Hello~
Sepertimana yang saya beritahu sebelum ni, akaun lama saya honey_buzz ada masalah login pada tahun 2020.
Saya dah cuba dapatkan access akaun tersebut tetapi gagal. Sejujurnya, saya hilang motivasi untuk sambung cerita Penolong Ketua Kelas setelah saya dah tak dapat guna akaun tu lagi.
Dan juga disebabkan saya ada kekangan masa setelah saya sambung belajar. Tapi sekarang saya dah hampir di penghujung zaman student dan motivasi untuk menulis akhirnya datang lagi.
Saya nak ucapkan terima kasih untuk beberapa pembaca buku saya yang tak seberapa ni yang masih sanggup menunggu update walaupun dah beberapa tahun berlalu. Kerana mereka jugalah saya akhirnya terdetik hati nak sambung buku ni semula. Terima kasih sekali lagi atas kata-kata sokongan anda semua~
Disebabkan saya dah lama tinggalkan cerita ini, jadi saya perlukan masa untuk khatam balik watak-watak dan peribadi mereka yang saya cipta ketika tu. Jadi harap maklum andai perwatakan mereka ada perubahan atau berlainan dengan sebelum ni.
Ini juga kerana sewaktu saya buat cerita ni, saya masih budak sekolah dan sekarang saya dah masuk alam pekerjaan jadi penulisan saya pun mungkin lebih matang berbanding dulu.
Itu sahaja mukadimah dari saya.
Selamat membaca!
ANDA SEDANG MEMBACA
PENOLONG KETUA KELAS | C
Novela Juvenil𝐓𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐛𝐲 𝐡𝐨𝐧𝐞𝐲_𝐛𝐮𝐳𝐳. ✓ 𝐓𝐞𝐞𝐧 𝐅𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 ✓ 𝐒𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥 𝐋𝐢𝐟𝐞 ✓ 𝐒𝐥𝐢𝐜𝐞 𝐎𝐟 𝐋𝐢𝐟𝐞 ✓ 𝐃𝐫𝐚𝐦𝐚 『 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭 : 𝟎𝟐/𝟖/𝟐𝟎𝟐𝟒 』 『 𝐄𝐧𝐝 : 𝟐𝟔/𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟓 』
