Gambar hitam putih yang memaparkan kandungannya itu dipandang sekilas. Sudah berumur 7 bulan, tetapi disebabkan tubuhnya yang tinggi lampai dia masih mampu menutup sedikit perutnya yang membusung dengan memakai abaya.Hujung telinganya menangkap bunyi gelak tawa sang suami, kemudian diselang-selikan dengan bunyi bertepuk tampar dengan orang lain.
Kosong. Jiwanya terlalu kosong untuk rasa tersinggung dengan apa yang didengarnya. Usia perkahwinan mereka belum pun cecah setahun, Aqiff berkeputusan untuk beristeri dua. Itupun setelah Runa disahkan mengandung, esoknya dia didatangi seorang gadis di ruang tamu.
Bergelak ketawa, bertepuk-tampar mengalahkan mereka yang sudah berkahwin.
Hilangnya kuasa Runa untuk menghalang tatkala bapa kandungnya sendiri pun menyuruhnya untuk tidak berbuat apa-apa memandangkan perkahwinan mereka juga berlandaskan perniagaan mereka semata.
Bunyi bising engsel mematikan lamunannya. Tanpa berpaling, Runa sudah dapat agak siapa yang tiba-tiba menceroboh kamarnya.
"Hari ni you tak nak masak ke, Runa?" Hidayah masuk lalu melontarkan tubuhnya ke atas katil Runa.
Runa diam. Tangan bergerak menyisir rambut lurusnya. Sesekali jemari itu merungkaikan rambut yang sedikit kusut.
Bengang soalan tak berjawab, Hidayah duduk dari perbaringannya. "I tanya, hari ni you tak masak ke? Dari semalam I mintak you masak Salmon Grilled kan?" Pedih hati melihat Runa sedikit pun tidak berganjak dari depan cermin soleknya.
Jeda. Kemudian, telinga Hidayah tegak apabila terdengar Runa mendengus halus tawanya.
"Hantaran 50K takkan tak reti masak."
"Siapa kata I tak reti masak?"
Runa toleh sedikit, cuma menampakkan sebelah matanya yang menjeling tajam ke arah madunya. Bibirnya kunci rapat. Sekadar mata menjadi respon kepada Hidayah.
"You ingat Aqiff nak biarkan isteri muda dia ni mencemar duli dekat dapur ke?"
Lagi, hanya renungan tajam menjadi jawapan.
Rasa marah yang menyendat di dada kian membuatkan Hidayah rasa meluat. Akhirnya dia keluar sambil kaki yang dihentak-hentak ke lantai sebagai tanda protes. Bodohnya Hidayah, dia tahu dia takkan menang dalam berlawan mulut dengan Runa tetapi masih lagi tidak tahu malu masuk dan mengarah Runa sesuka hati.
Tubuh Runa baringkan ke atas katil, mengiring membelakangi pintu. Telefon dibuka lalu satu notifikasi terpampang.
First Anniversary. Runa loves Aqiff.
Laju dia padam notifikasi itu. Macam mana peringatan itu masih ada di dalam kalendarnya? Ah mungkin itu adalah tindakan pertama Runa sebaik sahaja mereka berdua berjaya diijab kabul.
Aqiff yang berwajah manis disangkanya seiring dengan perwatakannya, namun siapa sangka Aqiff yang dahulu dia kenal berubah serta-merta sebaik sahaja malam pertama mereka. Aqiff beria mahu tidur di rumah sendiri bersama Runa, tetapi tiada siapa tahu muslihatnya.
Runa dihalau dari rumah seperti kucing kurap sehingga akhirnya Runa terpaksa berteduh di rumah Rehzal. Apabila Dato Syah mahu bertandang ke rumah, reti pula Aqiff mengutipnya di rumah Rehzal. Pulang saja Dato Syah, Aqiff berubah seratus lapan puluh darjah.
Aqiff bukan kaki pukul. Aqiff tak reti naik tangan apabila berhadapan dengan Runa. Tetapi lidahnya tajam mengalahkan pisau. Kata-katanya tak pernah gagal merobek hati Runa.
Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan berganti bulan.
Cemuhan dan hinaan dari mulut Aqiff kian sebati dalam diri Runa. Tiada apa lagi yang keluar dari mulut itu mampu titiskan lagi air mata Runa. Tambahan pula apa yang keluar dari mulut Aqiff tak mampu tandingi mainan emosi Dato Syah.
YOU ARE READING
RUNA
RomanceReminder : Update sekali seminggu. GOLD RETRIEVER x BLACK CAT Kisah ini ditulis semula dari kisah seorang gadis yang inner child-nya tersakiti. Setiap perilaku sentiasa dipertikai sampaikan satu tahap, dia terlalu dewasa semasa kanak-kanak lain seda...