Kereta dipandu laju membelah jalan raya. Sedari tadi, sejak mula masuk kedalam kereta, tiada siapa yang bersuara. Dihidupkan sahaja enjin kereta Lamborghini Revuelto kelabu dan terus memecut laju membelah jalan raya.
Disebelah bahagian penumpang, mata dipejam rapat, tali beg tangan digenggam erat, jantung bagaikan ingin tercabut dengan cara pemanduan Tengku Zadeyean yang seperti ingin ke syurga awal. Arya hanya mampu beristighfar didalam hati. Moga-moga dipanjangkan umurnya.
"A-Awak..." meleret suaranya memanggil lelaki disebelahnya, namun tidak diendahkan.
"Awak... P-perlahanlah... Saya muda lagi tau nak mati ni..." tidak juga dihiraukan.
Pedal minyak ditekan, meter dihadapan semakin naik. Makin lama, makin laju dan ketika itulah jantungnya benar-benar ingin tercabut hingga terjerit kecil gadis itu. Tengku Zadeyean disebelah hanya senyap namun bibir lelaki itu mengukir senyuman sinis. Suka betul melihat gadis disebelah cuak begitu.
Berhenti sahaja mereka, cepat-cepat Arya keluar dari perut kereta itu. Tangannya berpaut pada pintu kereta. Dia cuba mencari nafasnya kembali. Bergetar lututnya setelah dia keluar dari kereta. Tengku Zadeyean hanya memerhati sahaja. Senyuman sinisnya tidak lekang dari bibir lelaki itu dan tawa kedengaran.
Arya menjeling kearah Tengku Zadeyean. Tajam matanya menatap lelaki itu. Amboi, ketawa pula ya? Dia berjalan menuju ke perhentian bas disebelah. Dilabuhkan punggungnya pada tempat duduk besi sambil tangan dilipatkan kedada dengan bibirnya dimuncungkan.
Tengku Zadeyean yang melihat itu mendekati Arya. Badan disandarkan pada tiang besi disebelah. Wajah cantik dan bibir yang memuncung itu dipandang dengan senyuman dan wajah yang lembut.
"Kau ingat tempat ni?" soal Tengku Zadeyean.
Matanya tidak beralih dari menatap wajah cantik gadis dihadapannya. Arya memandang sekeliling. Tiada apa melainkan hutan dikiri dan kanan, serta perhentian bas yang sekarang ini diduduki mereka.
"This... Is where we first met," ujar Tengku Zadeyean.
Arya melihat sekeliling. Kejadian sebulan yang lalu kembali berlegar difikirannya. Ya, betul. Tempat ini adalah tempat pertama kali dia bertemu dengan Tengku Zadeyean. Dia mula menyoal dirinya, bagaimana dia boleh terlibat dalam perkara begini? Semuanya adalah selepas dia bertemu dengan lelaki yang sedang menatapnya sekarang ini.
Arya Sofia mengangguk sebelum memandang Tengku Zadeyean. Tidak lama kerana cepat sahaja dia menoleh apabila perasan Tengku Zadeyean sememangnya sudah memandang dia. Terasa membahang mukanya sekarang ini.
"K-Kenapa awak bawa saya kesini?" soal Arya.
Pelik juga dia bila dia tiba-tiba sahaja membawanya kemari. Pastinya ada sesuatu disebaliknya. Bermacam-macam bermain difikirannya. Arya menatap wajah tampan lelaki kacukan itu, menanti jawapan dari soalannya.
"Straight to the point?" soal Tengku Zadeyean semula.
Arya menganggukkan kepalanya walaupun dia agak kurang yakin. Namun, diberanikan diri sahaja.
"Apa yang kau nampak malam tu, itu baru sikit dan," jeda.
Tengku Zadeyean benar-benar menatap tajam anak mata Arya. Betul-betul menunjukkan yang dia sedang serius.
"Apa yang jadi semalam juga, baru sedikit yang kau alami. Trust me, you will face lots of things in the future, sebab kau dah termasuk dalam dunia yang bukan untuk orang seperti kau," tegas nada Tengku Zadeyean.
Mendengarkan itu, semakin bingung Arya dibuatnya. Perasaan gerun, ingin tahu resah dan gelisah, kesemuanya bercampur. Dia kurang faham dengan apa yang dikata tapi apa yang dia tahu, kehidupannya selepas ini, mungkin tidak akan sama lagi.
YOU ARE READING
Her Darkness Savior
RomanceTengku Zadeyean Xier x Arya Sofia Hidup dalam toxic life dari usia 12 tahun. Arya Sofia, gadis yang mempunyai hati yang lembut dan mudah mempercayai seseorang menyebabkan dia sering disakiti. Dari soal keluarga, rakan dan juga cinta. Semuanya ha...