"I'M SORRY."
"Untuk apa?"
"Papa."
Sejenak, aku mendiamkan diri. Hanya ekor mataku yang bergerak ke sebelah, melihat sisi wajah Jannah. Kami kini sedang duduk sebelah-menyebelah di kerusi taman. Jannah masih dalam persalinan hospitalnya.
Aku kembali melihat ke hadapan. Mulutku kemudian berkata, "It's okay."
Secepat itu, Jannah tiba-tiba memusing badan ke arahku. Lutut kami sempat bersentuh, sebelum menjadi jauh semula.
"Mana boleh okey." Suara Jannah kedengaran merengek.
Aku senyum kecil, sebelum menoleh kepadanya. Mata kami langsung bertemu. Jannah dengan pandangan yang tampak kegeraman. Aku dengan pandangan yang sengaja dilembutkan kepadanya. Biar dia juga semakin lembut hati denganku.
"Apa yang papa dah buat pada you?" Jannah bertanya. Ada unsur-unsur menuduh di situ, menuduh bapanya sendiri.
"Dia tak buat apa-apa." Aku menjawab tenang.
"Then, apa yang dia dah cakap pada you?" Dia menyoal yang lain pula.
"Tak cakap apa-apa." Aku masih dengan jawapan serupa itu.
Jannah mendengus. Dia merenungku dengan muka tak puas hati.
"Amsyar..."
"Jannah." Belum sempat dia menyuarakan ketidakpuasan hati itu, aku lebih dahulu memintas katanya. Tidak cukup dengan itu, aku juga merendahkan kepala agar sama aras dengannya. Aku tatap dia, tepat-tepat. Tetapi, masih dengan kelembutan yang sengaja itu.
"Listen here." Suaraku juga keluar lembut.
"Your father cuma mahu menjaga you, melindungi you. Kalau I ada di tempat dia pun, I akan buat perkara yang sama macam dia."
"Siasat setiap lelaki yang cuba rapat dengan anak you? Kemudian, jumpa dia dan bagi warning? Macam tu?" Jannah membidas. Agak laju dan keras.
Aku diam sejenak, sebelum menjawab, "Hmm, now that you said it, kenapa I rasa macam extreme perbuatannya tu?"
Mata Jannah membesar.
"Amsyar! I bukan main-main." Dia memarahi, dengan muka yang merah padam menahan geram.
Aku melepaskan gelak, seraya menaikkan semula kepala. Tidak lagi sama aras dengannya, tetapi mataku masih terpaku kepada Jannah.
"Okey... okey, fine! Jangan marah-marah lagi. You belum elok lagi tu."
"I dah tak sakit." Jannah menjawab.
"Masih berupa sakit. Itu..." Aku memuncungkan mulut ke muka Jannah. "Bengkak, lebam semua... belum hilang lagi."
Jannah meletakkan telapak tangannya ke pipi.
"Hmmm... dah tak cantik dah." Tiba-tiba, itu yang dia cakapkan.
"Masih tetap cantik di mata I." Aku langsung menyambung.
Jeda.
Jannah terdiam sepi. Namun, aku boleh nampak pipinya yang semakin lama, semakin merah. Satu yang aku perasan tentang perempuan seorang ini. Bila dengan aku, dia benar-benar gagal dalam mengawal perasaannya. Terlalu mudah menjadi gembira, terlalu mudah menjadi malu-malu. Apa sahaja yang aku buat dan aku kata, senang membuatkan dia terkesan.
Itu... yang aku mahu. Itu... yang memudahkan kerja aku.
"Hari tu, comel. Sekarang, dah jadi cantik pula?" ucap Jannah, usai beberapa saat terkedu.
YOU ARE READING
LELAKI BERPAKSI DENDAM (Published)
RomanceYou see me as a villain, but do you know... "A villain is just a victim whose story hasn't been told." And this is my story. ___ "Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau. Sampai lumat." Nama aku Amsyar Mikael. Dan itu yang telah aku putu...