BAB 18

15 1 0
                                    

Sudah 2 minggu bersengkang mata sehingga lewat malam untuk ujian akan datang. Pulang sahaja dari bercuti, terus sahaja mendapat pesanan dari profesornya di universiti. Entah apa mimpi madam Haliza, tiba-tiba sahaja hendak buat test mengejut! Sudahlah tidak diconfirmkan harinya, yang tahu, cuma ujian itu akan diadakan 3 minggu mendatang. Balik sahaja, sudah kena buat preparation. Haih, lah.

Dalam pada sibuk mengulang kaji untuk ujian, fikiran Arya juga tidak berhenti memikir tentang kata-kata Tengku Zadeyean Xier sewaktu mereka menyambut hari lahirnya semasa dalam pejalanan pulang dari Kedah.

Tiada jawapan atau kata putus yang dituturkannya sebaliknya, dia meminta untuk diberikan masa untuk berfikir sebetulnya.

Soalnya, perkara sebegini bukan boleh dibawa ringan. Harus difikir dengan baik dahulu. Silap percaturan, menyesal dikemudian hari.

Pulang sahaja mereka semua, itu merupakan kali terakhir mereka semua bertemu. Buat masa sekarang ini, mungkin?

Selalunya, walaupun bukan lelaki itu sendiri yang bertanyakan khabar, pasti dua orang kepercayaannya Khalish dan Luke akan menjadi perantara. Tapi, kini, Khalish dan Luke juga tiada langsung menghubunginya seperti selalu.

"K-Kawin?" terbeliak macam nak terkeluar biji matanya. Dia salah dengar ke? Kawin? Lelaki ini?

Tengku Zadeyean sekadar diam tanpa bicara melihat reaksi gadis dihadapannya.

"Awak ajak saya kawin? Biar betik awak ni?" Soalnya tidak percaya.

"Bila masa aku sebut pasal betik? Aku ajak kau kawin aje" Selamba ayat.

Kawin aje?!

"Saya tahu lah! Ish!"

"K... Kenapa tiba-tiba? Kenapa saya?" soalnya.

Memanglah dia punya hati pada jejaka ini, tapi, tidak pernah terlintas padanya untuk mempunyai hubungan dengannya, lebih lagi, hubungan perkahwinan.

"No reason. I just want to marry you." balasnya senada.

"Saya..."

Belum sempat ayatnya dihabiskan, Tengku Zadeyean memintas terlebih dahulu.

"Kau dah ada kekasih?"

"T-tak..."

"Tunang?"

"M-mana ada!"

"Suami?"

"Ish, tak ada lah!!!"

"Then, apa alasan kau untuk tolak aku?" soalnya.

Arya terdiam seketika. Mencari kosa kata.

"Saya... Bagi saya masa untuk fikir, boleh?"

"Buat apa?"

"Saya perlukan masa untuk fikir. Saya tak mahu buat keputusan terburu-buru. Saya masih belajar. Saya ada banyak masalah. Banyak kena fikir. Saya taknak buat keputusan terburu-buru dan saya tak mahu menyesal dikemudian hari." terangnya.

Tengku Zadeyean diam seketika. Matanya meratah disetiap inci wajah gadis polos dihadapannya.

"Kau rasa menyesal kenal aku?" soalnya.

"Tak!" Laju Arya menafikan.

"bukan itu maksud saya..."

"..."

"Aku faham..."

Perlahan-lahan Tengku Zadeyean berpaling dan berura-ura untuk melangkah pergi namun bicara dari Arya menghentikan langkahnya.

Her Darkness SaviorWhere stories live. Discover now