BAB 5

28 3 0
                                    

"Umi ni adik buang eh?" soalku yang tengah mengemas stor rumah.

"Tak payahlah. Tu umi nak pakai lagi nanti," jawap umi di halaman rumah tengah siram pokok bunga.

Aku menggeleng sendiri.

Dari tadi lagi aku tanya pasal barang dalam stor ni untuk dibuang tapi jawapan umi? Sama. Kebiasaan umi,bicara saja untuk guna padahal? Tak sentuh pun.

Akhirnya aku keluar duduk dengan umi duduk di meja batu rumah.

"Ni umi nak minta tolong boleh?" soal umi yang turut sama duduk di sebelahku setelah lelah menyiram pokok.

Aku diam menanti.

"Kat atas meja tu ada buah abah beli pagi tadi kat pasar. Abah beli banyak sangat. Ni umi nak adik hantar kat rumah Ailyn tu boleh?" soalan yang lebih kepada suruhan.

"Sekarang?" terkebil-kebil aku pandang umi.

"Tak lah lusa. Sekaranglah!" suara umi naik satu oktaf.

Aku pandang motor abah. Motor jenis 2 stroke. Kemudian aku senyum. Bila lagi kan?

Motor dihidupkan,cluth di tarik. Masuk gear 1. Cluth dilepas sikit-sikit sambil memulas minyak hingga berjalan.

Aku hanya membawa santai. Alah nak pergi seberang jalan aje. Bukan nak pergi Penang.

***

AKU pulang selepas satu jam aku duduk kat situ. Ailyn punya pasallah. Sampai maghrib kami berbual.

"Lambatnya balik... Adik tu anak dara. Tak elok balik maghrib." Terdengar aku satu suara yang aku benci.

Kakak.

"Demam apa pulak kak sampai balik ni?" aku berjalan masuk ke bilik begitu sahaja. Malas nak ambil tahu. Buat sakit hati saja.

Ya memang aku balik lambat tapi yang nak sibuk sangat tu kenapa? Abah aku duduk kat meja makan relaks aje tengok aku balik lambat. Dia yang melebih. Dapat orang yang terlalu prihatin pun tak seronok juga.

Aku buka telefon apabila satu notifikasi masuk.

Ailyn : Nak keluar tak malam ni?

Hati mahu tapi... Boleh ke aku keluar malam? Semestinya tidak. Ada pula kakak kat rumah. Lagilah tidak.

Aku menolak ajakan Ailyn.

Aku berlalu bersihkan diri kemudian keluar ke ruang tamu. Nanti umi dengan abah fikir kami gaduh sebab tak menyapa.

Aku duduk sebelah umi yang sibuk berbual dengan kakak. Seronok lihat umi gembira begini berbual dengan anak yang sudah hampir sebulan tak pulang.

"Haa umi. Kakak dengar abah bagi kereta tu kat adik. Betul ke?" kejap lagi mesti aku akan kena juga.

"Memang abah bagi kat adik untuk kehukur kehilir. Kenapa?" aku hanya dapat menadah telinga saja. Menunggu untuk disembur kakak.

"Kenapa tak bagi kat kakak aje sebelum ni? Tak sayang kakak eh? Lagipun adik bukannya pandai sangat jaga kereta."

Aku genggam jari kaki menahan sabar. Geram! Rasa nak cili aje mulut tu. Dasar manusia tak boleh tengok orang senang!

"Lah... Kakak kan dah ada kereta. Bagilah peluang kat adik pula." Umi menyokongku.

"Entah. Kakak yang ada kereta sendiri pun jarang balik." Ada sedikit keperlian dalam ayat.

Umi memegang kepala lututku. Menyuruh sabar.

Kelihatan kakak terkelu.

Padan muka kau. Dahlah balik pun jarang. Ada hati nak minta kereta kat abah? Memang dapat freegift kaki.

***

AKU keluar dari bilik selepas kakak pulang ke rumahnya sendiri. Aku keluar pun beralasan. Minta restu keluar malam dengan Ailyn. Kasihan pula minah tu.

"Serius lah kau ni?" reaksi Ailyn selepas aku bercerita tentang malam yang aku dan Najah nampak hantu tu.

"Jangan-jangan tu... Nightmare!" jerit Ailyn di tepi telingaku. Cakap serupa aku tahu apa kejadahnya Nightmare tu.

"Mimpi ngeri?" aku translate.

"Yes mimpi ngeri. Nightmare ni..." Ailyn merapatkan bibirnya ke telingaku.

"Mafia group."

Terbuntang mataku. Jadi maksudnya... Yang kami nampak tu bukan hantulah?! Uish... Seriau!

"Diketuai oleh lion,penguin dan dragon. Kau cari pasal dengan dia orang malam ni. Memang tak hiduplah kau esok," cerita Ailyn.

"Nama tu cantik dah cumanya... Penguin? Comelnya," komenku.

"Penguin bukan sekadar penguin. Nama aje comel. Perwatakkan tak tahulah macam mana." Ailyn mengangkat bahu.

"Jadi... Yang kau nampak tu kemungkinan dragon. Dragon ni bahaya sikit. So lepasni aku nasihatkan kau tak payahlah guna jalan tu lagi malam-malam," nasihat Ailyn. Kini,hanya satu persoalan bermain dalam kepala.

"Mana kau tahu cerita ni semua?" aku lontarkan juga persoalan ini.

"Amir kan... Detektif."

Mulutku berbentuk O. Lupa pula.

"Eh Ailyn,kau masuk dah ke dekat Water Seven?" seperti biasalah. Topik One Piece tak pernah tinggal.

Ailyn angguk.

"Masuk dah Enies Lobby?"

Ailyn angguk lagi.

"Macam siotlah Ussop hidung petak tu." Kegeraman tahap maximum ketika bercerita.

"Inro Enies Lobby pun nice jugaklah..." komen Ailyn.

"Aku puas hati gila masa Luffy masuk gear two masa lawan Blueno."

"Yang itu best tapi flashback Robin sedih juga lah..."

Kami rancak berbual tentang cerita One Piece. Nak buat macam mana,minat. Kalau duduk dengan Najah aku nak cerita apa kat dia? Najah mana minat anime. Katanya 'apalah kau ni. Minat orang yang tak wujud.'

Sentap jugalah aku masa tu. Tapi aku memang sedar diri yang aku ni hanya meminati lukisan. Tak mampu yang nyata.

DRAGON'S SUNFLOWER | OG Where stories live. Discover now