10 | Lelaki Gerai Nasi Lemak

163 28 10
                                    




Kecewa rasanya seperti tak mampu lagi dibendung. Lain yang dia harap untuk terjadi, lain jadinya. Dipandang serong Bais dengan rasa hampa sehampanya.

"Bais,"

"Hm."

"Sejak bila aku makan paru ni?" Rasa rembat lauk sambal udang Bais.

Kebisuan Bais lagi membuat Tarmizi geram. Dilihatnya bukan main lagi sambal udang Bais berbungkus asing.

"Tadi aku tegur dia."

Terus hilang kerut marah Tarmizi. "Kau tegur apa?" Cakap saja 'dia', terus satu nama terbit di mindanya.

Bais tunduk bersama senyuman kecil. Apabila dia mendongak, senyumnya hilang. "Adalah." Gila ke mahu berkongsi benda bodoh tetapi membahagiakan ini dengan Tarmizi?

"Baik kau tak payah cerita gila."

Bais pangku dagu dengan sebelah tangan, menutup senyuman yang kian melebar. Nama si empunya pun masih belum tahu tetapi Bais sudah cakna si empunya lauk kegemaran.

Sambal udang. Juga lauk kegemaran Bais. Agak-agak esok mereka akan terserempak lagi ke?

Bais hembus nafas panjang.

"Jangan duk suka sangat. Karang dapat tahu dia bini orang, kau yang koyak." Tiba-tiba Tarmizi menegur. Nampak betul angaunya si Bais ni.

Bais toleh bersama senyuman yang sudah hilang. "Doakanlah yang sebaliknya."

"Sambil doa, kena ada usaha. Cubalah kau suruh si Hijaz tu korek sikit rahsia si anaknya dulu."

Bibir Bais mencebik. "Tak apa ke? Hijaz tu bukan boleh harap. Maunya dia mengadu dekat umi dia yang uncle dia ni ajar bukan-bukan." Isu rambut mangkuk pun belum habis. Hari-hari mesti videocall dengan umi dia, mengadu Bais punca semua kawan-kawan perempuan dia lari.

"Ala kau ni, rasuahlah sikit."

Jeda. Lama Bais tersandar, memikirkan apa patut dia rasuahkan anak buahnya. Selain daripada isu rambut mangkuk, apa lagi ya isu yang belum selesai antara mereka?

Kaktus!

Bais gelak jahat dalam hati. Isu sukulen yang jatuh di depan tadika masih jadi bahan bual Hijaz dengan uminya. Jadi agaknya... sukulen masih sah ke untuk dijadikan rasuah budak Hijaz tu?

JAM sudah menunjukkan hampir pukul 7 dan kini Bais sedang tersangkut di tengah-tengah jalanraya, berlumba mahu pulang bersama pekerja-pekerja yang tentunya baru pulang pada waktu begini.

Sungguh dia tak sangka dia akan selewat ini pada hari ini. Tetapi memandangkan dia ada mesyuarat tergempar petang tadi, terpaksa dia pulang lewat.

Apa yang ada dalam kepala dia sekarang ni cuma satu. Hijaz.

Budak tu kalau tengok kawan-kawan dia semua dah balik, mulalah nak menangis, merengek, meroyan tak tentu hala. Paling tak boleh kalau tinggal sorang-sorang.

Bais berani bersumpah, sebaik sahaja dia sampai di tadika nanti Hijaz akan menangis dan meraung-raung memukul bahunya.

Tepat pada jam 7.15 malam, azan Maghrib pun berkumandang dan kereta yang dipandu akhirnya tiba di hadapan Arluna Day Care.

Berlari dia keluar dari dalam perut kereta menuju ke pagar. Salah seorang penjaga yang berada di perkarangan ditujunya bersama senyuman di bibir.

"Mana Hijaz, ya?"

"Oh, Hijaz ada dekat dalam tengah makan."

"Terima kasih." Lebar langkah dibuka menuju ke pintu.

Masuk saja dalam, matanya jatuh pada kelibat Hijaz sedang makan di meja kecil bersama seorang budak perempuan di sebelah.

RUNAWhere stories live. Discover now