WALAUPUN pagi sudah menjelang,kami masih lagi tak boleh tidur sebab mengingatkan kejadian malam semalam.
Sekarang aku rasa agak menyesal sebab keluar rumah lewat malam. Tak sangka pula akan ternampak benda sebegitu.
"Tapi kan Najah,hantu menembak ke?" apabila diingatkan semula,sebelum itu kami mendengar dua bunyi tembakan. Mana datangnya?
"Yalah. Tak akan baru wujud. Hantu pistol? Tak gerun pun nama." Najah turut berfikir.
"Ni kelas bila?" soal Najah yang tengah bergolek di katil untuk mencapai telefon yang ada di atas meja.
"Kelas cancel. Prof ada hal." Najah sedang membaca khabar di telefonnya itu.
"Alhamdulillah. Boleh aku tidur dengan aman. Malama nak tidur tak boleh. So kita tidurlah siang." Aky membebel seorang diri manakala Najah sudah lenyap dalam dunia mimpi.
***
TENGAH sedap aku terbuai mimpi tadi,tiba-tiba ada orang call.
Along.
Aku garu kepala dengan kasar. Malas betul nak angkat. Tapi nanti kalau tak angkat lagi,memang kenalah aku.
"Hello?" aku jawap dengan suara yang masih serak. Nanti biarkan,risau ganggu Najah tengah tidur.
Kita hidup dengan orang,buatlah cara hidup dengan orang. Jangan pentingkan diri.
"Dik,kau keluar jap. Aku dengan angah ada kat luar," katanya tidak kasar dan tidak terlalu tenang. Macam tengah tahan dari marah aje.
"Hah? Kau orang buat apa kat luar tu gila. Kacau adik tidur aje." Tak cakap banyak aku terus sarung jubah warna merah jambu dan tudung sarung. Kemudian aku berlalu keluar.
"Hah kenapa ni?" soalku yang baru nak sarung selipar.
"Siapa ajar kau keluar malam? Kami dah larangkan?" cara angah bercakap dengan aku macam nak cari gaduh.
"Ya adik tahu tak elok keluar malam. Tapi Bunga pun teringin nak tengok suasana malam. Lagipun Bunga dengan Najah tak boleh tidur. Kami lapar." Jawapan tak tipu. Fakta. Pasal hantu yang kami tengok tu... Lantaklah. Malamkan? Normallah.
"Kenapa tak call? Kami ada kan." Beginilah jadinya kalau masing-masing tak mahu kalah.
"Okey adik salah. Sorry. Insya Allah tak buat lagi."
Biarlah aku yang mengalah daripada nak teruskan perrbualan macam ni.
"Kau buat lagi,aku ambil kereta ni."
Aku yang baru nak pusing belakang terus tak jadi. Aku pusing semula ke hadapan menghadap mereka.
"Eh along. Mulut tu jaga. Ni bukan kereta along. Abah bagi kereta ni kat adik tau. Along tak ada hak nak ambil. Abah dah buat pertukaran nama. Jadi kereta ni aku punya." Kali ini memang aku geram. Sedap-sedap aje nak ambil kereta ni.
"Sejak bila?!" mereka terkejut.
"Sejak bila? Haha. Tulah kau orang. Umi dengan abah suruh balik tengok dia orang tak nak. Alasannya? Tak dapat cuti. Dua bulan dah tau kau orang tak balik. Tak akan sampai tak dapat cuti. Bangla jelah yang kerja dua bulan non stop."
"Memanglah abah bagi kat kau. Sebab kau tu kan anak kesayang dia orang. Bongsu."
Haii lah panas betul aku bila dengar pasal anak kesayangan ni.
"Yalah along,angah. Nak buat macam mana? Dia orang memang sayangkan Bunga. Hari ni adik tak ada kelas." Aku terus berjalan masuk. Malas aku nak bertekak dengan orang yang ego melangit ni. Buang masa!
Aku terus baring atas katil. Aku pandang katil sebelah. Kosong. Dahiku berkerut. Terusku bangun dan berjalan ke arah dapur. Selalunya Najah akan cari dapur lepas bangun dari tidur.
"Terjaga ke? Bising eh tadi?" soalku apabila melihat Najah yang berada di dapur. Tengah minum air.
"Tak lah. Aku dah puas tidur ni. Jom keluar."
Pantang free minah ni. Kerja nak ajak orang keluar aje.
"Jom." Heh,cakap tak serupa bikin. Asal orang ajak. Jom aje.
"Nak pergi mana?" soalku mahu tahu tentang plan yang akan dibuat Najah.
"Jom pergi watson. Cuci muka aku habis. Lepastu... Buku aku pun dah habis..." makin lama makin perlahan suara Najah.
"Kau ingat aku ni darjah satu nak tipu pun? Baru dua hari lepas kau masuk kedai buku."
Pantang keluar. Ada saja niat untuk beli buku. Books lover.
"Aku pergi mandi jap." Aku minta diri.
***
"Kau termenung apa tu Najah?"
Dari tadi lagi aku perhatikan kawan aku ni.
"Mana ada termenunglah. Aku cuma teringatkan tentang Dr Ryu. Handsome betul!" dah mula dah nak menggedik perempuan ni.
"Eleh. Setakat bajet rambut wolfcut nak buat apa." Aku melontarkan fakta. Kejap lagi mesti ada orang bantah.
"Eh elok sikit. Kau tu yang buta. Bertapalah handsomenya Dr Ryu dengan mata dark coklat,jawline tajam,kening elok terbentuk. Isy,isy,isy..." Najah menggeleng sendiri.
Aku hanya dapat menggaru kepala.
"Okeylah dari pada kau. Wibu. Suka yang rambut lumut," kata Najah seperti ingin balas semula.
"Ya Najah aku sedar diri yang aku minat orang yang tak wujud. Tapi tak eloklah kau kenangkan Dr Ryu. Jaga sikit pandangan kau tu. Tak padan dengan dah bertunang," tegurku.
"Hurm... Susah nak ubah. Memang habit dari dulu lagi aku suka mengusyar orang." Suara Najah bertukar sayu.
"Aku ada cara nak ubah."
Najah yang sayu sesaat terus kembali segar sambil menunggu cara yang aku akan beri.
"Kahwin dengan dia."
Masam terus muka Najah.
"Heisy kau ni. Malas aku. Ni aku nak bayar dah. Cepat sikit," katanya padaku yang masih memilih skincare.
Kalut aku meletakkan barang ke dalam bakul.
YOU ARE READING
DRAGON'S SUNFLOWER | OG
Dla nastolatkówMaaf atas kesilapan dalam ayat. Slow update. Zayn D Ryu × Nur Bunga 🐉🌻 | 🍉🍉 Mula : 1.12.23 Tamat : ? I guess this story will take a long time also i am busy this lately. SINOPSIS. Bermula dengan status seorang lecturer dan student. Lalu entah ba...