BAB 75

29 6 0
                                        

DI bawah cahaya mentari senja, gelanggang bola keranjang Kompleks Sukan Perdana menjadi medan aksi sekumpulan remaja lelaki bermain bola keranjang. Bunyi lantunan bola bergema tatkala perlawanan semakin sengit. Pasukan Rajawali Hitam mendahului dengan hanya tiga mata lagi untuk mencapai kemenangan.

Pemain penyerang mereka kini dikepung dua pemain lawan. Namun dia tetap fokus menggelecek bola sementara rakan sepasukannya membuka ruang dan bersedia untuk rebound. Pihak lawan cuba menyekat, namun penyerang itu tetap memandang tajam ke arah jaring gol.

Dengan pantas, dia melompat tinggi dan melontar bola dari luar garisan tiga mata. Semua mata mengikut luncuran bola tersebut yang dengan tepat memasuki sasaran. Bunyi wisel ditiup nyaring apabila paparan di skrin menunjukkan angka 21.

Serta-merta, gelanggang riuh-rendah dengan sorakan kemenangan para penonton.

"Kita menang! Kita menang!"

"Mantaplah, Amir!

"Black Hawk! Black Hawk! Black Hawk!"

"Kapten Adif!"

"Tengku Naufal, I love you!"

Sorakan terakhir tersebut membuat sudut mata Tengku Naufal mengernyit. Tiada kaitan langsung luahan perasaan tersebut dengan bakat bermainnya di atas gelanggang.

Mungkin kerana dia tidak sehebat Adif yang merupakan kapten pasukan atau sebagus Amir dalam menggocek bola. Dia hanyalah pemain pertahanan yang bersiap siaga untuk menangkap bola rebound andai ia keluar dari ring.

Rambutnya yang basah disingkap ke belakang. Terpampang wajah tampannya yang kemerah-merahan sehingga membuat para peminatnya bersorak teruja. Dia hanya tersenyum manis ke arah para gadis itu sebelum berlalu untuk menukar pakaian.

Saat dia berada di bilik persalinan, suara seseorang kedengaran di sisi Tengku Naufal.

"Untunglah ada peminat. Muka barai pun orang suka. Tengok aku ni. Siap pakai bandana nak bagi nampak cool tapi tak ada orang puji. Sedih." Ujar Amir si pemilik suara.

Tengku Naufal mendengus kecil.

"Aku rasa jadi shooter lagi cool. Aku nak dribble bola guna satu tangan pun terkial-kial lagi. Kau siap boleh gocek sana sini pusing-pusing satu gelanggang. Padu tu!" Puji Tengku Naufal ikhlas.

Amir tayang sengih.

Adif yang mendengar dari belakang kedua rakannya memutar bebola mata.

"Cool tak cool, yang penting kita menang. Eh, cepatlah tukar baju. Aku nak beli air. Botol aku dah kosong." Gesa Adif yang kehausan.

Kedua lelaki itu lantas mematikan perbualan dan segera menukar pakaian. Selang lima belas minit kemudian, mereka bertiga sudah meninggalkan kompleks sukan tersebut melalui pintu belakang. Mahu mengelak dari para peminat mereka yang pasti sudah menunggu mereka di luar.

Niat mereka bermain bola keranjang hari ini hanyalah untuk melepas gian dan tekanan sebelum mereka semakin sibuk dengan kelas tambahan dan ulangkaji. Tetapi tak disangka pula ada peminat mereka di antara pengguna kompleks sukan hari ini.

Masuk sahaja ke dalam kereta Tengku Naufal, Adif di kerusi bersebelahan pemandu bersuara.

"Fal, kau singgah 7E kejap, boleh? Aku haus ni." Pintanya sambil mengusap leher.

Tengku Naufal mengangguk sembari memasang tali pinggang keledar.

"Memang aku niat nak singgah pun. Nak beli Maggi."

"Maggi? Bukan kau tak boleh makan Maggi ke?" Tanya Amir di kerusi belakang.

Sudut bibir Tengku Naufal terangkat sebelah.

"Dekat rumah je aku tak boleh makan sebab ada Mami. Kalau dekat luar, Mami tak tahu. Korang pun jangan pecah tembelang pulak bagitahu Mami. Aku tak bagi tumpang kereta kang pasni." Ugutnya menjeling Amir melalui cermin pandang belakang.

Amir hanya tersengih nakal sebelum dia berujar lagi.

"Kalau kau belanja aku Maggi jugak baru aku tutup mulut. Deal?"

Bebola mata Tengku Naufal berputar malas.

"Fine."

.

.

.

SELEPAS membeli, mereka bertiga mengambil tempat di gazebo berdekatan kedai runcit 7 Eleven tersebut. Amir yang sedang menunggu mi segera di dalam bekas miliknya masak, melontarkan sebuah soalan untuk memecah suasana.

"Weh, Fal. Kita ni dah tak lama dah nak SPM. Lagi sebulan je. Kau bila nak bagitahu Awani?"

Tengku Naufal tidak mengangkat muka. Tangannya sibuk membuka penutup botol air mineral.

"Bagitahu apa?" Tanya Tengku Naufal sebelum meneguk cairan jernih itu.

"Bagitahu yang kau suka dia lah!" Sambung Adif bagi pihak Amir.

Tersedak air mineral yang baru hendak ditelan oleh Tengku Naufal. Terbatuk-batuk lelaki itu dibuatnya. Kulit cerahnya pun bertukar warna.

Adif yang serba salah menepuk-nepuk belakang badan Tengku Naufal.

"Kau okay, Fal?" Tanya Adif prihatin.

Tengku Naufal tak mampu bersuara dan hanya mengangguk sebagai balasan.

"Minum air pun boleh tercekik. Apalah kau ni." Bebel Amir yang ikut menepuk bahu lelaki itu.

Memakan masa beberapa minit juga sebelum Tengku Naufal mampu mengumpul nafas. Dadanya berombak kasar dan kerongkongnya terasa pedih. Leher diusap perlahan sembari dia menatap Amir dan Adif silih berganti.

Selalunya topik begini sering dielak oleh Tengku Naufal. Dia kerap memberi alasan bahawa dia belum bersedia. Tetapi sekarang, Tengku Naufal tahu dia perlu segera bertindak.

Cuma masalahnya, bila masa yang sesuai?

"Korang jangan risaulah. Aku akan confess jugak nanti bila sampai masanya. Sekarang ni dia tengah fokus SPM dan aku tak nak rosakkan momentum dia. Biar semua dah selesai dulu, baru aku masuk line." Jelas Tengku Naufal dengan terperinci. Berharap kedua rakannya mengerti.

Amir dan Adif saling berpandangan. Lalu mereka tersenyum kecil. Bangga dengan kesabaran dan kebijaksanaan rakan mereka yang satu itu.

Adif yang terlebih dahulu membuka suara.

"Kami faham, Fal. Apa-apapun keputusan kau, kami sokong. Cuma jangan lambat sangat. Takut kau menyesal." Usik Adif mahu menyakat.

Tengku Naufal meneguk ludah.

Dia juga berharap dia tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk meluahkan isi hatinya. Bimbang jika ada orang lain yang terlebih dahulu mengambil tempat yang diidamkannya selama ini.

Iaitu takhta di hati Awani.

.

.

.

TBC

PENOLONG KETUA KELAS | CCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang