BAB 6

54 6 0
                                    

Tubuh sasa yang terbaring disebelah Arya mengerang kuat sebelum bangun berdiri dan berlari menyerang kembali. Pantas sahaja mengelak dari ditumbuk, Tengku Zadeyean menendang perut lelakiitu dengan lututnya. Dada lelaki itu ditumbuk kuat hingga terpercik darah dari mulut lelaki itu.

 Sedang sibuk belasah lelaki dihadapannya, tidak sedar ada seseorang dari belakang inginmenyerang. Belum sempat Tengku Zadeyean diserang hendap, Khalish terlebih dahulu bertindakmenghalang lelaki itu dengan menahan kedua lengan lelaki itu, lalu kepalanya dihentakkan ke kepalalelaki itu sehingga terganjak ke belakang.

Seorang lagi cuba mendekati Arya. Belum sempat gadis itu dipegangnya, tangannya terlebuhdahulu dihalang oleh tangan kekar Tengku Zadeyean. Sebelah tangan menahan seorang lelaki darimenumbuknya, sebelah lagi menahan seorang lagi dari menyentuh Arya Sofia.

Lelaki yang cuba mendekati Arya ditarik kasar bahunya oleh Luke. Tumbukan diberikan tepat kemuka berjambang lelaki itu. Tengku Zadeyean melepaskan tangan lelaki itu dan membiarkan Lukemenguruskannya. 

Setelah beberapa ketika, ketiga-tiga lelaki yang mengejarnya itu, semuanya terkulai layu diatastanah. Ketiga-tiga mereka dicampak dan ditindih diatas satu sama lain. Khalish dan Luke masing-masingmenyepak musuh sebelum kedua-duanya melabuhkan punggung diatas mereka bertiga.

Tengku Zadeyean bergerak perlahan mendekati Arya Sofia yang jelas masih terkaku diatas tanah.Wajahnya basah dengan peluh dan air mata yang masih mengalir.

Tengku Zadeyean merendahkan tubuhnya dihadapan Arya. Tangan kekarnya naik ingin mengusapair mata gadis itu namun terhenti apabila melihat reaksi gadis itu. Mata dipejam rapat dan tangan yangmemeluk lutut pada tubuhnya juga dikuatkan. Jelas kelihatan gadis itu sedang takut.

Tengku Zadeyean melepaskan keluhan. Jaketnya dibuka dan dibalut pada tubuh kecil yangmenggigil itu. Dia kaku. Langsung tidak bersuara atau bergerak. Betul-betul kaku budak ni.

Tengku Zadeyean berpaling kebelakang, memandang orang kepercayaannya, Khalish dan Luke.Mukanya serius. Dia memandang sekilas wajah ketakutan Arya. Terus diusapnya kepala gadis itu denganlembut dan perlahan, agar tidak menakutkannya lagi. 

"Luke, tractat et conficit haec omnia messed. Khalish, reside in curru suo et post te factum, tuumfac et fac quodcumque indiget ut hanc stercore concludas. (Luke, handle and settle all this messed. Khalish, settle her car and once you done, do your job and whatever it needs to settle this shit.)" arahTengku Zadeyean.

 Tengku Zadeyean memadang ke arah tubuh kecil Arya Sofia. Entah mengapa sayu hatinya melihat keadaan gadis itu sekarang. Andai saja dia terlambat atau Arya tidak menelefonnya, tidak dapat dibyangkan apa yang akan terjadi padanya.

"Come." Perlahan-lahan Tengku Zadeyean membantu Arya bangun.

Tubuh kecil itu didukung dan dibawa keluar menuju ke kereta Audi RS e-tron GT milik Luke, memandangkan tadi, Ketiga-tiga mereka datang sekali bersama. Pintu dibahagian penumpang dibuka, Tengku Zadeyean meletakkan Arya kedalam perut keretanya. Tali pinggang dipasangkan sebelum dia sendiri masuk kebahagian pemandu.

Falique dan Ruqe tiba di base sebaik sahaja mendapat panggilan daripada Tengku Zadeyean.Mereka berdua baru sahaja selesai menyiapkan tugas, apabila terima sahaja arahan untuk pulang kebase dengan segera, terus mereka berdua memecutkan motorsikal Suzuki GSx-R1000R dan Honda CBR1000RR masing-masing.

Demien pula memang sudah berada di base sebelum Tengku Zadeyean lagi. Dia menyiapkan beberapa tugas pejabat sambil membuat pemantauan pada kerja keduanya. Melihat Tengku Zadeyean melangkah masuk kedalam base sambil lelaki itu mendukung tubuh kecil Arya dan diletakkan perlahan keatas sofa berhampiran.

Her Darkness SaviorWhere stories live. Discover now