APABILA Awani melihat Alfi melangkah masuk ke dalam kelas pagi itu, dia segera melontarkan sebuah soalan sebaik sahaja lelaki itu melabuhkan punggung di kerusi.
“Kau dah siap bahagikan tugas untuk setiap kumpulan ke?”
Alfi mengerlingnya sekilas sebelum mengangguk kecil.
“Sudah. Malam tadi aku dengan Naz dah bincang siapa buat kerja ni, siapa uruskan bahagian ni. Cuma tinggal inform dekat yang lain je.”
Awani tersenyum puas hati dengan jawapan yang diberikan. Dia kemudian bertanya lagi.
“Okay. Jadi bila kita nak buat second meeting?”
“Hari ni, lepas balik sekolah. Macam hari Isnin lepas.” Balas Alfi singkat yang mengeluarkan sebuah fail berisi kertas-kertas karangan esei Bahasa Inggerisnya.
Kelas pertama pagi Rabu adalah kelas Miss Wheein yang sudah mendapat pangkat Mrs itu. Mereka perlu menghantar kerja sekolah karangan esei yang diberikan minggu lalu hari ini.
Sedang Alfi mencari kertas yang ditulisnya untuk diserahkan nanti, dia mendengar suara Awani yang terdengar ragu.
“Hm.. Aku rasa kan Alfi...”
“Apa?” Sudah menjumpai apa yang dicarinya, Alfi menjawab tanpa menoleh ke arah Awani.
Matanya lincah bergerak di atas tulisan bahasa asing itu untuk memeriksa sebarang kesilapan tatabahasa dan penggunaan ayat. Namun begitu, telinganya masih terpasang untuk mendengarkan kata-kata penolongnya.
Multitasking lah katakan.
“Apa kata kita bagitau yang lain yang kita kena stayback setiap hari lepas balik sekolah? Aku tak rasa kita ada masa cukup nak buat preparation bila kita cuma ada waktu selepas rehat je untuk siapkan escape room tu. Okay tak?”
Awani yang tahu Alfi mendengarnya kerana telinga lelaki itu yang asyik tercuit sedari tadi, menunggu balasannya dengan saksama.
Alfi membalikkan pula kertas itu ke muka surat belakang apabila dia selesai mengecek di bahagian hadapan. Sambil matanya bergerak dari kiri ke kanan, mulutnya ikut bersuara.
“Stayback setiap hari? Kenapa?”
Dengan satu tarikan nafas dalam, Awani memberi penerangan panjang.
“Ya, setiap hari. Sebab kita tak ada banyak masa nak siapkan escape room tu dalam masa kurang tiga minggu. Pastu kalau boleh hari minggu pun kita datang sekolah. Tapi sebelum kita mula kerja, kita boleh siapkan homework dulu dan buat ulangkaji. Jadi takdelah cikgu complaint kita abaikan study sebab sibuk dengan festival sekolah.” Jelas Awani panjang lebar.
Alfi yang sudah selesai menelaah hasil kerjanya, akhirnya menoleh ke arah Awani. Dagu runcingnya diusap perlahan sambil otaknya berfikir ligat.
Lama Alfi dalam keadaan begitu sebelum dia kembali bersuara.
“I see. Bernas jugak idea kau ni. Aku rasa dorang tak kisah untuk stayback, tapi masalahnya transport lah. Maybe aku akan minta sesiapa yang bawa motor atau kereta untuk hantar yang tak ada transport ni balik.” Usulnya pula bersetuju dengan cadangan Awani.
Si gadis bercermin mata tersenyum lebar. Lega apabila ideanya diterima baik oleh Alfi yang cukup cerewet itu.
Jika Alfi yang lebih berpengalaman dan mempunyai common sense yang tinggi tersebut memberikan persetujuan, yakinlah Awani bahwa dirinya tidak mencadangkan idea gila.
Dengan hati yang lebih tenang, Awani menyahut cadangan Alfi pula.
“Bagus jugak tu. Jimat sikit duit daripada ulang-alik naik Grab. Boleh kongsi duit untuk bayar dekat orang yang tolong hantar balik.” Tambahnya lagi.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENOLONG KETUA KELAS | C
Teen Fiction𝐓𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐏𝐞𝐧𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐛𝐲 𝐡𝐨𝐧𝐞𝐲_𝐛𝐮𝐳𝐳. ✓ 𝐓𝐞𝐞𝐧 𝐅𝐢𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧 ✓ 𝐒𝐜𝐡𝐨𝐨𝐥 𝐋𝐢𝐟𝐞 ✓ 𝐒𝐥𝐢𝐜𝐞 𝐎𝐟 𝐋𝐢𝐟𝐞 ✓ 𝐃𝐫𝐚𝐦𝐚 『 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭 : 𝟎𝟐/𝟖/𝟐𝟎𝟐𝟒 』 『 𝐄𝐧𝐝 : 𝟐𝟔/𝟓/𝟐𝟎𝟐𝟓 』
