BS | 04

14 5 0
                                        

WAJAH dan pertuturan Alfi mungkin dingin bagaikan tiada emosi, tetapi dia juga manusia yang punya hati.

Dia juga mampu tertawa apabila sesuatu mencuit hatinya dan bersedih dikala dia kesepian. Dan sering kali, Alfi dilanda rasa nostalgia apabila terkenangkan zaman persekolahannya yang penuh bermakna.

Betapa dia rindu dengan rakan-rakan sekelasnya sewaktu di tingkatan lima. Tidak dinafikan, ia adalah tahun paling berat untuknya menggalas tanggungjawab sebagai ketua kelas. Namun kerana mereka adalah orang-orang hebat, dirinya tidak merasa dia keseorangan.

Tingkah setiap seorang dari mereka memang terkadang membuat Alfi sakit kepala. Tetapi mereka juga penyeri hari-harinya. Setelah masing-masing melangkah pergi membawa haluan sendiri, sudah tiada lagi hubungan persahabatan yang dapat dibinanya seerat itu.

Alfi banyak meluangkan masanya bersendirian semasa zaman ijazahnya kerana tiada lagi insan-insan yang mengerti akan peribadinya yang dingin itu. Teman bicaranya cumalah Xiao Liu yang mengikuti jejaknya menjadi seorang peguam walaupun berbeza bidang. Alfi cenderung pada dunia perniagaan dan korporat, manakala sahabat baiknya itu pula lebih berminat dengan kes jenayah berat.

Kerana terlalu banyak menghabiskan masa menghadam buku-buku hukum, akhirnya Alfi terpaksa memakai cermin mata kerana ketajaman matanya yang semakin merosot. Jadi dia yang selalu memanggil orang nerd sesuka hati kini menjadi salah seorang dari mereka. Bagaikan tergigit lidahnya sendiri, sedikit sebanyak Alfi menyesal mengatai bekas penolongnya itu nerd. Kan sekarang dia yang terkena balasannya.

Mujurlah wajahnya yang tampan ini tidak membuatnya nampak skema. Malah menambahkan ketertarikan Alfi sebagai lelaki dan memberi imej dia seorang yang pintar.

Yang tak seronoknya, semakin ramai gadis yang mahu berkenalan dengannya dan malah mengajak Alfi berkahwin! Gila! Habis belajar pun belum, dah ajak kahwin!

Cuba contohi pasangan Tengku Naufal dan Awani tu. Kedua-duanya diam tanpa khabar berita tentang hubungan mereka. Tengku Naufal yang sering muncul di media pun tidak pernah menyebut nama gadis itu dimana-mana wawancara. Bahkan Alfi yang tahu lelaki itu memendam rasa terhadap Awani pun menyangka mungkin keduanya sudah terputus hubungan.

Tup-tup, suatu hari selepas Alfi keluar dari dewan mahkamah setelah selesai memenangkan kes penipuan pembelian hartanah, dia menerima mesej daripada Tengku Naufal. Ia adalah video yang berdurasi 12 saat. Apabila ditekan, ditayangkan sebuah kad perkahwinan dalam bentuk digital yang memfokuskan nama dua insan mempelai yang bakal disatukan.

Melihat nama Tengku Naufal Haziq Bin Tengku Harris itu sudah membuat mata Alfi terbuntang luas. Tetapi apabila melihat nama Awani Safiah Binti Shamsuddin, terjatuh fail butiran kes yang dipegangnya di tangan kiri. Terkejut bukan kepalang!

Lantas, Alfi menelefon nombor Tengku Naufal dengan jantung yang berdetak kencang. Masih tak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia harus mendengar sendiri dari si empunya badan. Setelah talian disambungkan, tanpa salam, tanpa hai, Alfi terus berteriak nyaring.

"Kau nak kahwin dengan Awani?!"

Suara Tengku Naufal terdengar gugup ketika dia menjawab balik.

"Y-Ya. Sebulan dari sekarang. Ada masalah ke Alfi?"

"Eh, takdelah. Aku cuma terkejut beruk je. Rasa macam kena panah dengan Thor." Seloroh Alfi.

Dia ketawa kecil mengingat reaksinya yang berlebihan tadi. Dokumen-dokumen yang bertaburan di lantai dikutip sambil melekapkan telefonnya di celahan bahu dan pipi.

"Oh. Hm... Alfi?"

"Ya?"

"Aku tau aku tanya soalan bodoh tapi hati aku tak tenang selagi aku tak dengar sendiri dari mulut kau."

Alfi mengernyitkan mata. Soalan bodoh apa pula si Tengku Naufal nak tanya ni. Gajah terbang nampak apa ke?

"Soalan apa?"

Ada jeda seketika sebelum suara Tengku Naufal kembali menyapa telinga.

"Kau memang tak ada perasaan dekat Awani kan?"

Alfi berdecak kecil. Fahamlah dia kenapa Tengku Naufal terdengar gelisah.

Biasalah, kalau sudah menyukai seseorang terlalu lama dan tidak percaya dirinya disukai balik, pastilah jejaka seperti Tengku Naufal masih tidak yakin dirinya dipilih sebagai pemenang hati si gadis.

"Iya, Fal. Aku dah cakap dah lapan tahun lepas. Perasaan aku pada Awani masih sama. Tak lebih dari kawan. Betullah kau cakap, bodoh soalan kau ni. Lagi sebulan nak kahwin pun masih was-was. Kau nak kahwin ke tak ni? Kalau tak nak biar aku je salam tangan tok kadi tu nanti. Menangis tujuh keturunan kau." Gertak Alfi yang dapat mendengar Tengku Naufal terkulat-kulat di seberang talian.

"Naklah, gila! Kau janganlah ugut aku macam tu! Lemah jantung aku kau buat main-main bab kahwin ni. Fikir lepas salam tangan tok kadi boleh balik tidur ke? Awani aku nak campak mana?"

Wah, belum sah lagi dah claim ya. Haihlah, Naufal. Dengan perempuan lain boleh je mengayat. Depan Awani yang kaku macam robot tu terkulat-kulat. Agaknya bila Awani mengayat, boleh pitam lelaki tu agaknya.

"Yelah, Fal. Aku faham kau insecure dengan lelaki perfect macam aku. Don't worry, I got you. Bukan seorang dua pakwe orang datang nak ajak aku by one sebab awek dorang jatuh cinta dengan aku." Sakan Alfi bergurau membuat Tengku Naufal mula rasa menyampah.

Fahamlah dia kenapa Awani sering bermasam muka apabila bercakap mengenai Alfi. Orangnya memang suka angkat bakul sendiri!

"Malaslah aku cakap dengan kau ni. Dahlah, aku sibuk nak gubah pelamin ni. Bye!" Talian dimatikan secara sepihak.

Alfi hanya terkekeh jahat kerana berjaya mengenakan seseorang buat sekian kali. Dia memang suka menyakat tidak kira sesiapa asalkan mereka tidak mengambil gurauannya dengan serius. Tetapi hanya dengan orang yang membuatnya selesa dia akan menunjukkan sisi tidak machonya yang satu ini.

Video kad jemputan perkahwinan itu ditonton ulang. Ada sebuah senyuman kecil tersungging di bibirnya apabila nama dua insan itu bermain di pandangan mata.

"Dah nak kahwin dah kawan-kawan aku ni. Cepatnya masa berlalu. Siapa sangka, dalam ramai-ramai orang, Awani yang cuma tahu bercinta dengan buku tu yang kahwin dulu? Aku yang hensem ni kekasih pun takde." Bebel Alfi pada diri sendiri seraya berjalan di koridor yang sunyi sepi itu.

.

.

.

TBC

PENOLONG KETUA KELAS | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang