Sejak beberapa hari ini, asyik hujan lebat sahaja. Dari pagi hingga petang dan kadang itu berlanjutansehingga waktu malam. Disebabkan hujan, jalan raya menjadi sesak dan agak licin menyebabkan banyakjuga kemalangan berlaku. Cuaca pada hari ini juga hujan dan kebetulan pada hari ini, Wawa sudahberjanji untuk bertemu dengan Arya Sofia dipusat membeli-belah.
Wawa duduk diperhentian bas sambil menunggu teksi untuk lalu. Dia bercadang untuk ke pusatmembeli-belah dengan menaiki teksi sahaja. Hendak guna kereta bapanya, dia tiada lesen dan tidak tahumemandu. Nak pesan grab car pula, telefonnya tiada internet. cukup kredit untuk buat panggilan sahaja.Jadi, terpaksalah dia menunggu teksi. Bukan tidak mahu meminta Arya mengambilnya tetapi rumah nyajauh dan Wawa tidak mahu menyusahkan Arya untuk datang menjemputnya dirumah.
Nasib baiklah perhentian bas ini berbumbung. Kalau tidak basah sudah satu badan dia. Nasib baikjuga Wawa membawa payung sebagai langkah persediaan sekiranya hujan turun.
Setelah lebih kurang sepuluh minit menunggu, ada sebuah teksi berhenti disebarang jalan. Mengambilpeluang yang ada, Wawa cepat-cepat ingin melintas untuk mendapatkan teksi itu. Namun, entahbagaimana kakinya terpelecut dan hampir sahaja dia jatuh ditengah-tengah jalan tapi, nasib baik diaberjaya mengimbangkan badannya agar tidak jatuh. Baru sahaja kaki ingin berjalan semula, sebuahkereta dihadapan membunyikan hon dengan kuat. Kereta itu laju diatas jalan raya dan sepertinya sukaruntuk berhenti dek kerana jalan yang licin akibat hujan.
Baru sahaja ingin mengelak dari dilanggar kereta itu, sekali lagi Wawa hampir sahaja tergelincir.Menyangkakan dia akan dilanggar, erat dia menggenggam payung dan memejam rapat matanya.
PONN!!
Terasa melayang tubuhnya disebalik titisan lebat air hujan, namun hairan kerana sedikit pun dia tidakmerasa sakit. Terkaku Wawa apabila buka sahaja mata, matanya bertemu dengan sepasang mata yangsudah sekian lama dia menanti. Anak mata berwarna kelabu milik lelaki yang pernah menyelamatkannyabeberapa minggu yang lalu. Berkelip-kelip matanya memandang lelaki yang sedang memeluk erattubuhnya.
"That was close," keluh lelaki itu.
Lelaki itu mengalihkan pandangan kesekeliling. Dia mendukung tubuh yang terkaku itu dan perlahanlahan meletakkannya diatas tempat duduk di perhentian bas.
"Are you okay?" soal lelaki itu.
Wajahnya jelas kelihatan bimbang apabila Wawa kekal membisu. Tangannya naik dan melambai-lambaidihadapan muka Wawa bagi menyedarkan gadis itu dari terus terkaku.
"Huh?" seakan baru tersedar, Wawa menggelengkan kepalanya berkali-kali.
Lelaki itu tersenyum melihat reaksinya namun wajahnya masih kekal terpampang kerisauan.
"Are you hurt anywhere?" soal lelaki itu lagi.
Wawa seakan-akan tidak tahu ingin menjawab apa dengan pertanyaan lelaki itu. Dia hanya kekalmembisu sambil merenung wajah tampan lelaki itu.
"Uh, awak okay?" soal lelaki itu dalam bahasa melayu.
Mungkin dia menyangkakan Wawa tidak faham bahasa inggeris jadi dia menggunakan bahasa melayupula. Sekali lagi Wawa terkejut apabila mendengar lelaki dihapannya ini fasih berbahasa melayu.
"A-apa?" soal Wawa seperti tidak faham pertanyaannya itu.
Lelaki itu tergelak kecil melihat Wawa. Gadis itu pula sudah memerah pipinya apabila melihat senyumandan tawa lelaki itu. Cairnya melihat.
"Awak okay? Ada luka kat mana-mana?" soal lelaki itu.
Wawa menggelengkan kepalanya berkali-kali. Wajah lelaki itu masih ditatapnya seakan-akan sedangangau. Haih, lah Wawa.
YOU ARE READING
Her Darkness Savior
RomanceTengku Zadeyean Xier x Arya Sofia Hidup dalam toxic life dari usia 12 tahun. Arya Sofia, gadis yang mempunyai hati yang lembut dan mudah mempercayai seseorang menyebabkan dia sering disakiti. Dari soal keluarga, rakan dan juga cinta. Semuanya ha...