5 | Terima Kasih Runa

158 21 0
                                    

Pelembap bibir berwarna dioles cermat pada bibir. Awal pagi lagi dia tak dapat nak bersiap di rumah memandangkan Seroja pagi-pagi lagi sudah menangis. Seperti sudah dapat agak dia bakal ditinggalkan di nurseri, langsung tak mahu lepas susu dari Runa.

Sudahnya Runa hanya sempat berpakaian tanpa sebarang solekan.

Agaknya, beginilah hari-hari yang mendatang pun. Tak sempat nak bersolek mana. Tak apalah. Alang-alang dia masih dalam tempoh edahnya. Biarpun bersolek itu satu kepuasan baginya, mungkin lepas ini dia harus biasakan diri dengan hanya memakai set penjagaan muka saja.

Jimat duit pun jimat. Daripada membazir duit membeli alat solek, ada baiknya dia melabur pada bahagian Seroja.

Baru saja tangan ingin memulas tombol tandas, telinganya menangkap perbualan pekerja lain.

"Sumpahlah dia orang dah bercerai? Lepas tu macam mana dengan Dato Syah? Bukan ke dia orang berkahwin sebab business ke?" Si A kedengaran terkejut, tak sangka dengan apa yang baru saja dia dengarkan.

Berdecit Si B pun. "Itulah pasal. Kalau dah cerai ni, bukan ke akan ada benda-benda yang terpaksa dibatalkan? Aku dengar-dengar Dato mengamuk semalam sebab event besar kita berkemungkinan dibatalkan." Tak puas hati bunyinya.

"Boleh jadi dibatalkan since Sapphire Aspiration pun ada relation dengan syarikat Dato Hattan, ayah Encik Aqiff tu. Aku tertanya-tanyalah... Macam mana eh Dato Hattan dengan Dato Syah boleh kahwinkan anak dia orang? Sebelum dia orang berkahwin pun aku tengok Dato Syah macam dah terdesak sangat aje. Like... kau faham tak, macam mana perkahwinan Runa dengan Aqiff boleh selamatkan keadaan syarikat ni?" Si C pula jadi tukang bertanya panjang lebar.

Runa yang di dalam tandas kembali melabuhkan duduk di mangkuk jamban yang sudah ditutup. Bersandar di situ sambil kaki disilangkan.

"Ini yang aku dengarlah..." Si A berdeham kecil.

"Dato Hattan dengan Dato Syah dulu ni berkawan baik tau. Mulanya Dato Syah ni bangunkan syarikat ni dengan bekas isteri dia. Tapi entah macam mana bekas isteri dia boleh kahwin dengan Tan Sri Zahran, lepas beberapa tahun lepas itu syarikat Dato Syah hampir jatuh muflis. Orang ramai kata semua tu kerja Tan Sri Zahranlah. Yelah mesti bekas isteri Dato Syah ada mengadu apa-apa tentang Dato Syah dekat Tan Sri. Jadinya..." Kedengaran Si A tarik nafas dalam.

"Ha rilek rilek. Kau gelabah nak ke mana?" Si C pula mahu menenangkan.

"Ha lepas kejadian tulah Dato Hattan muncul. Dato Hattan ni kira macam pucuk pangkal syarikat IT lah nak dikatakan. Kalau cakap tentang developer, programmer, ha memang ramai yang pro aje under Dato Hattan ni. Tapi Dato Syah ni sebaliknya pula. Dia tak mampu nak bayar programmer dia dengan harga yang setimpal, sebab itu ramai pekerja dia keluar. Jadinya, bila dah kawan baik kau dalam kesusahan takkanlah kau nak duduk diam aje? Mestilah dia bagi bantuan."

"Kawan tak kawan, bagi bantuan pun mestilah ada give and take dia juga!" Si B menyampuk, semangat.

"Ha pandai pun kau. Jadinya, alang-alang Encik Aqiff penuh dengan kontroversi terlalu lama membujang, orang anggaplah dia ni macam gay. Kiranya berkahwin dengan Runa tu macam jalan penyelesaiannya. Tambahan pula Runa tu UI/UX designer yang kira pro juga, sebab itu Dato Hattan serap dia masuk dalam team bawah syarikat Dato Hattan. Dato Hattan dapat Runa sebagai pekerja dia, Dato Syah pula dapatlah beberapa orang programmer tapi gaji masih lagi dibayar oleh Dato Hattan. Gitchu." Sambung Si A lagi.

Dalam diam Runa kagum dengan si penyampai cerita. Sahih belaka. Tak ada satu pun yang dia tertinggal. Jadi makcik bawang pun, kena pandai sampaikan cerita yang betul. Bukan sekadar menjaja cerita tanpa usul periksa.

RUNAWhere stories live. Discover now