SEJAK hari itu, aku dan Jannah menjadi serupa pasangan pencinta paling bahagia di dunia ini. Aku memastikan Jannah berasa bahawa dialah wanita terbahagia di semesta alam.
Ketika dia gembira, aku sama-sama ketawa dengannya. Ketika dia bersedih, aku turut berduka dengannya. Ketika dia marah, aku memujuk dia. Apa sahaja yang dia mahu, aku beri. Apa sahaja yang dia inginkan, aku sanggup cari hingga ke seluruh pelusuk dunia sekalipun.
Jannah selalu senyum. Selalu ketawa. Dan sungguh, aku senang melihat itu, kerana aku tahu, itu bermakna rancanganku sedang berjalan lancar. Mungkin perjalanannya lambat kerana aku perlu bertahan sehingga dua tahun, tetapi bukankah orang kata...
Taking revenge sometimes requires time. You have to pick your moment.
Ya, benar. Aku perlu menanti hingga dua tahun. Dalam masa dua tahun itu pula, aku perlu menjadi teman lelaki yang paling sempurna. Tetapi, tidak mengapa. Kerana itu bermakna Jannah akan jatuh cinta lebih mendalam kepadaku. Dia akan lebih melekat kepadaku. Dia akan lebih bergantung kepadaku. Malahan, dia mungkin tidak boleh lagi hidup tanpa aku. Sesungguhnya, itulah yang aku mahu kerana...
You strike when your enemy is weak.
Ketika Jannah berada di puncak kebahagiaan yang paling tinggi, ketika itulah aku akan bertindak.
Nurul Jannah binti Johari, semakin kau mencintai aku, semakin kau akan hancur. Perasaan kau sendiri yang akan menjadi musuh kau. Perasaan kau sendiri yang akan memusnahkan kau. Saat itu berlaku, jangan salahkan aku. Salahkan diri kau sendiri yang terlampau naif dan bodoh.
Huh, kau fikir lelaki sempurna itu wujud? Tidak, Jannah. Tidak.
"Am! Amsyar!"
Tubuhku yang sedari tadi bersandar pada dinding kereta, ditegakkan. Kepalaku terangkat kepada si pemilik suara tadi. Siapa lagi kalau bukan perempuan naif dan bodoh itu?
Nurul Jannah... sedang berjalan ke arahku, sambil melambai-lambai tangan. Bibirnya senyum lebar. Matanya bersinar-sinar.
"Dah lama tunggu?" tegurnya sebaik sampai di hadapanku.
Aku menggeleng kepala.
"Tak. Sekejap aje. Tapi kalau lama pun, I tak kesah. I akan selalu tunggu you."
Jannah mencebik.
"Mulut manis!"
Aku membesarkan mata.
"Dah rasa ke? Mana tahu manis ke tak?"
Pipi Jannah serta-merta merah.
"Amsyar!" Dia terjerit kecil. Mulutnya memuncung panjang.
"Haaa, muncung lagi mulut tu. Nanti kang..."
"Apa?" Jannah memintas usikanku. Kedua-dua matanya dijegil acah-acah marah.
Aku menghamburkan tawa.
"Itu tengah tunjuk muka garang ke? Alahai, takutnya kita..." sakatku lagi seraya menurunkan kepala dan menyengih-nyengih depan muka Jannah.
Jannah mendengus dan menjeling tajam kepadaku.
"Yalah, yalah... I tak usik you dah." Aku mengalah dan menaikkan semula kepalaku. Namun, bibirku masih mengulum senyuman. Mataku pula menatap Jannah dengan lembut.
Dia melirik kepadaku.
Aku melunakkan lagi pandangan mataku.
"Fine! You nak bawa I ke mana sekarang?" ucap Jannah, tidak lagi merajuk.
YOU ARE READING
LELAKI BERPAKSI DENDAM (Published)
RomanceYou see me as a villain, but do you know... "A villain is just a victim whose story hasn't been told." And this is my story. ___ "Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau. Sampai lumat." Nama aku Amsyar Mikael. Dan itu yang telah aku putu...