TEGANG.
Hanya itu yang dapat digambarkan dalam suasana sekarang, di mana aku sedang menghadap Dato' Johari. Dia di hadapan setentang, dan aku di sini duduk diam. Tidak ubah seperti menanti pengadilan dan hukuman. Lebih-lebih lagi, dia tidak habis-habis merenungku. Kepalanya tegak, matanya keras. Senyuman? Semestinya, tidak ada.
"Baik..." Dato' Johari memecahkan keheningan.
Aku menetapkan anak mata lebih tepat ke mukanya. Tidak terjejas langsung dengan suaranya yang agak keras dan mendominasi.
"Amsyar Mikael nama kamu, kan?"
"Ya, Dato'." Aku mengaku, bersama kepala yang diangguk sekali.
"Kamu kenal Jannah di Chiang Mai?" Dato' Johari bertanya lagi.
"Ya." Dan aku mengaku lagi.
"Dan kamu secara kebetulan ada di mall hari tu?"
"Ya."
"Dan kamu selamatkan dia?"
"Ya."
"Apa niat kamu terhadap dia?"
Sejenak, sesi soal jawab antara aku dan Dato' Johari terhenti. Lidahku kelu, sambil otakku cuba menganalisa soalan yang baru aku dengar.
"Apa maksud Dato'?" Sudahnya, aku tagih penjelasan daripada tuan empunya soalan itu.
Dato' Johari tidak terus menjawab. Dia menegakkan lagi tubuhnya, bersama anak mata yang turun naik melihat aku.
"Saya perlu tahu dengan siapa anak saya berkenalan? Berkawan? Dan orang macam mana kamu ini, kan?" Jawapannya keluar. Tegas.
"Tapi soalan Dato' tadi, bukan macam tu." Aku membalas. Tenang, tetapi ada juga tegasnya.
Terbit senyuman tipis di hujung bibir Dato' Johari. Jelas sinisnya.
"So, what was my question?" Dia menyoal dengan gaya menyindir.
Aku memakukan renungan mata tepat-tepat ke muka Dato' Johari.
"Dato' bertanya pasal niat. In other words, Dato' menuduh saya ada niat tidak elok terhadap Jannah."
"Then, ada tak?" Laju, Dato't Johari menanya. Masih dengan gaya angkuh, bercampur sinikal itu.
Aku tetap dengan riak mukaku yang tenang. Seolah-olah tidak terkesan sedikit pun dengan keangkuhan dan kesinisan itu. Padahal dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu apa aku rasa saat ini.
Huh, berani jantan ni berlagak depan aku!
Perlahan-lahan, aku mengulum senyuman. Antara mahu menunjuk tenang, dan mengawal diri yang kegeraman.
"I think there's no need for this conversation. Dato' dari awal lagi, dah menganggap yang buruk-buruk pasal saya. You have judged me."
Kepalaku terangguk-angguk sekejap.
"Yes, I get it. Jannah is your daughter. You're trying to protect her. Tapi itu tak bermakna, Dato' boleh hina saya."
Terlontar gelak halus dari mulut Dato' Johari.
"You do realize that it's just a matter of yes or no, right?"
Wajahku sedikit berderau. Tiba-tiba, terasa diri sudah terperangkap dalam soalan Dato' Johari.
"That question... you can simply say no. Tak perlu cakap panjang lebar, dan tak perlu mengelak pun," sambung Dato' Johari. Aku boleh nampak gaya mencabar yang dia pancarkan dalam riak matanya.
YOU ARE READING
LELAKI BERPAKSI DENDAM (Published)
RomanceYou see me as a villain, but do you know... "A villain is just a victim whose story hasn't been told." And this is my story. ___ "Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau. Sampai lumat." Nama aku Amsyar Mikael. Dan itu yang telah aku putu...