"ON A DATE."
Tutur kataku berdengung di telingaku sendiri. Mataku masih tepat menikam ke dalam mata Jannah. Aku boleh nampak iris matanya yang membundar, sebaik kata-kata tadi keluar.
Dia terkejut.
"A... apa?" Usai beberapa ketika terpegun, Jannah akhirnya memberi reaksi. Itupun dengan bibir yang terketar-ketar cuba mengatakan sesuatu. Malangnya, sesuatu itu tidak keluar dari celah kerongkongnya.
Jannah kemudiannya menarik nafas dalam-dalam, seperti mahu menenangkan diri. Aku menanti dia.
"Apa maksud you?" Berjaya juga Jannah mengeluarkan suaranya.
"I tak maksudkan apa-apa yang pelik." Aku membalas.
Jannah mencemik.
"Tapi you sedar, kan? Soalan you tu sangat pelik, untuk orang yang baru berjumpa macam kita." Dia menyindir.
Aku membulatkan mata sekejap, seolah-olah tersedar diri. Kemudian, aku menyeringai dan mengetap bibir. Sesudah itu, barulah aku menjawab, "You are right. Kita baru jumpa. And you don't even know my name. But..."
Aku berhenti sekejap, sambil cuba memikirkan apa-apa alasan yang agak logik di akal.
"Well, it's just that I'm happy to meet a fellow Malaysian. Dah lama rasanya tak cakap Melayu." Aku menyambung.
Dahi Jannah berkerut.
"Cakap Melayu?" Dia mengulang.
Aku memandang dia dengan muka tidak percaya.
"Cik Jannah sedar, kan? Kita sekarang kat Chiang Mai. As in... Thailand?" Aku menaikkan sebelah kening di hujung kata.
Jannah menepuk dahinya.
"Mungkin you terlupa sebab I cakap Bahasa Melayu dengan you tadi?" Laju aku menebak.
Aku kira Jannah akan tergelak kerana baru tersedar diri. Namun, lain pula jadinya. Dia tiba-tiba melihatku dengan rupa curiga.
"How do you know I'm Malaysian?" Tutur katanya juga berbias syak wasangka.
Aku senyum kecil.
"Macam mana kalau kita duduk dulu sebelum borak-borak lebih lama? Kerusi ni bukan hiasan semata-mata, tau," pelawaku sambil menuding jari ke arah kerusi berdekatan. Yang Jannah duduki, beberapa ketika lepas.
"Atau..."
Aku berhenti sekejap dan melihatnya lebih tepat. Jannah masih dengan riak curiganya.
"Cik Jannah tak mahu duduk dengan I kat sini? You want to go back to your place?" sambungku, lembut dan berhemah.
Sekilas, Jannah mengerling ke belakang. Aku tahu dia melihat ke arah tempat duduknya yang asal, yang setentang denganku tadi. Juga, yang jadi tempat duduknya sejak tiga hari kemunculannya di kafe ini.
"So..." Aku menegur dia yang masih diam. Kedua-dua belah keningku dijongket. Tanda mengharapkan dia memberi respons.
Namun, Jannah tetap serupa tadi. Senyap memandangku. Tidak cukup dengan itu, dia menajamkan lagi renungan matanya. Jelas dia yang sedang membaca aku. Jelas dia yang tidak percayakan aku.
Aku membiarkan dia begitu, sambil menatapnya redup.
Beberapa saat berlalu, Jannah masih tetap membatu. Aku mula berkira-kira untuk menegurnya.
"Cik Jan..."
"Okay, fine." Belum sempat aku menegurnya habis, Jannah sudah memangkas bicaraku. Kerusi di sebelahnya, ditarik ke belakang. Tubuhnya dijatuhkan di situ.
YOU ARE READING
LELAKI BERPAKSI DENDAM (Published)
RomanceYou see me as a villain, but do you know... "A villain is just a victim whose story hasn't been told." And this is my story. ___ "Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau. Sampai lumat." Nama aku Amsyar Mikael. Dan itu yang telah aku putu...