Mesej dari Elly dibaca lagi.
Nak kirim nasi lemak sambal udang semalam, boleh?
Untuk ke sekian kalinya, Runa tersandar lagi. Di sebelahnya ada Seroja yang sedang menikmati sarapan dan kini mereka berada betul-betul tidak jauh dari gerai nasi lemak Acik Mah.
Beria bangun pagi nak siapkan bekalan Seroja, tiba-tiba boleh pula si kecil ni pun dah mula sangkut dengan nasi lemak Acik Mah. Sudahnya Runa hanya bangun untuk membuat sarapan untuk diri sendiri saja.
Tapi bila dah sampai tadi, roti bersama telur hancur bersalut mayonis tidak lagi menarik perhatiannya. Lihat dari panjangnya beratur, persepsinya yang dulu kini sudah berubah. Lagi panjang beratur, dirinya rasa lagi tercabar mahu dapatkan nasi lemak Acik Mah yang sangat sedap itu.
Runa telan liur.
"Umi jadi tak nak beli sambal udang semalam? Seroja teringat-ingatlah lauk tu." Dalam mulut asyik mengunyah sarapan Runa, Seroja bertanya.
"Sedap sangat ke sambal semalam? Umi rasa biasa aje." Tipu. Padahal dia memang dah mula teringat-ingat sambal semalam!
"Sedap! Cepatlah umi pergi beli. Nanti lagi lama, lagi panjang beratur." Tergoyang-goyang kaki pendek Seroja. Badan tersandar sambil mulut sudah comot dengan mayonis di tepi bibir.
Jam diteliti Runa. Masih ada banyak masa untuk dia beratur. Tanpa berlengah lagi, lantas dia keluar dari perut kereta dan menjadi orang terakhir dalam barisan. Sesekali lehernya dipanjangkan, cuba mengintai bekas lauk sambal udang semalam.
Disebabkan kebanyakan manusia yang beratur di hadapannya tinggi-tinggi, Runa terpaksa menjengket sedikit. Biarpun ketinggiannya sendiri sudah mencecah 175 sentimeter bersama bantuan kasut tumit tinggi 5 inci, tetap dia gagal mencari keberadaan bekas lauk tersebut.
Sehinggalah tiba gilirannya untuk membeli nasi lemak, bekas sambal udang yang dilihatnya baru sekejap tadi masih ada kini sudah lesap. Tiba-tiba rasa nak balik.
"Ya, adik nak apa?"
"Sambal udang dah habis ya, acik?" Waktu itu jugalah dia ternampak bekas sambal udang yang sudah kosong di belakang Acik Mah.
"Aah. Dah habislah, dik. Adik nak lauk lain? Kita ada sambal paru, sambal sotong lagi." Acik Mah sudah bersedia mahu cedukkan lauk ke dalam bungkusan yang sudah ada nasi lemak.
Terkenangkan Seroja yang bersungguh mahu sambal udang, Runa jadi buntu mahu beli lauk yang mana untuk gantikan sambal udang.
"Sambal sotong tu, pedas tak acik?" Tanya Runa.
"Pedas biasa aje. Pedas macam sambal udang tu jugak. Nak?"
"Bolehlah. Buat dua. Lauk asing. Satu lagi nasi lemak, buat lauk sambal paru."
Selesai beli nasi lemak, dah sampai pejabat baru Runa teringat sesuatu.
Nombor telefon Acik Mah.
Habislah. Esok kena bertarung lagi untuk dapatkan sambal udang lagi untuk Seroja, Elly dan juga dirinya.
"RUNA."
Ah, Runa benci pemilik suara ini. Tangan yang sedari tadi mengacau bancuhan kopi hitam terus berhenti. Pagi-pagi lagi sudah disapa dengan langau, boleh bikin mood bekerjanya ke laut saja.
"You apa khabar?" Lagi, wangian mahal bergamot campuran mint dari tubuh itu menghuni satu ruang pantri.
Lebih-lebih lagi apabila gerangan itu mendekati rak cawan di hadapan Runa. Sekelip mata ada tangan kekar merentas bahu Runa, mencapai muk di atas rak. Makin jelas wangian itu menerpa deria bau Runa.
YOU ARE READING
RUNA
RomanceReminder : Update sekali seminggu. GOLD RETRIEVER x BLACK CAT Kisah ini ditulis semula dari kisah seorang gadis yang inner child-nya tersakiti. Setiap perilaku sentiasa dipertikai sampaikan satu tahap, dia terlalu dewasa semasa kanak-kanak lain seda...