BAB 4

326 18 0
                                    

KAMI senyap. Sekadar duduk atas benteng tepi jalan, sambil berlunjur kaki. Mahu menegangkan urat-urat kaki yang sudah kepenatan berjalan. Tidak jauh di hadapan sana, kelihatan struktur berbentuk pagar, dengan binaan batu bata merah. Di bahagian atasnya, tersusun deretan bendera warna-warni. Angin yang sepoi-sepoi bahasa membuatkan bendera itu berkibar-kibar.

THA PAE GATE

Itulah nama struktur pagar itu, yang suatu ketika dahulu, berfungsi melindungi bahagian dalam kota, tempat yang aku dan Jannah duduki sekarang. Lewat ekor mata, aku perasan tangan Jannah yang cuba membuka botol air sejuk. Tanpa berkata apa-apa, aku mengambil botol tersebut, memulas penutupnya dan menghulurnya semula kepada Jannah.

Dia tampak tergamam, sebelum lambat-lambat, menyambutnya.

Aku membuka botolku sendiri pula dan membawanya ke mulut. Kepalaku separa terangkat, meneguk cecair putih yang sejuk dan menyamankan. Ada sedikit yang menitis di birai bibir. Lalu, aku mengelapnya dengan belakang telapak tangan.

Sesudah itu...

"You nak minum air tu, atau nak tengok I aje?" Aku menyergah Jannah yang sedari tadi, asyik memerhati aku. Dia ingat aku tak perasan agaknya.

Jannah tersentak. Kelam-kabut, dia membawa botol air ke mulut dan meneguknya. Agak rakus.

"Slow sikit, Jannah. Tersedak nanti," tegurku lembut. Tiada lagi 'Cik' antara kami. Jannah sendiri yang meminta aku mengubah panggilan sewaktu berjalan-jalan tadi. Tidak mahu terlalu formal, katanya. Sementelah, dia sendiri tidak pernah memanggil aku, Encik Amsyar.

Jannah melarikan botol dari mulut dan mengatup penutupnya. Dia senyum kecil.

Aku tidak membalas, sebaliknya aku menebarkan pandangan ke hadapan. Balik kepada binaan pagar warna merah.

"Tha Phe Gate, salah satu di antara lima pagar yang ditempatkan di dinding Old City of Chiang Mai." Tanpa dipinta, aku mula bercerita.

Jannah di sebelah, turut memberi perhatian kepada struktur binaan yang jadi isi penerangan aku. Dia melihat ke arah sana.

"Yang lagi empat ialah Chang Phuak Gate, Chiang Mai Gate, Suan Prung Gate dan Suan Dok Gate," sambungku lagi. Hujung mataku sempat melirik ke sebelah.

Jannah, kulihat sedang khusyuk mendengar.

"Old City ni sebenarnya, letaknya dalam dinding berbentuk segi empat sama. Dengan keluasan seribu enam ratus meter, kali seribu enam ratus meter. Dikelilingi oleh parit. Macam yang kita tengok dalam cerita orang putih tu. Castleyang dikelilingi parit yang dalam, lepas tu ada satu pintu besar dengan jambatam yang boleh dinaikkan dan diturunkan. Haaa, macam itulah struktur asal bandar lama ni. Dinding yang kita tengok ni pula sebenarnya bukan yang asal. Tapi, yang dah dibaik pula." Panjang betul aku memberi penerangan. Di akhir kata, barulah aku menghela nafas betul-betul.

Kepala Jannah terangguk-angguk mendengar semuanya. Tetapi, lidahnya...

"Okey, tell me. Bila masa you hafal semua ni?" Tiba-tiba, mengusik aku.

Kepalaku terpusing kepada Jannah. Dia mengambil tindakan sama. Kami bertentang muka dan mata.

Sesudah itu, aku menyengih lebar-lebar.

"Errr, obvious sangat ke?"

Tawa Jannah terlepas keluar.

"Siapa yang boleh ingat berapa saiz bandar ni, pada ratusan tahun lepas? Melainkan orang tu memang historian."

"Atau seorang lelaki yang cuba untuk impress seorang perempuan." Aku menyambung.

Sebelah kening Jannah terjongket ke atas.

LELAKI BERPAKSI DENDAM (Published)Where stories live. Discover now