1 | Mahu Runa

617 35 0
                                    

Kisah ini ditulis semula dari kisah seorang gadis yang inner child-nya tersakiti. Setiap perilaku sentiasa dipertikai sampaikan satu tahap, dia terlalu dewasa semasa kanak-kanak lain sedang sibuk dalam dunia remaja.

Bercinta. Berfoya-foya. Bersosial. Belajar membuat kesilapan.

Hidupnya cuma berpaksikan arahan orang tuanya.

Kisah ini ditulis semula dari kisah seorang gadis yang dia rasakan hidupnya terlalu teguh berdiri sendiri- sampaikan dia sentiasa berada dalam fasa tidak mahu bercinta lagi.

Kerana apabila dia sudah mula bercinta, mungkin dirinya tidak mampu lagi untuk berdiri seteguh sebelum ini- tapa berada di sisi si dia yang bergelar kaum Adam.

Kisah ini ditulis dari-

Dari kisah gadis yang merasakan dirinya tidak layak untuk sesiapa pun.Baik dijadikan teman hidup mahupun sekadar teman baik.

Khas, buat mereka yang mahu merawat luka yang mungkin masih ada sampai sekarang lalu menjadi parut yang nampaknya masih belum ada sesiapa mampu pulihkan.

Jangan risau, mungkin dengan kisah RUNA ini mampu merawat walau sedikit inner child kamu yang tersakiti?

Apapun, jangan dibiar lama inner child yang upset itu menjadi tunjang utama dalam hidup. Tak mahu ada 'benda' lain yang berdamping denganmu :)








.

.

.

.

Dari kejauhan, matanya tidak lepas melihat pemuda itu menolong ibunya mengemas meja makan. Meskipun dia sudah acap kali mahu menghulurkan bantuan, Datin Kirah masih berkeras mahu dia duduk di ruang tamu bersama yang lain.

Kagum. Terpesona melihat Aqiff tersenyum ke arahnya. Tangan kecil itu melambai kecil sebelum dia beredar ke dapur bersama Datin Kirah.

Tangan Runa dibawa ke dada, mata bersinar galak menunggu Aqiff kembali untuk melihatnya yang berada di ruang tamu. Namun selepas beberapa ketika kelibat Aqiff sudah tidak lagi kelihatan, Runa jadi gelisah.

"Dila, tunggu sini tau. Kakak nak pergi dapur kejap." Sempat Runa membisik, meninggalkan pesan pada adik perempuannya sebelum dengan beraninya sepasang kakinya mengorak langkah menuju ke dapur. Leher dipanjangkan, cuba mencari susuk tubuh sang idaman yang mungkin berada di dapur.

"Runa cari apa?" Suara Datin Kirah dari belakang buat dia terkejut.

Laju Runa menoleh dengan sengihan kecil di bibir.

Datin Kirah hanya membalas dengan senyuman sebelum labuhkan duduk di meja pulau. Dua muk berisi air kosong diletakkan di atas. Apabila mata mereka bertaut, tangan Datin Kirah menepuk kerusi kosong di sebelahnya.

"Meh, duduk dengan auntie."

Tanpa banyak mulut lagi Runa menurut. Matanya masih curi-curi mencari si dia yang menghuni ruang fikiran.

"Aqiff pergi tandas kejap." Wanita itu mencicip sedikit minumannya. Mata menjeling manja ke arah kanak-kanak belasan tahun itu. "Kamu cari Aqiff, kan?"

Runa sengih kelat. "Tak adalah auntie. Runa..."

"Eh Runa? Bukan duduk depan ke tadi?"

Baru disebut tentang empunya, tahu-tahu saja Aqiff sudah melabuhkan duduk di sebelah Runa. Rapat. Cukup rapat untuk Runa rasa haba dari tubuh Aqiff. Luar sedarnya, raut mukanya sudah memerah seperti buah ceri.

Belum sempat Runa buka mulut, Aqiff terlebih dahulu bertindak luar jangkaannya.

"Sikit air, Runa." Tanpa amaran, gelas yang sudah separuh isinya diteguk Aqiff sehingga licin.

Runa... terus kaku. Dan mata, melekat penuh pada sisi wajah Aqiff yang sangat sempurna di matanya.

"Kejap eh Aqiff isi baru."

Sekembalinya Aqiff di sebelahnya, perbualan antara Aqiff dan ibunya pun bermula. Sesekali potongan brownies di atas meja dimakan, juga dihulurkan kepada Runa yang nampaknya cuma tahu diam dari awal sampai habis.

Mana tidaknya. Mata Runa pun tak mahu lepas dari memerhatikan Aqiff. Bermula dari sekadar kepala yang diteleng menghadap Aqiff, sehinggalah kepalanya perlahan-lahan jatuh ke atas lengan di meja.

Bicaranya.

Lenggok tubuhnya semasa berkata-kata.

Manis senyumnya sehingga mata turut membentuk senyuman.

Semuanya tidak pernah ubah sejak pertama kali mereka berjumpa semasa mereka di tadika. Namun disebabkan hal keluarga, Aqiff terpaksa berpindah ke tadika yang lain. Sehinggalah kini umur mereka sudah menginjak 11 tahun, tembok mula dibina di antara mereka.

Di mana Aqiff tidak lagi seorang kanak-kanak lelaki yang suka mengusik Runa.

Aqiff sudah besar dan meningkat remaja. Tatkala Runa baru berumur 11 tahun, Aqiff sudah masuk Tingkatan 1.

Runa mulai sedar, dirinya mula dilihat dan dilayan seperti seorang adik apabila dia bersama lelaki ini.

Untuk sesaat, Runa seperti sedar akan perbuatannya yang agak keterlaluan. Dia kemudian kembali duduk tegak dan melepaskan deheman kecil.

"Runa pergi depan dulu tau?"

"Eh tak nak makan sikit brownies Aqiff buat ni?" Datin Kirah sua pinggan kaca yang berisi beberapa potong brownies. "Kalau dekat sekolah, berebut-rebut budak kelas Aqiff nak cuba."

Runa pandang Aqiff. Lelaki itu sengih malu tetapi matanya hanya melekat pada Datin Kirah. Tak peduli tentang kewujudan Runa di situ walau sekejap.

"Boleh ke Runa ambil?"

Aqiff pantas menoleh. "Mestilah boleh!" Lantas pinggan itu berada di tangannya, disua kepada Runa.

Melihat mata Aqiff yang bersinar-sinar, menunjukkan dialah yang buatkan brownies itu. Tanpa berlengah, Runa ambil jua sepotong brownies itu.

"Terima..."

"Runa? Jom balik? Daddy dah panggil dekat depan tu." Suara Rehzal, abang Runa kedengaran dari jauh seiring dengan bunyi derap langkah kakinya.

Datin Kirah dan Aqiff sudah turut bangun dan beransur ke ruang tamu sambil beriringan dengan Runa dan Rehzal.

Entah mengapa, Runa terlupa tujuan mereka ke sini. Melihat wajah tegang si bapa, barulah dia ingat tujuan utama mereka ke sini.

Bahu Runa jatuh. Satu senyuman nipis digarit dalam paksaan. Siapa sangka mereka ke sini bukannya untuk Runa berangan-angan tentang Aqiff. Mereka ke sini kerana bapa Runa mahu membuat sesi luah-meluah tentang bekas isterinya yang baru saja diceraikan pagi tadi.

Atau lebih tepat, mengutuk bekas isterinya. Mencaci dan mencela sesuka hati. Sampaikan mungkin dia lupa bahawa anak-anaknya sedang menadah telinga mendengarnya menghina bekas isterinya yang telah korbankan hampir 17 tahun hidup di dalam penjaranya.


.

.

.

.

.

.

RUNAWhere stories live. Discover now