LAPAN pagi. Aku melangkah masuk ke bilik pejabat. Aku orang pertama. Yang lain-lain belum sampai. Seperti kebiasaan aku di setiap pagi, aku bergerak ke jendela usai meletak beg kerja. Bangunan setentang sana, aku pandang dari kejauhan.
"Ariada..." getus lidahku. Perlahan, hanya untuk pendengaran telingaku sahaja.
"Amsyar!"
Aku mengerutkan dahi. Ada kelainan dalam nada panggilan yang baru aku dengar. Perlahan-lahan, aku memalingkan badan. Muka Khayla terpampang depan pintu. Tidak seperti selalu, riak mukanya kelihatan lain hari ini.
Keras, serupa nada panggilannya tadi.
"Who is she?" Tanpa salam atau sebarang sapaan, dia tiba-tiba menyoal.
Aku serta-merta mengerti siapa yang dia maksudkan.
"I nampak you dengan perempuan lain semalam," sambung Khayla. Kakinya sudah melangkah masuk ke dalam.
"Perempuan lain?" Aku mengulang sebelum melepaskan gelak sinis. "What is that even supposed to mean?"
Raut muka Khayla berubah. Dia terdiam.
"Benda biasa, kan? Kalau I jumpa perempuan lain? Klien kita, or maybe future client..."
"I know our clients. And she's definitely not one of them," sampuk Khayla.
"So?" balasku dengan lagak bersahaja. Tidak ada rasa bersalah, atau apa-apa pun yang seumpama dengan itu.
"I... I..." Khayla kini kelihatan serba salah untuk bercakap.
Aku menggerakkan badan ke arah dia. Sampai dekat meja, aku menyangkut punggung ke birai meja. Kedua-dua tangan dibawa bersilang ke dada. Renunganku tepat ke muka Khayla.
"Apa masalahnya di sini, Khayla? Pagi-pagi, you dah serang I," soalku kepada dia.
"I bukan nak serang you. I just... I just..." Suara Khayla tenggelam bawah bibirnya yang diketap.
"What?" Aku mahu dia menyambung.
"You smiled."
Sejenak, otakku terasa kosong.
"Huh?" Akhirnya, hanya itu yang keluar dari mulutku.
Khayla menatapku tepat-tepat, dengan pandangan mata yang berbias seribu makna.
"You smiled at her. You laughed with her," tuturnya selepas itu.
Aku tergelak sinis.
"Kenapa? Tak boleh? I cuma boleh senyum dengan you?" ucapku sambil mengungkit apa yang pernah dia cakap.
"Bukan itu maksud I." Laju, Khayla membangkang.
"Habis tu, apa? It sounds like that to me."
Senyap sebentar. Khayla tidak terus menjawab. Dia mengecilkan matanya kepadaku.
"You memang tak tahu? Atau you buat-buat tak tahu?" Agak perlahan Khayla bertanya, tetapi kerasnya dapat aku rasai.
"Apa?" Namun, aku tetap dengan sikap selamba acuh tak acuh aku.
"Kenapa I jadi macam ni? Kenapa I tak suka you senyum dengan perempuan lain? You bergelak tawa dengan perempuan lain?" Khayla mengulang-ulang soalan. Dengan setiap satu soalan itu, nada suaranya semakin ditekankan.
Aku mendiamkan diri. Tidak membalas satu pun soalannya. Tidak berusaha pun.
Tersungging senyuman senget di bibir Khayla.
"Huh, you selalu macam ni," gumamnya. "Sama ada you akan senyap, atau you alihkan topik perbualan kita."
"Sebab tak ada apa untuk dicakapkan."
YOU ARE READING
LELAKI BERPAKSI DENDAM (Published)
RomanceYou see me as a villain, but do you know... "A villain is just a victim whose story hasn't been told." And this is my story. ___ "Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau. Sampai lumat." Nama aku Amsyar Mikael. Dan itu yang telah aku putu...