SEDANG elok kami berdua tengah makan,tiba-tiba datang seorang makhluk Allah tepuk meja.
Along.
"Dah pandai eh kau keluar dengan jantan. Eh dik. Kau jangan nak malukan keluarga eh. Umi dengan abah hantar kau suruh belajar. Bukan jual diri."
Begitu saja aku disembur hadapan Dr Ryu. Nasib baik kedai ini tidak ramai orang.
"Hebat. Sampai sini along cari adik." Aku teruskan makan tanpa rasa serba salah.
"Kau ni kenapa hah?! Tak habis-habis cari pasal. Kau kena sedar yang engkau tu adik. Nak pergi mana-mana,report kat aku atau angah dulu. Kau tu dahla perempuan." Along menunjal dahiku.
Jari kaki aku genggam dalam kasut. Menahan geram. Dada sudah berombak. Tangan ni tinggal masa aje nak melayang. Pandanganku mulai kosong.
"Adik rasa... Along pun kena ingat yang adik tahu setiap rahsia kau orang berempat." Aku mengugut. Kalau tak pergi lagi aku tak tahulah. Sabarku sudah kian menipis.
"Rahsia aku? Berani kau cakap kat umi... Aku bagitahu umi yang kau keluar tengah pagi hari tu." Along mengugutku semula.
"Umi dah tahulah," jawapku senada.
"Tak kisahlah pasal tu. Yang aku tahu sekarang ni,kalau aku tahu kau keluar tanpa pengetahuan aku. Kau memang nahas bunga." Along berlalu pergi.
Aku pejamkan mata sesaat. Menahan tangis dan geram.
"Sorry," ucapku setelah sabar sudah menebal semula.
"It's okay. That is your brother?" suapan Dr Ryu terhenti sejak tadi.
Aku angguk.
Dr Ryu pandang aku dengan wajah yang sesuatu. Can't describe the face. Wajah seperti simpati tapi bukan.
"Awak bongsu?" soalnya.
Aku angguk lagi.
"Dr ada adik kan? Never treat your sister like that," nasihatku. Tak sanggup aku nak biarkan orang lain rasa apa yang aku rasa. Cukuplah aku sahaja.
***
AKU duduk termenung dalam kereta seorang diri. Mengenangkan nasib diri.
Bukanlah rasa tak bersyukur dapat keluarga yang protective cuma... Aku rasa macam melampau sangat cara dia orang tu.
Umi dan abah pun tak berani tegur adik beradik aku. Yes benda yang dia orang buat tu betul tapi dia orang guna cara yang salah. Masalah juga kalau dapat yang terlebih prihatin ni.
Aku menggeleng sendiri sebelum bergerak pulang. Hari pun sudah hampir malam. Nanti ada pulak orang tu cari.
Aku mengeluh.
Beberapa minit selepas masuk ke jalan besar,beberapa biji kereta berwarna hitam seperti sedang mengejarku.
Aku pelik. Diaa orang tak tahu ke yang aku ni pernah belajar drift secara rahsia dulu dengan abang Ailyn? Aku senyum.
Meter bergerak dengan laju. Nak kejar aku. Nampak aje kereta aku ni macam biasa. Tapi sebenarnya aku dah upgrade bagi laju.
Aku tengok cermin pandang belakang. Kereta mereka sudah agak jauh ketinggalan. Kemudian aku terperasan satu benda. Sebuah lagi kereta masuk dan berada betul-betul belakangku. Cara kereta itu bertindak seperti menghambatku pergi dari kawasan itu.
Aku hanya mengikut saja. Mana tahu itu adalah prince charming milikku.
Setelah beberapa minit kereta itu hilang,kereta prince charmingku kembali seorang diri.
Berkerut dahiku. Pelik.
Dia buat kerja sepantas kilat weh! Kalau aku mana blanknya kat situ.
***
SETELAH seminggu berlalu,banyak kejadian pelik yang berlaku di sekitarku. Senang cakap,aku banyak ganggu oleh manusia. Tapi tidaklah pula aku menegur. Aku hanya abaikan. Malas masuk campur.
"Bunga. Bunga kantan ada lagi tak?" soal Najah yang berada di hadapan bunga kantan.
Najah mengajakku ke pasar raya last minit. Kami baru perasan yang barang dapur kian lama,kian habis.
"Ni beras aku ambil dua guni okey," kata Najah.
Dahiku berkerut.
"Banyaknya. Siapa nak makan? Kita bukannya duduk dalam kem askar."
"Banyak tak banyak memang kena banyak. Nanti malam adalah tikus letak segenggam beras dalam pinggan untuk dijadikan snack," sindir Najah.
Aku sengih. Nak buat macam mana? Jimat pun jimat rasanya makan beras.
"Cepatlah gila. Nak tutup dah ni." Deras aku berkata pada Najah yang masih ralik memilih barang.
Kami bergoging ke kaunter apabila satu announcement muncul berkata lagi 20 minit pasaraya ini akan di tutup.
Pada tengah jalan,Najah lari kebelakang semula.
"Tepung weh! Aku lupa ambil! Esok kata nak buat cucur udang!" sambil lari,sempat Najah jerit padaku.
Aku garu kepala dan terus berjalan ke kaunter. Tengah berjalan entah kenapa aku meremang.
Aku pandang belakang. Najah masih belum kembali pulang. Aku hanya dapat berdoa semoga tidak terjadi perkara buruk yang berlaku.
Tetapi doaku tidak termakbul.
Dua orang lelaki terjun dari celah mana pun tak tahu tiba-tiba datang tekup aku. Dia ingat aku ni apa? Patung?
Kakiku dilayangkan ke belakang menyepak lututnya. Kemudian aku lari. Tapi itulah kan. Aku baru kepas makan tadi. Memang semputlah cerita dia. Jadi aku putuskan untuk berhenti berlari.
Aku garu kepala memandang dua lelaki itu tadi. Hanya mampu berserah saja. Yang Si Najah ni sesat ke apa? Lama gila pergi ambil tepung. Tengah bina kilang ke apa.
"Roger and out!" ini pun aku tak tahu datang mana,tiba-tiba terjun aje. Sekumpulan lelaki bertopeng datang menarikku pergi jauh dari tempat tadi.
"Umi selamatkan Bunga umi. Huhu," kataku perlahan.
"Don't worry dear. You're safe now." Kemudian mereka lari ke bekakang semula tinggalkanku yang masih memproses kejadian yang berlaku.
"Hoi selamatkan Najah sekali!" laungku pada mereka yang sudah jauh. Entah dengar atau tidak.
Aku berjalan ke kaunter seperti tiada apa yang berlaku untuk bayar. Karang cashier ni tarik muka pula sebab bayar last minit masa orang nak tutup dah.
Najah kembali bersama dua bungkus tepung di tangan.
Setelah bayar,cepat-cepat kami cau.
"Kau nampak apa yang aku nampak?" apabila sudah jauh dari pasaraya itu,barulah kami bersuara.
"Itulah kau. Pergi cari tepung lagi. Nak buat cucurlah,cekodoklah macam-macam." Ayatku agak menyindir.
"Kau yang minta. Tak buat nanti mulalah kau punya drama TV 3 drama sangat," balas Najah dengan memek muka yang menjengkelkan.
"Eh tapi kan,kau namoak tak yang pakai topeng tu? Nampak macam handsome!" beria Najah jerit padaku.
"Menyempat eh kau usyar." Keadaan sudah kembali tenang.
"Sempat..."
Apa aje yang tak sempat kalau dengen pompuan ni? Minyak kereta turun satu bar pun dia sempat tengok.
YOU ARE READING
DRAGON'S SUNFLOWER | OG
Teen FictionMaaf atas kesilapan dalam ayat. Slow update. Zayn D Ryu × Nur Bunga 🐉🌻 | 🍉🍉 Mula : 1.12.23 Tamat : ? I guess this story will take a long time also i am busy this lately. SINOPSIS. Bermula dengan status seorang lecturer dan student. Lalu entah ba...