BAB 3

69 6 1
                                    

          Kelas hari ini mula  jam 10 pagi tapi lebih awal dari itu Arya terlebih dahulu sudah keluar daripada rumah. Dia beritahu Puan Atie yang dia ingin berjumpa dengan rakannya, Sameena di universiti. Sameena ialah rakan baik Arya Sofia sejak sekolah menengah lagi. Mereka sebenarnya berlima. Dia, Sameena, Eara, Qeela dan Ifa. Arya dan Sameena belajar di satu universiti yang sama. Yang lagi tiga, semuanya berlainan universiti. Walaupun begitu, mereka masih sahaja berjumpa dan melepak bersama.

          Mereka memang selalu bersama dari dulu lagi. Besties lah katakan. Suka duka bersama. Kononnya. Tapi, bagi Arya, dia lebih banyak merasakan bahawa dia bukanlah tergolong dalam 'BFF gang ' nya itu.

          Dia bukan apa, sepanjang persahabtan mereka, dia selalu merasa bagai tidak dialukan, setiap kali mereka bersama. Misalnya, setiap kali dia ingin bercerita kepada kawan-kawannya itu, mesti saja yang akan menyampuk percakapannya. Sudahnya, cerita dia tergantung dan tidak disambung-sambung sampai sudah. Kadang itu, tiada yang ambil perhatian atau peduli dengan apa yang dia ceritakan. Sungguhlah dia geram dan disappointed.

          Dia juga sudah beberapa kali tanpa sengaja ketahui yang kawan-kawannya itu ada keluar bersama tanpa dia. Bukan setakat dia tidak diberitahu, diajak pun tiada. Dia tahu pun sebab bila mereka berbual, mereka kadang kala bercerita tentang apa yang mereka lakukan. Bila perasan, dia tersedar yang dia tidak langsung tahu apa-apa. Malah, semuanya berlaku dibelakang dia. Sungguh kecewa dan sakitnya hati dia waktu itu. Bukan sekali, sudah beberapa kali juga perkara ini berlaku.

          Bukan setakat itu sahaja. Arya Sofia, dia sering kali dipulau oleh rakannya, tanpa sebab. Dia tidak tahu mengapa. Dia ada buat salah? Hari sebelum itu, elok saja mereka bersembang, gelak ketawa bersama. Kenapa tiba-tiba berubah? Buntu dia fikirkan. Kadang itu juga, Arya selalu dipersalahkan setiap kali mereka bergaduh, walaupun bukan salahnya. Kesian betul dengan Arya Sofia...

          Bukan setakat itu saja. Dia, Arya Sofia, sudah berjanji dengan diri sendiri untuk menutup hatinya. Dia tidak mahu dengan sewenang-wenangnya hati kecil dia berpaut dan berharap akan satu perasaan tidaik kira suka atau cinta. Kerana bagi dia, dia sememangnya sentiasa tidak bernasib baik dalam bab-bab seperti ini. Sudah terlalu banyak kali dia dipermainkan dahulu. Dulu, dia masih mentah, lurus selurus pembaris dan mudah berlembut hati. Mungkin kerana itulah dia seringkali dipijak-pijak orang lain. Banyak kali juga dia ditipu oleh kaum lelaki sehinggakan dia mula tidak mahu mempunyai apa jua jenis hubungan dengan mana-mana lelaki.

          Dia takut. Takut sangat perkara yang sama berulang lagi. Dia tidak mahu lagi merasai perasaan suka dan berharap kepada seseorang. sakit. Sungguh dia sakit. Berharap dan diberikan harapan yang pada akhirnya, sakit yang dia dapat.

          Arya Sofia yang dulunya sentiasa bersikap positif, peramah, friendly dan selalu bersifat terbuka, kini tiada lagi. Positif? Mungkin dari luaran. Dalamannya? Dia berfikiran bahawa mungkin sesuatu itu, sesuatu yang tiada baiknya untuknya. Peramah? Friendly? Sekarang dia lebih rela tiada langsung sesiapa dalam circle hidupnya. Lebih suka bersendirian dia sekarang.

          Dari Arya Sofia yang banyak mulut, kini tidak lagi. Yang paling berat sekali, senyuman yang sentiasa terukir dibibirnya dari dulu hingga waktu ini, adalah berbeza. Bukanlah tidak ikhlas senyumannya itu. Tapi senyumnya itu sekadar sebagai samarannya. Menutup segala perkara sedih dalam hidup dia yang berlaku hanyalah dengan senyuman. Biarpun senyuman itu senyuman paksa. Asalkan dia dapat menutup perasaannya yang sebenarnya.

          Jujur katakan, hidup seorang Arya Sofia ini tidaklah semudah, sesenang dan sebahagia yang dilihat. Jika diluar dia sering diperlakukan begitu oleh orang lain, dirumah? Dia juga sering dimarahi. Dari kecil lagi. Apa yang diinginkannya jarang sekali menjadi kenyataan. Selalu kena marah, Selalu kena beralah dengan adik-adiknya. Paling sakit, dia sering dibanding-banding dengan sepupu-sepupunya oleh ibunya sendiri. Walaupun tidak secara terang-terangan, tapi dia faham apa yang cuba disampaikan ibunya. 

Her Darkness SaviorWhere stories live. Discover now