Senja hampir melabuhkan tirai barulah kereta Runa tiba di hadapan Arluna Day Care. Dari pintu pagar Runa sudah nampak kelibat Seroja bersama sesuatu di tangan. Langkahnya kecil, terkedek-kedek berjalan bersama beg galas Smiggle merah jambunya.Terbuka saja pintu kereta, bibir nipis itu melebar dengan senyuman manis.
"Assalamualaikum, umi."
Huluran tangan si ibu, disambut sebelum digagahkan tubuhnya untuk masuk ke dalam perut kereta.
Sukulen rupanya objek yang ada pada tangan Seroja tadi.
"Waalaikumussalam, sayang umi." Ubun-ubun Seroja dikucup sayang. Terangkat rasanya segala beban di tempat kerja.
Seroja pun langsung tidak merungut setiap kali Runa mengambilnya selewat ini. Padahal di dalam sana sudah kosong, semua kanak-kanak pasti sudah pulang dalam lingkungan jam 6 lagi.
Hailah, sayang umi. Manalah umi tak sayang kalau sebegini memahaminya anak sendiri?
"Tengok ni, ada orang bagi Seroja Sukuna."
"That's succulent."
"No, umi. Jijaz said it's Sukuna."
"We don't trust boys, Seroja. I told you."
"But Jijaz is a good boy."
"Sejak bila Seroja kenal Jijaz?"
"Hari pertama."
Runa cebik halus. "Tadi Jijaz jatuh, kenapa tak tolong dia?"
"He was crying over a Sukuna." Seroja geleng kepala. "He's clearly a crybaby! Why would I help a crybaby?"
"Seroja..."
Budak perempuan itu mengeluh. Jatuh bahunya. Mata mula menilik sukulen itu. Biarpun sudah patah daunnya, Hijaz tetap berusaha membersihkan pokok itu dari kotor tanah.
"Ada kawan-kawan Seroja lain dapat kaktus juga?"
Geleng.
"Ada Jijaz buli Seroja?"
Geleng.
"Ada Jijaz cakap buruk tentang Seroja?"
Geleng lagi.
"Then, he is a good boy. Tak kisahlah dia crybaby ke, kalau dia tak sakiti Seroja maksudnya dia budak baik. Okey?"
"So, should we trust him?"
Runa picingkan mata. "Boleh. Tapi sikit aje."
"Sikit macam mana? Sikit macam ni?" Seroja hampir rapatkan hujung ibu jari dan jari telunjuk.
"Sikit lagi."
"Sikit macam ni?"
"Lagi sikit."
"Tak payah percaya langsunglah kalau macam tu."
"Lagi bagus. Barulah anak umi."
Dan tawa mereka pun bersatu.
SESUDAH Maghrib, Runa segera siapkan Seroja. Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Dato Syah. Sebesar mana sekalipun kesilapan seorang bapa, Runa akur pada perintah Allah untuk mentaati orang tuanya. Tambahan pula dia tidak mahu memutuskan hubungan Seroja dengan atuknya.
Asalkan Dato Syah pun senang dengan Seroja, itu sudah memadai. Tak ada sebab pun untuk Runa pisahkan hubungan mereka berdua.
"Umi, abaya Seroja tak sampai lagi ke?" Refleksi Seroja yang hanya dengan jubah mandi merah jambu terpampang pada cermin tinggi tempat Runa bersiap.
YOU ARE READING
RUNA
RomanceReminder : Update sekali seminggu. GOLD RETRIEVER x BLACK CAT Kisah ini ditulis semula dari kisah seorang gadis yang inner child-nya tersakiti. Setiap perilaku sentiasa dipertikai sampaikan satu tahap, dia terlalu dewasa semasa kanak-kanak lain seda...