BAB 2

74 6 2
                                    

          Makan tengah hari sudah pun siap dihidang oleh Puan Atie. Hanya menunggu suami dan anak-anaknya saja. Suami Puan Atie, Encik Sham sedang membasuh kereta bersama keempat-empat anak mereka. Puan Atie melangkah keluar ke halaman rumah mereka. Ingatkan basuh kereta, rupa-rupanya main air dia orang ni.

          "Sudah-sudahlah tu, mari masuk makan. Nanti sambunglah balik," pinta Puan Atie.

          "Baik ibu," balas Arman dan Azrin serentak.

          Mereka masuk ke dalam rumah dan menukar pakaian sebelum masing-masing menuju ke meja makan. Arina menolong Puan Atie menyediakan pinggan sementara Arya membuat air di dapur. Setelah semuanya selesai, masing-masing sudah melabuhkan punggung di tempat makan.

          "Awak masak lauk apa ni?" tanya Encik Sham kepada isterinya.

          "Ayam masak sos. Saya juga ada buat sambal mangga tadi," kata Puan Atie sambil menghulurkan sambal kepada suaminya.

          Mata meneliti lauk yang dimasak ibu. Nampak sedap, macam selalu. Eh, macam ada yang kurang lah.

          "Lah, kakak ni dah kenapa mencebik kat situ?' kata Arina, adik kepada Arya.

          Kesemua memandang ke arah Arya. Kenapa pula tiba-tiba buat muka budak sorang ni? Ada lauk yang dia tidak suka ke? Tapi semua ayam saja. Rasanya tak ada lauk lain pun.

          "Ibu..." meleyot suara Arya memanggil Puan Atie.

          "Kenapa?" tanya Puan Atie.

          "Mana favorite kakak?" muncung panjang bibir si Arya bertanya kepada ibunya.

          Senyuman kecil diberikan oleh sang ibu ke si anak. Puan Atie bangun dari kerusi dan masuk ke dapur. Tak sampai lima minit, Puan Atie keluar semula dengan memegang mangkuk yang berisi sesuatu. Terus senyum ceria Arya dibuatnya.

          "Ni, favorite nugget kamu. Mestilah ada... Ibu tahu sangat anak ibu yang sorang ni," kata Puan Atie seraya menghulurkan semangkuk nugget kepada anak daranya.

          Teruja betul Arya bila dapat semangkuk nugget ayam dari ibunya. Mereka yang lain hanya tersenyum melihat telatah Arya. Memang dari kecil lagi si Arya ni suka sangat dengan nugget ayam dia. Hari-hari makan pun, dia tak bosan. Malah, lagi suka dibuatnya.

          Usai membantu ibunya didapur selepas makan, Arya ke ruang tamu dimana ayah dan adik-adiknya duduk.

          "Kau ni. Lepas makan tu tolong lah aku dengan ibu kemas sekali. Hish," dimarahnya si Arina.

          Hanya tersengeh kepada si kakak, Arina tidak membalas apa-apa. Ingat dia sengeh macam tu comel? Bolehlah...

          "Ayah, kakak nak keluar kejap lagi, boleh? Ada Urusan sikit," tanya Arya, sambil memandang Encik Shamsul.

         "Iyalah, hati-hati," balas Encik Shamsul.

          Arya Sofia naik ke biliknya untuk bersiap-siap keluar. Dia hanya memakai baju hoodie kelabu dan mengenakan selendang hitam. Sebaik sahaja selesai, terus sahaja dia turun ke bawah. Dia menyalam ibu dan ayahnya sebelum keluar dari rumah. Sempat Puan Atie meninggalkan pesan kepada Arya untuk tidak pulang lewat. Alang-alang, dia minta Arya belikan tembikai susu dalam perjalanan pulangnya nanti.


          Tiba disebuah kafe, 'Cafe Direct ' yang sering dikunjungi Arya Sofia setiap kali dia ingin menulis. Kafe tersebut merupakan kafe kegemaran dia. Dekat sana, mudah saja dia dapat idea untuk menulis. Mungkin sebab persekitaran dan pemandangan yang terdapat pada kafe itu? Yang penting, kafe itu ada menyediakan menu yang menjadi kegemaran seketul Arya Sofia. Apa lagi kalau bukan nugget ayam kegilaannya itu. Nugget dekat kafe tu sedap! Tapi, tak boleh lawan nugget yang ibu dia buat sendiri lah. Hehe...

Her Darkness SaviorWhere stories live. Discover now