BAB 13

30 3 1
                                    

Selesai sahaja majlis persandingan Demien dan Melee, tepat jam 12 tengah malam. Yang masih berada dihotel cuma pasangan pengantin, ahli keluarga dan beberapa rakan yang lain. Tetamu-tetamu lain sudah menyusur pulang lebih awal.

Dewan hotel yang digunakan untuk majlis persandingan tadinya sudah mula dikemas oleh beberapa staff hotel yang bertugas. Beberapa tetamu yang tinggal juga sudah mula pulang.


Arya berdiri di lobi hotel sambil membelek telefonnya, untuk memesan grab. Sudah lewat sangat ni. Sampai sahaja grab yang dipesannya, terus sahaja dia keluar dari hotel itu, menuju ke kereta.

Baru sahaja pintu kereta dibuka, terus pintu itu tertutup kembali. Mata tertancap pada tangan kekar berurat yang menolak pintu kereta tadi. Hampir sahaja menjerit bila diterjah sebegitu.

"Awak dah kenapa? Terkejut saya!" marah Arya bila melihat siapa pelaku yang menerjahnya.

"Balik dengan aku." bukan pertanyaan tapi lebih kepada arahan. Dingin sahaja nada yang dilontarkan.

"Tapi saya dah order grab." ujarnya.

Tatapan mata yang tajam cukup membuatkan Arya Sofia terdiam. Mengeluh.

Tingkap kereta diketuk sebelum ia dijatuhkan oleh pemandu didalam.

"Maaf Encik, saya cancel, ya?" ujarnya lembut.

Sesudah itu, tangannya ditarik lembut. Kaki hanya menurut sahaja tanpa sebarang niat untuk melawan.

"Kereta tak kunci. Kau tunggu aku dalam kereta," arah Tengku Zadeyean.

Lebih kurang lima minit jugalah Arya menunggu lelaki itu didalam keretanya. 

Bila terasa lenguh dek kerana lama sangat duduk didalam kereta menunggu, Arya keluar dari kereta seketika. Hanya berdiri diluar kereta sambil menunggu.

Dalam Arya sibuk menanti orang yang ditunggu, datang pula seseorang menyapanya. Lelaki.

Mengapa sejak akhir-akhir ini selalu sahaja dia terserempak dengan kaum lelaki? Dari yang dikenalinya, mahupun tidak.

"Sorang?" soal lelaki itu, lembut dan cuba merapati Arya.

Arya cuba menjauhkan diri dengan berundur sedikit kebelakang. Bukan apa, tapi dia berasa kurang senang dengan kehadiran lelaki itu yang tiba-tiba. Dalam hati memohon supaya cepatlah Tengku Zadeyean kemari.

"Dah lewat ni, kenapa belum balik?" soal lelaki itu.

"Um... Saya tunggu seseorang," balas Arya walaupun suaranya agak bergetar.

Tangannya dikepal membentuk penumbuk dari belakang. Walaupun tidak beberapa nampak, masih boleh dirasakan yang lelaki ini seperti sedang cuba menahan dirinya. Ini lagi membuatkan Arya risau. Risau jika lelaki ini berbuat sesuatu.

"Jom? Kita balik sama-sama?" ajak lelaki itu.

"Um... Tak... Tak apa lah,"

Jawapan yang diberi Arya itu nampak tidak cukup untuk memuaskan hati lelaki itu namun, lelaki itu tetap tidak berputus asa untuk cuba memujuk Arya untuk mengikutnya.

Tangan gadis itu dipegangnya dan cuba ditarik untuk merapati dirinya.

"A... Apa ni?!" jerit Arya.

Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa, bahu tegapnya ditolak kuat kebelakang menyebabkan pegangannya pada tangan mulus Arya terlerai.

Arya ditarik dan disembunyikan dibelakang badan tegap milik Tengku Zadeyean.

Tatapan matanya tajam menikam bagai sebilah pedang. Pandangan yang boleh membunuh jika ia merupakan satu senjata.

Her Darkness SaviorWhere stories live. Discover now