Separuh troli sudah penuh dengan barang dapur Runa tetapi satu jenama ubat gigi pilihan Bais masih belum ditemui. Ekor mata Runa tidak beralih dari pemuda itu yang tidak lepas dari melayani Seroja. Kalau dengan Aqiff, awal-awal dulu lagi Seroja dah tunjuk dia tak suka dengan Aqiff.
Tapi bila dengan Bais ni, cepat betul dia jatuh suka. Mungkin sebab Bais sendiri pun bapa kepada Hijaz. Ada la juga terselit sifat kebapaan dia tu.
"Hijaz apa khabar?" Selit Runa apabila menyedari dua beranak itu sudah mula mendiamkan diri. Kaki berjalan melintasi troli yang ditolak Bais, mencapai satu botol besar Breeze merah.
"Demam dia dah kebah sikit."
"Tinggal dekat rumah dengan siapa?"
Mereka kembali jalan beriringan.
"I drop dia dekat rumah parents I sebelum gerak tadi."
"Ouh." Runa malas mahu bertanya lebih lanjut.
"You tak ada nak tanya apa-apa ke?" Lama menyepi, tiba-tiba Bais menyucuk dengan soalan. Nampak dari gaya serupa mengharapkan soalan seterusnya dari Runa.
Kening Runa bertaut. "Nak tanya apa?" Dia bukannya jenis yang suka sangat ambil tahu selagi orang tak beritahu pada dia.
"Yelah manalah tahu you nak tanya, kenapa I tak tinggalkan dia dekat rumah I ke?" Meleret suara Bais sambil sedaya upaya menahan senyum malu.
"Ha kenapa?" Dah orang tu nak kita tanya, tanyakan sajalah.
"Sebab kat rumah I mana ada orang. Sebab tu dia kena duduk dekat rumah parents I."
"Ouh."
Jeda lagi. Bais sudah gatal kepala mahu fikirkan ayat apa yang sesuai supaya Runa bertanya soal statusnya. Dia yakin, dalam kepala Runa kini pasti masih beranggapan dia sudah beristeri dan Hijazlah anaknya.
"Mananya ubat gigi you?"
Soalan Runa buat Bais terkulat-kulat. Tak bertangguh lama, Runa sendiri yang berlalu ke bahagian ubat gigi. Tak lama kemudian dia kembali bersama Colgate Optic White.
"Kenapa you ambil yang tu?" Mata Bais terarah pada dua kotak ubat gigi berwarna merah itu.
"I ambil yang paling mahal dah tu."
Bais letak siku atas penolak troli, tubuh berpusing menghadap Runa. "Apa kena-mengena dengan yang paling mahal ni?" Bais ketawa.
"Gigi you kan cantik, mesti pakai barang mahal." Bidas Runa tanpa sedikit pun hiraukan renungan pemuda itu. Barang di dalam troli disusun-susunnya. "Takkanlah I nak beli yang murah untuk orang kaya tipikal macam you."
Lagilah lebar sengihan Bais mendengar pujian Runa. Dalam nak memuji Bais, sempat lagi dia sambung dengan sindiran.
"Seroja nak apa-apa lagi?" Runa tarik senyum manis buat si anak.
Seroja letak jari pada dagu, konon sedang berfikir. Alih-alih dia ketawa pula apabila melihat Bais buat mimik muka kelakar. "Ey, uncle!" Dah ketawa, kena geletek pula dengan Bais.
Runa rasa... Seroja dah tak perlukan dia dah. Manis dan comelnya Seroja dan Bais mampu tenggelamkan dunia Runa yang serba kosong ini.
"Seroja..." Runa panggil lagi. "Seroja nak apa-apa lagi?"
"Tak ada, umi." Sengih-sengih Seroja menjawab. Sesekali matanya menjeling-jeling ke arah Bais yang tak habis-habis tenung pipi londehnya dari jarak dekat.
Selesai membeli-belah, akhirnya pacuan empat roda itu membelah jalan. Runa sudah tersandar kepenatan. Berat mata ni tak usah kata. Tetapi tidak wajarlah untuk dia terlelap di dalam kereta seorang lelaki yang terang-terang masih dikategorikan sebagai kenalan barunya.
YOU ARE READING
RUNA
RomanceReminder : Update sekali seminggu. GOLD RETRIEVER x BLACK CAT Kisah ini ditulis semula dari kisah seorang gadis yang inner child-nya tersakiti. Setiap perilaku sentiasa dipertikai sampaikan satu tahap, dia terlalu dewasa semasa kanak-kanak lain seda...