KLAK!
Pintu gelangsar dibuka dari sebelah luar. Perlahan dan dengan senyap kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Tanpa sebarang bunyi, kaki menuju ke setiap sudut rumah yang terdapatnya almari.
Digeledah setiap laci almari itu. Habis bersepah. Namun, apa yang dicari, tidak dijumpai. Habis satu ruang tamu tunggang langgang.
KLANGG!
Bunyi yang kuat itu mengejutkan Arya dari lenanya. Hampir sahaja dia menjerit sewaktu terjaga tadi. Jantung berdebar dan rasa tidak sedap hati mula datang.
Arya bangkit dari tempat tidurnya. Dicapai selendang hitam yang tersangkut pada kepala katil lalu dililit pada kepalanya. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik dan menjenguk ke luar.
Perlahan-lahan Arya menuruni tangga. Belum lagi sampai ke bawah, dia berhenti ditengah jalan. Ada bayang-bayang hitam kelihatan. Diperhatikan bayang hitam itu, rupanya seperti seorang lelaki. Apa yang dia sedang buat? Siapa dia?
Arya yang hanya tercegat diatas tangga itu terus sahaja memerhati lelaki misteri itu. Sebelah tangannya memegang dadanya.
Tiba-tiba, lelaki misteri itu tadi bertentangan mata dengan Arya. Disebabkan terkejut, Arya berlari masuk ke dalam biliknya semula. Masuk sahaja dalam bilik dan kunci pintu, terus badannya terduduk diatas lantai. Nafasnya agak laju. Ketakutan.
PANG, PANG!
Terhencut bahunya kerana terkejut bila pintu bilik diketuk kuat sebegitu. Suara lelaki yang garau itu kuat mengarahkannya untuk membuka pintu.
Fikirannya buntu sekarang ini. Sudahlah dia seorang sahaja dirumah. Housemate dia balik kampung. Jiran di kiri dan kanannya kebetulan tiada dirumah. Dengan siapa hendak dia meminta pertolongan?
Sudah hampir sebulan Arya duduk dirumah sewanya. Dia tidak lagi tinggal bersama kedua ibu bapanya. Kebetulan rakan kolejnya duduk sendirian dirumah sewa, dia pun mempelawa Arya untuk tinggal bersamanya.
Arya dengan kelam kabut bangun dan mencari telefonnya. Nasib baik cepat jumpa.
PANG!
Sekali lagi pintu bilik diketuk kuat. Hampir sahaja pecah pintu itu kalau makin lama dibiarkan.
Shaking! Tangannya menggigil, takut. Telefon ditangan tapi tidak tahu siapa yang ingin dihubungi. Pukul 12 tengah malam. Sikit sahaja lagi mahu pukul satu. Semua orang pasti sudah tidur.
"Ah!" terjerit kecil Arya bila pintu sekali lagi diketuk. Kali ini lebih kuat.
"Aku tahu kau ada kat dalam. Keluar sebelum mati kau aku kerjakan!" ugut lelaki misteri itu.
Sedang membelek senarai panggilannya, satu nama tertera pada skrin. Setiap kali dia mempunya masalah, orang ini yang selalu menyelamatkannya.
trutt... trutt...
Akhirnya dia membuat keputusan untuk menghubungi orang itu. Pada awalnya, panggilannya tidak dijawab. Namun, pada kali ketiga, akhirnya panggilannya itu dijawab.
"Hello?"
"Yean! Tolong saya!" ujar Arya, cuba menahan diri daripada menangis.
Suara yang tadinya biasa sahaja berubah garau dan serius.
"Why? What's wrong?" soalnya.
"A-ada orang masuk rumah. S-s-saya takut," air matanya tidak dapat ditahan lagi.
GANG!
Belum sempat dibalas, pintu biliknya dirempuh. Lelaki misteri itu memegang pisau ditangan kirinya.
YOU ARE READING
Her Darkness Savior
RomanceTengku Zadeyean Xier x Arya Sofia Hidup dalam toxic life dari usia 12 tahun. Arya Sofia, gadis yang mempunyai hati yang lembut dan mudah mempercayai seseorang menyebabkan dia sering disakiti. Dari soal keluarga, rakan dan juga cinta. Semuanya ha...