BAB 76

23 6 0
                                        

SEBELUM azan maghrib berkumandang, Tengku Naufal sudah tiba di rumahnya sehabis bermain.

Seperti biasa, dia akan dileteri oleh Mami selama lima minit kerana leka bermain dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pelajar yang bakal menduduki SPM. Setelah meyakinkan Mami bahawa dia sudah menyelesaikan latihan dan berjanji akan membuat ulangkaji, barulah dia dibenarkan naik ke biliknya.

Nafas dihembus lega apabila Tengku Naufal sampai di bilik bujangnya. Dia segera mencapai tuala dan membersihkan badan yang melekit akibat peluh. Hampir dua puluh minit dia di dalam tandas sebelum dia bergegas keluar dan bersiap-siap untuk ke masjid pula.

Bunyi ketukan di pintu kedengaran saat Tengku Naufal sedang menyembur pewangi pada pakaiannya.

"Angah! Baba nak pergi masjid ni! Kamu dah mandi belum?" Panggil sang ayah dari luar.

"Dah, ba! Tinggal nak pakai perfume je!" Sahutnya lalu menyembur sembarangan.

Suara babanya kembali kedengaran.

"Haa, cepat! Baba tunggu dekat luar! Lambat jalan kaki!" Ugut Tengku Harris yang sudah dihafal skripnya oleh Tengku Naufal.

Jejaka itu kemudian melihat penampilannya buat kali terakhir di cermin.

Setelah memastikan baju Melayunya telah dibutang kemas dan rambutnya terletak rapi, segera dia melangkah menuju pintu. Kaki panjangnya bergegas turun ke lantai satu di mana Mami sudah menunggu di bawah.

Tengku Naufal tersengih apabila Maminya sekali lagi membebel tentang kelewatannya ke masjid. Setelah bersalaman dengan Mami yang uzur, dia akhirnya meminta diri dan segera menyarung kasut sandalnya.

Dilihat Baba sudah menghidupkan enjin motosikal dan bersiap untuk memandu keluar. Tengku Naufal meluru laju dan segera menaiki kenderaan beroda dua tersebut. Lalu mereka menempuh jalan raya yang lenggang menuju ke masjid berdekatan.

Azan Maghrib berkumandang tepat ketika mereka tiba dan kedua ayah dan anak itu segera mengambil tempat di saf hadapan bersama-sama jemaah yang lain. Kemudian mereka menunaikan solat fardhu Maghrib, disusuli dengan ceramah singkat dari imam masjid, dan diakhiri dengan solat isyak berjemaah.

Sewaktu Tengku Harris dan anak bujangnya berjalan ke arah motosikal yang menjadi tunggangan mereka, Tengku Naufal mengujarkan sebuah soalan kepada ayahandanya.

"Ba, macam mana baba pinang Mami dulu? Baba merisik dulu ke? Kenal-kenal dengan keluarga mami? Atau terus ajak tunang?" Tanyanya berhati-hati.

Tengku Harris menoleh dengan kerutan di dahi.

"Kenapa angah tanya macam tu? Angah nak merisik anak dara orang ke?"

"Kalau angah kata ya?"

"Haish, jangan merepeklah angah! Angah tu muda lagi! Habiskan SPM dulu, masuk universiti, dapat ijazah, baru fikir pasal kahwin! Sekolah belum habis, dah gatal nak beristeri!" Bebel Tengku Harris tidak setuju dengan idea mengarut anak keduanya.

Namun Tengku Naufal bertegas.

"Tak ba, angah tak main-main! Angah betul-betul sayangkan dia. Angah sentiasa sebut nama dia dalam doa dan mintak dia jadi jodoh angah. Lagipun, dia bukan macam perempuan lain yang suka berjoli. Dia ada cita-cita dia sendiri dan angah nak jadi penyokong dia dari belakang. Macam mana baba agungkan mami, macam tulah angah nak jadikan dia sebagai permaisuri angah." Luah Tengku Naufal setulus hati.

Tengku Harris merenung wajah tampan anak lelakinya lama. Agak terpegun dengan hasrat hatinya yang cukup tinggi itu. Namun sebagai ayah, sudah pasti dia tidak mahu anaknya membuat keputusan terburu-buru dan tersilap langkah di kemudian hari.

PENOLONG KETUA KELAS | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang