"There you go."Runa teragak-agak keluar dari perut kereta. Matanya menjeling-jeling ke arah Bais yang setia menunggu di luar kereta sambil tersenyum manis. Nak buka pintu sendiri pun tak boleh sebab Bais dah memang sedia kunci pintu belakang dari dalam. Di mana perbuatan itu membuatkan Runa terpaksa membiarkan Bais membukakan pintunya dari luar.
Katanya dia memang sengaja mengunci semua pintu begitu demi keselamatan Hijaz setiap kali dia naik kereta Bais.
Dan paling tak disangka-sangka, kejadian ini berlaku betul-betul di pintu masuk bangunan. Saksi yang paling tidak diundang - Aqiff sedang melihatnya dengan mata yang sedikit membulat. Barangkali terkejut melihat Runa datang lewat.
"Balik pukul berapa hari ni?" Tanya Bais sebaik sahaja Runa keluar dari perut kereta.
"I balik sendiri."
"Naik apa? Grab?"
"AirAsia."
"Seroja? Siapa ambil?"
"I."
Bais angguk. Rajin pula Runa ni bertukar-tukar kereta dari satu tempat ke satu tempat lain.
"Ni, bekal you." Plastik berisi nasi lemak dihulurnya. "Lain kali jangan biar lama sangat perut tu kosong. Gastrik nanti."
Teragak-agak Runa menyambut huluran itu. "Terima kasih."
"Balik nanti bagitahu I pukul berapa. Seroja pun biar I yang ambilkan. Just incase you balik lambat, tak adalah dia tertunggu-tunggu. Hijaz pun tak ada nak teman dia hari ni." Ujar Bais panjang lebar. Matanya mengecil apabila kepalanya disimbah cahaya matahari. Bersinar rambut hitamnya.
"Tak perlulah susahkan diri you. Kita ni..."
"Anggaplah apa yang I buat ni, sebagai cara untuk I nak kenal dengan you. You pun... sebenarnya bukan kepunyaan sesiapa." Dengan penuh bersahaja Bais berkata sambil sebelah tangannya bertahan pada kereta, menopang kepala di situ sambil merenung Runa.
Terangkat kening Runa mendengarnya. Renungan Bais dibalas dengan tatapan penuh. Utuh dan tidak beralih untuk beberapa saat. Sepi antara mereka sehinggalah Runa menarik senyuman sinis.
"You yakin?"
"Tentang apa?" Tangan Bais turun dari kereta. Kaki berdiri tegak apabila mula penasaran menanti apa yang Runa mahu katakan. Tak semena-mena dadanya rasa berombak. Tak tenteram dan berdebar.
Runa mendekat setapak. "You yakin ke I bukan kepunyaan sesiapa?" Perlahan tetapi cukup untuk Bais seorang yang mendengarnya.
Untuk sesaat Bais terdengus tawa. Runa ni, sentiasa berjaya bikin dia berdebar-debar.
"Yakinlah. You kata jawapan tu ada pada I. Jadi I jawab apa yang I rasa nak jawab. I nak you bukan kepunyaan sesiapa." Padat dan jelas. Biarpun dia agak tidak yakin pada mulanya tetapi setelah hari demi hari dia memerhatikan Runa, tak pernah sekali pun dia ternampak bapa kepada Seroja bersama mereka.
Lagi-lagi dengan kejadian hari ni, agak mustahil jika Runa kata dia kepunyaan orang lain. Jika perkara itu betul, kenapa dia terima saja pertolongan Bais dan bukannya dari pasangannya?
"Itu abah Seroja." Runa toleh ke arah Aqiff yang masih kaku di pintu depan bangunan. Masih dengan riak wajah yang agak terkejut. Namun apabila Bais menoleh ke arahnya, air muka Aqiff berubah.
Marah dan tidak senang melihat mereka berdua. Langsung lelaki itu membuka langkah masuk ke dalam bangunan.
Entah mengapa setelah melihat Aqiff tadi, keyakinan Bais pada jawapannya tadi jatuh ke tangga paling bawah. Dia tahu Runa tak main-main kerana raut wajah Seroja agak mirip lelaki depan pintu bangunan tadi.
YOU ARE READING
RUNA
RomanceReminder : Update sekali seminggu. GOLD RETRIEVER x BLACK CAT Kisah ini ditulis semula dari kisah seorang gadis yang inner child-nya tersakiti. Setiap perilaku sentiasa dipertikai sampaikan satu tahap, dia terlalu dewasa semasa kanak-kanak lain seda...