TING!
Dua ratus pesanan dan lima puluh missed call tertera diskrin telefon namun tidak diendahkan.
Arya hanya berbaring diatas katil dan menyelubungi dirinya dengan selimut. Jam sudah pukul 2 petang tapi dia masih kekal dikatilnya langsung tidak bergerak. Pagi tadi, housemate nya, Anggun ada menjenguk dan ajak untuk sarapan namun Arya menolak. Tak ada selera katanya. Dua tiga kali jugalah Anggun naik kebilik menjenguk Arya. Risau bila Arya tiba-tiba sahaja tidak mahu makan dan hanya berkurung didalam bilik sahaja.
Tok, Tok
"Rya? Dah tengah hari ni. Kau tak makan dari pagi. Kau okay?" soal Anggun dari sebalik pintu.
Tiada sahutan.
"Rya? Aku masuk, boleh?" belum sempat tombol pintu dipulas, terhenti tangannya bila Arya bersuara.
"Tak payah masuk. Aku okay," sayu sahaja suaranya.
"Aku risaulah. Jom makan dulu, ya?" Anggun masih cuba mempelawa rakannya yang seorang ini untuk turun makan.
Risau jika terus tidak makan, sakit lain pula nanti.
"Taknak. Kau makanlah. Aku okay,"
Anggun mengeluh. Ini kalau lima kali ajak, lima kali jugalah dia tolak.
"Okay. Tapi kalau kau lapar, turun makan ya?" sempat Anggun menitipkan pesan.
Anggun turun dan duduk di sofa ruang tamu. Mengeluh. Dia masih risau akan keadaan Arya. Apa lagi yang menimpa rakan serumahnya ini sampai tidak mahu turun makan.
Anggun mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi seseorang namun, panggilannya tidak berjawab.
"Busy kot."
Anggun kemudiannya cuma menghantar pesanan suara sebagai ganti.
Naples, Itali. 7:00 AM
Luke memerhati bosnya yang dari tadi mundar mandir dan kelihatan tidak tenang. Dari tadi juga dia melihat bosnya itu memeriksa telefonnya beberapa kali. Sesekali melihat lelaki itu menaip sesuatu pada skrin telefonnya. Sesekali juga lelaki itu meletakkan telefon ditelinganya seperti sedang membuat panggilan sebanyak beberapa kali.
"Bene sunt omnia, domine? (Is everything all right, sir?)" soal Luke.
Tidak membalas sebaliknya kekal tertumpu pada skrin Iphone miliknya.
"Domine?" soal Luke lagi.
"Omne bonum. Fac modo officium tuum. (Everything good. Just do your job.)" tegas Tengku Zadeyean.
"Etiam, domine. (Yes, sir.)" ujar Luke pantas.
Gerun melihat tatapan dingin Tengku Zadeyean. Nampaknya angin lelaki itu sama sekali tidak baik. Ini kalau silap langkah, rasanya sampai ke Malaysia bergegar nanti.
"Perduint! Ubi modo es?! (Damn it! Just where are you?!)" marah Tengku Zadeyean sendiri.
Teatro San Carlo, Naples, Itali. 10:00 AM
Tiga kerusi didalam ruangan teater diduduki oleh tiga jejaka berbangsa itali. Masing-masing dengan gaya yang berbeza. Seorang memakai kemeja-T hitam berlengan pendek bersama seutas rantai besi. Seorang lagi memakai hoodie hitam bercorak ular di bahagian belakang dan seorang lagi berbaju putih dengan blazer hitam yang hanya diletakkan di lengan. Lengan bajunya dilipat sehingga ke siku.
YOU ARE READING
Her Darkness Savior
RomanceTengku Zadeyean Xier x Arya Sofia Hidup dalam toxic life dari usia 12 tahun. Arya Sofia, gadis yang mempunyai hati yang lembut dan mudah mempercayai seseorang menyebabkan dia sering disakiti. Dari soal keluarga, rakan dan juga cinta. Semuanya ha...