Bab 37

5 0 0
                                    

AKU lari keluar dari dalam bilik untuk duduk di ruang tamu. Bosan pula aku menghadap dinding yang sama.

Rambut panjang berwarna hitam aku tolak ke belakang. Untuk fokus membuat kerja.

Tank top berwarna kelabu cerah dikibas untuk beberapa kali. Panas! Berpeluh. Mengenangkan bahawa Ryu tiada di rumah maka dapatlah aku pakai baju yang kurang kain.

Aku bangun dari meja lipat kepunyaanku yang sudah usang dan berlalu ke dapur. Panas sungguhlah cuaca petang ni. Sudahlah penghawa dingin di ruang tamu ni rosak.

Pintu peti sejuk dibuka kemudian ditutup untuk beberapa kali. Hilang arah.

Akhirnya aku buat keputusan yang sangat dapat memuaskan hati. Barang di meja aku kemas ala kadar kemudian berlari naik ke atas dan terus masuk ke bilik kerja Ryu.

Ketiadaan Ryu dirumah ini amatlah dihargai. Pengahawa dingin dibuka dan terus duduk bersila di lantai memandangkan meja kerjanya kelihatan agak bersepah.

Ryu hanya berkata untuk tidak mengganggu barang-barangnya. Bukan biliknya. Pandailah aku ‘cook’ nanti kalau kantoi. Siapa suruh tak baiki lagi penghawa dingin di ruang tamu.

Ear buds dipakai dengan volume yang tidak terlalu tinggi. Sekurang-kurang aku kurang mengantuk.

Rambut yang mengganggu aku selit di celah telinga.

Sipi-sipi saja aku mendengar bunyi pintu dikuak. Perlahan-lahan aku tokeh ke belakang. Risau jika diganggu buat kali seterusnya.

Aku kejung. Ryu juga ikut kejung. Kami tercegang dalam beberapa minit.

“Trying to seduce me huh,sunflower?” Ryu bersuara.

Mukaku membahang dan menjadi berwarna merah seperti tomato. Malu tak terkata.

Ryu mendekati diriku. Aku kebelakang hingga belakang tubuh bertemu dengan dinding. Ryu merenungku. Lantas aku pandang bawah. Tak mampu melihatnya kembali.

Ya Allah! Help me! Jiwaku menjerit dan meronta-ronta.

Kalau tendang suami sendiri berdosa tak? Entah bagaimana aaku terfikir untuk menendangnya.

Tubuhku bergetar akibat ketakutan. Tubuh Ryu juga makin lama makin rapat. Tangan Ryu naik. Aku pejam mata. Terasa kepalaku diusap lembut beberapa kali.

Perlahan-lahan aku buka mata. Tubuh Ryu mulai menjauh.

“So... What are you doing in here?” Ryu menyoal dengan tenang seperti kejadian tadi tidak berlaku.

“Saya bosan tengok dinding bilik saya. Duduk kat ruang tamu panas. Saya duduklah kat sini.” Disebabkan jantungku masih berdegup dengan kencang,jadi percakapanku menjadi gagap.

“Nak tukar cat?” dahiku berkerut.

“Awak perli saya eh?” suaraku ternaik sikit. Soalannya terasa seperti sindiran bagiku.

“Tak sayang. Saya tanya,nak tukar warna cat ke? Kalau nak cakap. Saya boleh buat.” Lembut sekali suaranya. Aku pun tak mampu mengeluarkan suara selembut itu.

“Tidaklah sampai macam tu. Saya just bosan tengok dinding yang sama,” jawapku. Susah juga duduk dengan orang yang senang eh. Kalau aku cakap bosan duduk rumah,silap haribulan dia tukar terus rumah.

“Oh! Saya lupa. Dalam peti sejuk ada ais—”
Tak sempat dia habisi kata-katanya,aku sudsh berlari turun ke dapur. Laju saja tangan membuka peti sejuk mencari ais krim yang dibelinya. 

Gembira bila ais krim dibeli oleh suami. Walaupun ianya suami paksa rela,aku tetap gembira.

Bekas ais krim vanila dibuka laluku capai sudu kemudian berjalan untuk makan diluar. Laman disebelah dapur.

“Haii? Dapat ais krim terus lupa kat suami?” seseorang berusara dari belakang.

Aku toleh dengan sengihan.

“Hehe... Sinilah.” Aku menepuk tempat disebelahku ini.

Ryu rampas sebekas asi krim kecil berperisa vanila itu dari tangannya lalu menyuapkan sesudu demi sesudu. Tidak pula aku menghalang. Hanya menikmati. Bukan selalu kami berbahagia seperti ini.

*

Sungguh cepat masa berlalu. Menjelang dua minggu lagi aku dan Najah akan menamatkan pelajaran. Cukuplah setakat ini saja aku belajar.

Aku memang belajar secara terpaksa untuk elak duduk dengan umi dan abah. Tapi kini aku sudah boleh berhenti di ijazah sarjana kerana aku telah berkahwin dan tinggal bersama Ryu.

“Ryu. Kenapa awak kahwin dengan saya eh?” soalan yang pernahku  tak fikirkan tiba-tiba saja bermain di minda.

“Because I like and love you.” Mudah jawapan yang Ryu beri. Ryu kembali selak muka surat buku yang dibacanya. Dari segi hadapan kelihatan seperti buku bahasa inggeris.

“Siapa aje kahwin dengan orang yang di tak suka?” aku pandangnya atas bawah berulang kali. Aku tengah serius ni,jawaplah elok-elok!

“Awak.”

Aku terkedu. Sentap. Sakit sekali kenyataan yang Ryu keluarkan itu.

“Itu dulu…” perlahan saja aku membuka mulut.

“Jadi sekarang awak dah sukakan sayalah ni?” terpancar ukiran senyum lebar yang bahagia di wajahnya. Buku yang dibacanya tadi juga hilang entah dimana dia mencampak. Teruja punya fasal habis buku pun dicampaknya.

Aku tunduk disebabkan tahu bahawa mukaku sudah memerah. Kemudian aku angguk.

“Sunflower,you know what? I like you with no reason. It came naturally. I try to keep it from you. But I failed again and again. You make me… Comfortable. Since that,I promise to myself that I want to protect you. Because you my comfortable place.” Tenang sekali nada Ryu mengucapkan ayat itu.

Muka aku makin merah. Senyumku makin lebar. Sungguh aku tak dapat menahan raut wajahku.

“Sunflower? Are you fine?” nada soalan Ryu seperti hendak mengusik. Tak guna punya suami.

“Diamlah!”

Ryu ketawa besar. Aku panggung kepala. Gembira.

DRAGON'S SUNFLOWER | OG Where stories live. Discover now