelas suami sendiri ke apa ke. Yang aku tahu aku naak tidur. Pandailah nanti aku jawab dengan Ryu.

Baru saja hendak menjejak masuk ke dalam perpustakaan,nada deringku berbunyi. Hati berharap agar bukan Ryu. Aku buka telefon yang berada di poket seluar.

Along.

Aku merengus. Apa pulalah kesalahn yang dibuatku kali ini. Ada saja yang tidak kena tentang aku di mata mereka.

Moga-moga cukuplah kesabaranku bila sampai nanti. Kalau bukan tamparan,pasti tuduhan. Cubalah kalau datang tu bagi hadiah ke… Surprise apa-apa ke… Ini tidak! Kalau datang setakat nak marah-marah tu baik tak payah! Bukan hendak memburukkan tetapi ini berdasarkan pengalaman.

Geram ya kadang-kadang. Kadang? Macam selalu aje. Kalau aku ni bukan anak bongsu,dah lama aku melawan. Tapi itulah. Apa yang dikataku bagi mereka hanya kosong!

Aku melangkah masuk ke dalam warung yang di tunggu mereka dan terus duduk di salah satu kerusi kosong di meja mereka.

“Haa kenapa ni panggil adik?” soalku polos walaupun sudah tahu apa yang bakal berlaku sebentar lagi.

Pandangan mereka berempat dituju tajam ke arahku.

“Kau fikir lepas kau kahwin kau akan terlepas dari kami? Tak akan Bunga.” Ya… Aku tahu tentang itu. Dan tak pernah pula aku persoalkan.

“Kau ingat kami nak bagi ke kau bebas walaupun dengan suami sendiri? Tak jumpa dengan aku tak apa… Jumpa dengan aku… Tahulah nanti,” ugut along. Aku diam. Langsung tak terkejut dengan kata-katanya. Memang dari dulu aku diugut sebegini.

Apabila mereka diam agak lama,aku beranikan diri membuka mulut.

“Dah itu aje? Kalau dah tak ada apa-apa pesanan,Bunga nak balik.” Baikkan aku? walaupun diugut itu ini tetapi aku masih menganggapnya sebagai pesanan. Wayang!

“Nur Bunga! Kau dah berani eh sekarang,” tengking kakak kuat. Nasib baik pelanggan di warung ini tak ramai.

“Kalau bukan aku yang pergi cari jantan tak guna tu… Kau fikir kau akan kahwin? Kau ingat kami nak ke tengok kau bahagia?” mereka berlalu pergi meninggalkan aku yang masih mencerna ayat yang keluar dari mulut kakak itu.

Aku keliru.

*

AKU duduk menunggu Ryu pulang di dapur. Pening kepala memikirkan tentang kata-kata kakak. Apa kena-mengena kakak dan Ryu? Makin banyak aku mempersoalkan,makin kusut kepalaku dibuatnya.

Akhirnya aku bangun dan berlalu ke peti sejuk mencari sesuatu untuk dimakan. Macam lambat lagi aje Ryu tu nak pulang. Tadi kata nak balik petang. Tapi ini dah nak maghrib. Mesej satu pun tak dibaca.

“Sunflower?” pintu rumah ditutup perlahan oleh Ryu.

Aku capai buah tomato sebelum menutup pintu peti sejuk.

“Kenapa? Tunggu saya balik?” teka Ryu. Aku tak geleng juga tak angguk. Malas nak berbasa-basi lagi. Ada sesuatu yang penting yang aku perlu soal.

“Rindu saya eh?” usik Ryu. Wajahku dari tadi hanya selamba.

“Kenapa ni?” soal Ryu lembut selepas menyedari wajahku kelihatan agak dingin dari tadi.

Ryu ambil tempat berhadapan denganku di counter top.

“Tadi kakak dengan yang lain ada datang.” Aku terus membuka mulut dan menceritakan kejadian yang berlaku tadi pada Ryu.

“Soalan saya… Macam mana awak boleh datang masuk minang saya dua tahun lepas,” soalku tenang.

Ryu menghembus nafas perlahan. Aku hanya sabar menanti jawapan yang akan keluar dari mulut Ryu.

“Awak ingat tak masa saya minta tolong jaga sepupu saya? Hari yang awak balik lewat malam tu?” Ryu mengingatkanku.

Aku angguk.

“Dua hari kemudian saya dapat  call yang ada orang nak jumpa saya. Katanya ada hal penting. Jadi saya pergi jelah.” Aku diam. Biarkan Ryu menghabisi ceritanya.

“Di situ ada semua kecuali umi dengan abah. Dia orang marah,ugut dan tuduh saya macam-macam. Lepastu saya minta maaf dan bela diri saya sendiri,” cerita Ryu.

Bela diri? Dengan mereka? Jangan harap akan berjaya.

“Dia orang tak percayakan saya dan minta saya masuk meminang awak. Mereka hanya nak saya dengan awak dalam status bertunang sahaja.” Ryu seperti ketakutan untuk menyambung ayatnya.

“Tapi… Saya tak tahulah pula yang umi dengan mama beria nak satukan kita berdua. Dah berkali-kali saya tegah. Sebab saya tahu awak masih marah dengan saya. Saya cakap,at least bagi Ryu masa untuk cairkan hati dia semula. Tapi kata-kata saya seperti angin yang lalu.” Ryu menamatkan ceritanya disini.

“Selepas dua tahun awak tinggalkan saya,awak masih cintakan saya?” soalku perlahan.

Lama Ryu temenung sendiri. Akhirnya dia angguk.

“Kenapa awak tinggalkan saya Ryu? Sekurang-kurangnya beritahu,” tegasku. Wajah diseka kasar.

“About that… Saya cerita lain kali.” Ryu bangun dan berlalu ke atas meninggalkanku seolah-olah lari dari pertanyaan.

“Malam ni tidur. Tak elok berjaga,” pesan Ryu seakan-akan tahubahawa aku tak tidur langsung malam semalam.

Aku tarik nafas perlahan lalu mata dipejamkan. Lelah. Bukan badan tapi emosi.

DRAGON'S SUNFLOWER | OG Where stories live. Discover now