BAB 15

28 4 0
                                    

Senyap sahaja suasana dalam kereta. Radio pun tidak dipasang. Dari hospital sampai tiba dirumah sewa Arya, tiada seorang pun yang bersuara.

Terasa janggal dengan situasi sekarang, Arya memutuskan untuk bersuara sebelum dia keluar dari perut kereta berkuasa tinggi milik Tengku Zadeyean.

"Terima kasih sebab cari saya semalam. Terima kasih sebab tolong saya dan hantar saya ke hospital dan.. Terima kasih dah hantar saya balik," ucap Arya, malu. Selalu sahaja dia ditimpa masalah dan pasti setiap kali itulah, lelaki itu akan ada dan menjadi penyelamatnya.

Senyum senget terukir diwajah sebelum Tengku Zadeyean juga bersuara.

"It's nothing, nugget. I told you, I'll be there to save you whenever you need me," ujar Tengku Zadeyean.

Arya senyum sebelum keluar dari kereta. Sempat dia menoleh sebelum menutup daun pintu apabila namanya dipanggil lelaki itu.

"Kereta kau, nanti aku suruh Luke hantarkan,"

Arya mengangguk lalu pintu kereta ditutup. Tengku Zadeyean menunggu sehingga Arya selamat masuk kedalam sebelum dia memandu meninggalkan perkarangan rumah sewa Arya.


Masuk sahaja dalam rumah, ada satu susuk yang laju berlari meluru kearahnya. Erat pelukan daripada susuk tubuh itu.

"Kau pergi mana?! Aku risau tahu tak?!" marah Anggun. Pelukannya pada Arya masih tidak dilepaskan. Tersenyum Arya melihat wajah cemberut rakan serumahnya ini.

"Sorry.. Manalah aku nak tahu yang aku nak kena culik semalam," kata Arya. Hujung kening sebelah kiri yang tidak gatal digarunya dengan jari telunjuk.

"Culik?!" bergema satu rumah dengan suara Anggun yang kuat sebegitu.

"Kau kena culik? Kau okey tak? Siapa culik kau? Macam mana boleh kena culik? Kenapa dorang culik kau? Dah report polis? Penculik tu macam mana?" bertubi-tubi soalan si Anggun ni sampai pening kita yang mendengarnya.

"Ish, sabar, sabar," 

"Sabar? Aku ni tak tenang dari semalam tau tak bila kau tak balik,"

"Okay, okay. Bagi aku duduk minum latte dulu boleh? Baru aku jawab soalan kau," kata Arya sambil melangkah mendekati sofa di ruangan tamu.

"Banyaklah kau punya latte. Cepat bagitau aku apa jadi," 

"Iya, okey. Cerita dia, semalam, masa aku dekat tempat parkir masa nak balik tu, ada satu kereta tiba-tiba halang jalan aku. Aku hon banyak kali tapi bila dorang keluar, dorang tarik aku keluar dari kereta aku, and then, tolak kau dalam kereta dorang. Aku dah tak sedarkan diri masa tu. Bila aku buka aje mata, aku dekat satu tempat macam kawasan lereng bukit. Ada seorang lelaki kat situ masa tu." cerita Arya.

"Lelaki? Dia ke yang culik kau?" soal Anggun.

Arya angguk sebelum menyambung cerita.

"Aku cuba nak lari, tapi entah macam mana, dia perasan aku. Dia pun tarik kau, dekat dengan dia. Lepas tu..." Arya mengambil beberapa saat untuk berfikir sama ada perlu atau tidak dia memberitahu Anggun. Tentang pendrive itu. Perkara ni, hanya dia, Tengku Zadeyean dan ahli TGS lain sahaja yang tahu.

"Lepas tu, apa?" soal Anggun bila perasan Arya berhenti bercerita.

"Um.. Dia.. Dia warning aku. Kalau dia jumpa aku lagi lepasni, dia takkan lepaskan aku.. Then, terus dia tolak aku sampai jatuh ke tanah dan tinggalkan aku macam tu aje kat tempat tu seorang diri. Masa jatuh, kepala aku terhantuk dan aku pengsan. Bila aku sedar semula, aku ada dekat hospital. Zadeyean yang bawa aku ke hospital tu," habis cerita Arya.

Her Darkness SaviorWhere stories live. Discover now