BERBAKI lagi tiga hari aku bakal bergelar sebagai seorang isteri. Khabar mengatakan aku akan berhenti kerja sudah disampaikan. Hanya satu lagi perkara yang belum diselesaikan.
Bermalam di rumah Ailyn bersama Najah. Buat bekalan kegembiraan saat bergelar isteri nanti. Boleh jadi masa majlis akad nikah aku mengamuk jadi Hulk dan campak suami sendiri sebab tak rela.
Aku ketawa dengan halusinasi sendiri.
“Kawan kau tu dah kenapa Lyn? Tak kahwin lagi dah gila,” bisik Najah pada Ailyn dengan kuat seperti gaya berborak.
“Bukan dia memang dah gila ke?” bisik Ailyn pula.
Najah pandang Ailyn dengan muka terpegun kemudian Najah menghulurkan tangan. Ailyn sambut huluran tangan itu dan mereka berjabat tangan dengan senyuman seperti baru hendak berkenal-kenalan saat pertama kali berjumpa. Aku hanya mampu menggeleng melihat gelagat aneh mereka.
“Kita semua gila,” kata Ailyn pada Najah lalu mereka ketawa dengan tindak-tanduk mereka. Melihat mereka ketawa membuatkanku bahagia. Adakah aku sudah gila?
“Haa kau Bunga,kau dah memang betul-betul reda ke?” tanya Najah dengan saki baki tawanya.
“Reda tak reda,aku akan tetap kahwin dengan dia.”
“Kenapa kau cakap macam tu?” soal Ailyn keliru.
“Kalau aku tolak Ryu,umi cari lelaki lain. Lepastu paksa aku kahwin dengan calon dia. Euw tak naklah aku kahwin dengan orang yang aku tak kenal,” jelasku dengan pelbagai reaksi wajah.
“Weh Ailyn…” perhatian kami berdua ditujukan pada Najah.
“Dapur kau ada apa-apa tak? Lapar ni…” kata Najah sambil memegang perutnya.
Aku merengus perlahan. Ingatkan apalah tadi. Bikin saspen saja.Kami bertiga keluar dari bilik Ailyn dan turun ke dapur untuk mencari makanan.
Puas satu dapur dikelilingi. Satu habuk pun tiada. akhirnya kami bertiga duduk di meja makan sambil memikirkan sesuatu untuk dimakan.“Ailyn… Abang kau tak restock lagi eh?” tanyaku. Ailyn seperti sedang memikirkan jawapan.
Akhirnya Ailyn angkat bahu sebagai jawapan. Aku mencebik.
“Aku order jelah.” Najah capai Ailyn telefon disebelahnya.
“Eh kejap!” Ailyn memberhentikan Najah. Aku dan Najah pandang Ailyn dengan wajah yang penuh tanda tanya.
“Kau guna telefon kaulah. Aku tak ada duit.” Ailyn sengih. Najah meletakkan semula telefon Ailyn ditempat asal.
“Kejap aku pergi ambil fon aku kat atas,” kataku lalu bangun dan berlalu ke atas. Masuk saja biliknya,angin menyapa wajahku.
“Lailahaillallah budak ni… Dengan tingkap tak tutup. Kalau ada orang masuk macam mana?” bebelku sendiri. Apabila telefon sudah berada di dalam genggaman aku mendekati jendela untuk ditutup.
Selangkah sahaja lagi ingin capai pintu tingkap,sesuatu jatuh dari atas bumbung rumah. Cepat-cepat aku lihat ke bawah. Kosong.
Lantas aku turun ke bawah dengan pantas selepas menutup tingkap.
“Weh!” panggilku berulang kali dengan kuat dari tangga hinggalah ke meja makan tempat mereka duduk.
“Kenapa weh?! Kau nak belanja kami makan ke?” tanya Ailyn dengan nada pura-pura terkejut. Aku jeling. Menyampah!
“Isy! Aku tengah serius ni!” marahku lalu duduk berhadapan mereka.
“Nampak macam tenggiling pun ada tadi,” kataku usai menceritakan apa yang terjadi di bilik Ailyn tadi.
“Burung hantu kut…” Ailyn menyedapkan hati sendiri.
“Kenapa pula?” tanya Najah. Mata kami berdua sudah beralih ke arah Ailyn.
“Burung hantu selalu lepak kat atas bumbung rumah ni lah. Tambah-tambah lagi dekat bilik aku. Seronok sungguh!” cerita Ailyn.
“Tapikan macam mana kalau yang jatuh tu orang? Macam tenggiling ada,macam orang pun ada,” kataku tak puas hati. Kenapa dia orang ni macam tak nak percaya dengan cerita aku eh?
“Isy kau ni! Bersangka baik dahlah. Kejap lagi pucat muka Ailyn ni sebab takut dengan cerita kau tu,” kata Najah.
“Aku? Aku takut?” Ailyn ketawa.
“Lawak apakah ini,come on… Ini Ailynlah…” Ailyn bersuara dengan yakin.
“Eleh kau… Nampak lipas pun kau naik atas meja,” kata Najah sambil ketawa mengekek-ngekek pada Ailyn. Aku pun ikut ketawa sekali apabila lihat wajah Ailyn sudah memerah akibat malu.
“Kau ni! Tak payahlah ungkit!” marah Ailyn.
Semasa kami seronok ketawakan Ailyn,tiba-tiba terdengar sesuatu benda jatuh di ruang tamu dengan kuat.Sepi.
“Kipas siling rumah kau jatuh ke?” tanyaku berhati-hati dengan cukup perlahan.
Ailyn angkat bahu tanda tak tahu. Najah tolak kerusi ke belakang dan menuju ke ruang tamu.
“Hoi,kau nak pergi mana tu,” tegurku. Bebola mata Najah bergolek kea rah ruang tamu. Dahiku berkerut. Apa fasal kawan aku yang seorang ni tiba-tiba berani ni? Selalunya bukan main takut lagi. Nak ajak pergi buka lampu pun minta di teman.
Serentak. Aku dan Ailyn bangun untuk ke ruang tamu. Kini kami berdiri betul-betul di hadapan ruangan yang gelap. Dan ruang ini adalah ruang tamu.
“Suis lampu ada mana Lyn?” tanyaku pada pemilik rumah.
“Kat dinding sebelah kanan tepi pintu rumah.”
Bapak arh! Punya jauh!
“Kau pergi dulu,aku kemudian. Haa kau Najah,duduk yang paling akhir,” arahku. Kami berbaris dan aku duduk di tengah. Sekurang-kurangnya kalau jadi apa-apa aku ada penyelamat. Kan?
Plak! Suis lampu ditekan dan ruang tamu yang tadi gelap gelita kini sudah terang benderang.
“Meow.” Seekor kucing menggosokkan kepalanya pada kaki Najah.
Serentak kami bertiga menjerit ketakutan. Ailyn trauma dengan cakaran kucing,Najah alah dengan bulu kucing dan aku memang takut dengan kucing. Rumah yang tadi sunyi lengang kini menjadi riuh dengan suara jeritan ketakutan tiga orang gadis.
Aku dan Ailyn berdiri atas sofa manakala Najah sudah selamat berada di atas meja ruang tamu.
“Bunga,fon kau!” minta Ailyn dengan jeritan walaupun aku hanya berdiri bersebelahannya saja.
Lantas aku keluarkan telefonku dari poket seluar lalu hulurkan pada Ailyn. Ailyn mendail nombor seseorang. Ailyn menekan pembesar suara.
“Helo?”
“Amir! Kucing masuk rumah! Kau balik cepat! Kami takut!” jerit Ailyn di telefonku.
“On the way.”
Tut.
Tak sampai beberapa minit,pintu rumah dikuak luas. Baru saja nak hembus nafas lega tetapi terhalang apabila melihat orang asing yang masuk ke dalam rumah ini. Masing-masing tak bergerak dan mengunci mulut daripada mengeluarkan kata.
Orang asing itu berpakaian serba hitam dan juga memakai pelitup muka dan topi untuk menutupi wajahnya. Dia mengangkat kucing itu lalu dibawa keluar dan menutup pintu rumah.
Tak berkelip mata kami bertiga dengan tindakannya itu. Beberapa minit kemudian kami masih lagi tak berganjak dari tempat kami berdiri. Masing-masingmasih lagi terpegun dengan orang asing itu sehinggakan pintu dikuak lagi sekali.
Kali ini barulah Amir yang masuk.
“Mana kucingnya?” tanya Amir dengan mata melilau ke sekeliling rumah.
Kami diam. Tak mampu menjawab persoalannya.“Da… Dah keluar,” jawap Ailyn.
“Ha tak apalah kalau macam tu. Nah aku ada bawa balik maggie tom yum.
Masing-masing terus sedar ke alam nyata semula dan terus berlari ke dapur untuk makan. Yang paling teruja sekali semestinyalah Najah memandangkan dialah yang terpaling lapar tadi.
YOU ARE READING
DRAGON'S SUNFLOWER | OG
Teen FictionMaaf atas kesilapan dalam ayat. Slow update. Zayn D Ryu × Nur Bunga 🐉🌻 | 🍉🍉 Mula : 1.12.23 Tamat : ? I guess this story will take a long time also i am busy this lately. SINOPSIS. Bermula dengan status seorang lecturer dan student. Lalu entah ba...