EPILOG

38 5 0
                                        

HARI ini, genap sepuluh tahun telah berlalu sejak perpisahan para pelajar kelas 5 Sains.

Masing-masing membawa haluan sendiri. Mengejar cita-cita menyambung pelajaran tinggi mahupun yang bekerja. Tidak kurang juga yang sudah pun mengikat ikatan kasih bersama pasangan tercinta.

Awani juga tidak ketinggalan di belakang dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Cita-citanya sejak zaman persekolahan akhirnya tercapai. Di usianya yang menginjak 27 tahun, dirinya sudah mencipta nama sebagai seorang jurutera proses yang berjaya.

Jam di atas meja rias dikerling sekilas.

8.30 malam.

Majlis reunion kelas 5 Sains akan berlangsung pada pukul 9.30 malam. Bertempat di sebuah hotel mewah milik salah satu rakan sekelasnya yang kini sudah bergelar Pengarah Urusan sebuah syarikat megah.

Awani jadi teruja mahu bertemu dengan insan tersebut yang dahulunya hanya dianggap sebagai pembuat onar. Siapa sangka, Alvin Hong, the little devil, rupanya berbakat besar dalam bidang perniagaan.

Mengikut langkah ayahnya, lelaki berbangsa Cina itu menyambung pelajaran dalam Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dan mengambil alih syarikat keluarganya. Alvin juga tersenarai sebagai salah seorang usahawan yang menjadi jutawan pada usia muda.

Menakjubkan!

Setelah memeriksa penampilannya buat kali terakhir, Awani melangkah keluar dari bilik. Gaun kuning cairnya yang agak meleret diangkat sedikit. Memudahkan pergerakannya menuruni tangga rumah banglo dua tingkat tersebut.

Baru sahaja Awani menuruni lima anak tangga, bunyi derapan kaki seseorang kedengaran dari bawah. Apabila gerangan manusia itu bertentangan mata dengan Awani, dahinya berkerut seribu. Sementara mulutnya mengeluarkan leteran berbaur rasa bimbang.

"Sayang, biy dah kata tunggu dekat bilik kan? Kenapa degil sangat ni? Suka bangkang cakap suami." Bebelnya namun masih merangkul pinggang sang isteri dengan lembut.

Awani berdecak kecil dengan keresahan pasangannya yang terkadang melebihi batas normal. Tidak mahu bertikam lidah, dia membiarkan sang suami mencempung tubuhnya yang sedikit berisi itu dengan gaya pengantin baru.

Walaupun sudah memasuki angka dua tahun perkahwinan mereka, suaminya itu masih gemar berkelakuan romantik dan manis sebegini. Terlebih lagi apabila Awani sudah berbadan dua. Leher suaminya yang mengenakan tuxedo hitam itu dirangkul mesra.

"Biy, tak rasa ke baju sayang pakai ni macam overdress sangat? Malulah kalau nampak beria padahal kita datang untuk class reunion je." Ujar Awani yang mengenakan busana mewah yang ditempah oleh suaminya.

Wajah Awani yang dilapisi solekan nipis itu ditatap lama oleh sang suami. Lalu pipi Awani menerima sebuah kucupan lembut.

Awani yang tadinya cemberut, kembali tersenyum apabila mendapat sentuhan manis suaminya.

"Bukan selalu kita nak bergaya sakan. Sekali sekala apa salahnya. Lagipun, sayang tahu sendirilah siapa classmates kita tu. Ada yang jadi model, pelakon, pereka fesyen, pramugari... Percayalah cakap biy, baju kita pakai nilah yang paling humble." Kata-kata suaminya mengundang tawa Awani yang tercuit hati.

Terlupa pula dia bahawa bekas-bekas diva dengan pangkal nama Puteri itu melibatkan diri dalam dunia media dan hiburan. Jadi semestinya mereka bakal tampil dengan gaya yang menonjol dan menjolok mata.

Merasa sedikit lega kerana pujukan tersebut, Awani menyampaikan rasa terima kasihnya dengan memberi ciuman singkat di sudut bibir lelaki itu. Menghentikan gerakan sang suami yang baru sahaja tiba di lantai satu.

PENOLONG KETUA KELAS | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang