Jadual asal memang patut update every Monday tapi last week punya terlambat. Maaf hihi.
Enjoy :)
Runa cuba untuk terus berada di kamar tetapi Dato Syah sendiri datang bersama ugutan, mengarahkan mereka berdua keluar dari bilik dan sertai aktiviti yang lain di hamparan pantai. Sakit hati dipermalukan di hadapan Seroja, akhirnya Runa jejakkan jua kakinya keluar dari kamar dan sertai keluarga Dato Amzar.
Macam mana aktiviti hari keluarga yang lain, begitu juga aktiviti keluarga Dato Amzar berjalan. Bola tampar pantai, sukaneka, berkelah dan bermandi-manda di gigi air. Runa? Dia cuma berada di bawah pokok rendang bersama topi besar dan kaca mata hitamnya. Seroja dibiarkan bermain bersama yang lain tetapi mata Runa langsung tidak beralih dari memerhatikan si kecil itu.
Galak sungguh Seroja hari ini. Habis dengan semua orang dia berbalas-balas air pantai. Baik Hidayah, Aqiff mahupun sepupu Aqiff yang lain, semuanya berseronok seolah-olah konflik keluarga mereka lesap dimamah bumi. Seperti tiada apa yang berlaku antara mereka.
Anehnya. Masih berseronok macam tiada hari esok. Patutkah Runa berasa sedikit lega dan kurangkan rasa berjaga-jaga yang dia aktifkan dari semalam?
Runa urut pelipisnya. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang dan aktiviti membakar ayam sudah mula di bawah pokok tidak jauh dari tempat Runa duduk. Aktiviti mandi di gigi air sudah lama berakhir dan Seroja sudahpun terlena di kamar. Runa keluar semula pun kerana perutnya pedih dek kelaparan.
Sebelum keluar sempat tombol bilik dikuncinya dari dalam.
"Runa makan ikan pari?" Soal Kak Sari sambil membalikkan ikan pari yang sedang dibakar di atas pemanggang.
Runa angguk. Bibir dipaksa senyum nipis. "Kak Sari?"
"Benda wajib ni kalau ada bakar-bakar. Abang Zizul pun suka ikan pari." Terujanya Kak Sari bercerita tentang sang suami. "Eh, semalam Runa tak join makan malam kan? Tak lapar ke semalam?"
Topik yang Kak Sari bawakan tiba-tiba mencuit Runa untuk teruskan perbualan mereka. Dalam hati Runa terselit satu rasa sangsi terhadap pasangan itu.
"Kak Sari join makan malam ke semalam?" Soalan berjawab soalan.
Wanita itu angguk. "Semalam siap ada oyster lagi. Awalnya nak makan shellout tapi alang-alang dia sediakan oyster, habis semua jenis seafood kita orang balun semalam. Rugilah Runa tak turun. Boleh Seroja makan sedap-sedap." Terbias kekecewaan pada wajah Kak Sari.
Runa senyum nipis. "Seroja penat sangat semalam. Lagipun ada orang hantarkan makan malam semalam, tu yang kita orang tak turun." Runa alihkan pandangan ke pantai. Sekilas, ekor matanya mengintai reaksi Kak Sari.
"Oh, siapa tu?"
"Azizul."
"Wah, ikan pari!" Panjang umur si empunya badan, Azizul hadir bersama sengihan lebar. Di belakangnya ada Firhad membuntuti.
Sampai di sebelah Kak Sari, laju tangannya memaut manja leher si isteri seiring mata tertancap penuh teruja ke arah deretan ikan pari di atas pemanggang. "Mana yang lain? Tadi bukan main ramai main pantai?"
Runa hanya memandang, tidak menjawab pertanyaan Azizul walaupun terang-terang lelaki itu sedang memandangnya sambil bertanyakan soalan. Dalam masa yang sama dapat dia rasakan sepasang mata Firhad sedang merenungnya tajam.
Malu soalannya tidak berjawab, Azizul toleh ke arah isterinya. "Sayang?"
"Ada yang dah penat mandi tu. Tu yang naik bilik semuanya. Ni nak masak untuk alas perut sebelum makan malam nanti." Terang Kak Sari sebelum soalan diajukan pula kepada Firhad, "Kak Yaya dekat mana eh? Tadi dia kata nak turun tolong bakar sekali."
YOU ARE READING
RUNA
RomanceReminder : Update sekali seminggu. GOLD RETRIEVER x BLACK CAT Kisah ini ditulis semula dari kisah seorang gadis yang inner child-nya tersakiti. Setiap perilaku sentiasa dipertikai sampaikan satu tahap, dia terlalu dewasa semasa kanak-kanak lain seda...