"Saya balik dulu ya, terima kasih semua untuk hari ni," ujar Arya kepada semua staff yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan pesta buku pada hari ini.
Arya berjalan menuju ke tempat parkir kereta dengan membawa satu kotak bersaiz sederhana. Isi kotak itu ialah hadiah daripada beberapa orang yang datang membeli dan minta tandatangannya. Ada juga cendera hati dari pihak penganjur pesta dan dari penerbitnya sendiri.
Hanya dia sahaja yang berada di bahagian tempat parkir itu jadi, suasana agak sunyi. Sampai sahaja dia dikeretanya, telinga menangkap bunyi tapak kaki seseorang berjalan. Bunyinya semakin dekat dengannya. Bunyi itu tidak menandakan seseorang datang. Ianya beberapa orang.
Menoleh kebelakang, terkedu Arya Sofia ditempat dia berdiri. Tengku Zadeyean? Khalish, Luke dan yang lain juga? Alamak.
"U... Uh,"
"Arya Sofia," Tengku Zadeyean bersuara.
Arya terkaku saat namanya meniti dari bibir Tengku Zadeyean. Tak mungkin Tengku Zadeyean tahu itu dia. Dia masih lagi memakai topeng mukanya. Macam mana...
"I know it's you, little girl,"
Entah berapa kali dia menelan liur setiap kali berdepan dengan Tengku Zadeyean. Dia tidak faham dengan lelaki ini. Apa sebenarnya yang dia mahukan? Kali terakhir dai bertemu dengan Tengku Zadeyean adalah apabila Tengku Zadeyean membawanya ke sebuah kafe untuk berbincang sesuatu.
Waktu itu, Tengku Zadeyean asyik mengulang perkara yang sama dia beritahu sewaktu dia dibawa ke pejabat Tengku Zadeyean. Tidak habis-habis Tengku Zadeyean memberi peringatan pada dia.
Kata Tengku Zadeyean, mulai pertama kali mereka bertemu sewaktu kejadian di perhentian bas, dia sudah terlibat dengan segala urusan kerana dia melihat kejadian tembak menembak dan sedikit sebanyak, dia tetap juga terlibat.
Sejak kejadian itu, Arya Sofia diarah oleh Tengku Zadeyean untuk sentiasa berada dibawah pengawasannya. Pendek kata, Arya Sofia sudah terlibat dalam segala kegiatan Tengku Zadeyean. Dia sendiri keliru celah mana dia terlibat dan kenapa.
Dengan keluhan, Arya meletakkan kotak yang dipegangnya kebawah. Dia kemudiannya menanggalkan topeng muka yang dipakainya.
"Ya, ya... You got me, Mr. Ugut-ugut,"
Berkerut dahi Tengku Zadeyean mendengar panggilan yang diberi oleh Arya Sofia kepadanya. Mereka yang sedari tadi memerhati sudah memerah muka menahan tawa.
"Apa kau panggil aku?" tajam renungan Tengku Zadeyean kepada gadis itu.
Sebelum ini, belum ada lagi yang berani menggelar Tengku Zadeyean dengan nama-nama yang pelik. Melawan cakap dengan lelaki itupun tiada yang berani. Tapi tidak dengan Arya Sofia. Suka hati mak pak dia ja gelar Tengku Zadeyean dengan nama begitu. Dia juga berani betul melawan cakap dengan lelaki itu. Sungguh diluar jangkaan mereka.
"Mr. Ugut-ugut. Awaklah," jawab Arya, menjeling.
"Kejap. Cik Arya, penulis buku ni?" soal Khalish sambil menunjukkan buku karya Afi yang dibelinya tadi.
Senyap. Arya Sofia hanya memandang buku yang dipegang Khalish. Kalau dia tipu sekali pun, macamlah mereka percaya. Sudah kantoi dah pun. Dengan perlahan Arya menganggukkan kepalanya. Apalah nasib hari ini.
"Serious lah?!" jerkah Khalish secara tiba-tiba kepada Arya.
Dengan spontan Arya Sofia berundur kebelakang. Terkejut dia apabila Khalish tiba-tiba sahaja menjerkahnya begitu.
YOU ARE READING
Her Darkness Savior
RomanceTengku Zadeyean Xier x Arya Sofia Hidup dalam toxic life dari usia 12 tahun. Arya Sofia, gadis yang mempunyai hati yang lembut dan mudah mempercayai seseorang menyebabkan dia sering disakiti. Dari soal keluarga, rakan dan juga cinta. Semuanya ha...