AKU di sini lagi. Menghadap dia lagi. Semalam, aku menerima panggilan telefon daripada Jannah, memberitahu bahawa ayahnya mahu menemui aku. Teka aku, Jannah sudah berjaya memujuk Dato' Johari. Mungkin bukan untuk membenarkan aku keluar dengan anaknya, tetapi sekurang-kurangnya untuk memberi aku kesempatan meminta izin.
Entah! Aku tidak tahu bagaimana dan apa yang sudah dicakapkan oleh Jannah, tetapi aku berterima kasih kepada dia. Terima kasih kerana sudah angaukan aku, terima kasih kerana sudah menyenangkan kerja aku. Terima kasih... kerana sudah jadi perempuan bodoh!
"Saya dengar kamu masih berhubungan dengan anak saya." Dato' Johari memecahkan keheningan di ruang tamu.
Aku segera menegakkan badan.
"Hari tu bukan main lagi kamu cakap, takkan keluar dengan Jannah tanpa keizinan saya. Jadi, ini apa? Kamu langgar prinsip dan kata-kata kamu sendiri? Huh, lelaki jenis apa kamu ini?" Pedas Dato' Johari melontarkan kata. Siap dengan kening sebelah kanan yang agak terjongket ke atas. Menyinis aku dengan cara tersirat.
Namun, aku tetap dengan muka setenang-tenangnya. Bahkan, tidak sedikit pun aku mengalihkan pandangan daripada muka Dato' Johari. Tetap melawan matanya.
"Pertama sekali, saya tidak keluar dengan Jannah. Tidak pernah sekali pun, semenjak kami pulang ke Malaysia. Saya sudah cakap yang saya cuma akan keluar dengan dia, dengan keizinan Dato' sendiri. Jadi, itulah yang saya akan buat. Saya takkan langgar prinsip dan kata-kata sendiri."
Wow! Bukan main lagi aku bercakap. Rasa macam nak tepuk tangan pada diri sendiri. Pertemuan di kafe hari itu pula, aku tidak kira. Bukankah itu satu kebetulan yang tidak disengajakan? Well, sekurang-kurangnya itu yang Jannah fikir.
"Kedua, kalau Dato' maksudkan saya dan Jannah yang masih berhubungan melalui mesej dan panggilan telefon, then itu yang saya perlu minta maaf. But, that's the least that I could do."
"Why?" Dato' Johari tiba-tiba bertanya.
Aku mengerutkan dahi, sesaat. Agak tidak faham soalan, tetapi mulutku tetap laju menjawab, "Because I like her. For me to give her up just like that... I can't. I'm sorry, Dato'. But I can't."
Beriya-iya aku menggeleng kepala di hujung kata. Konon-konon mahu menunjukkan betapa bersungguhnya aku.
"Why?" Lagi, sepatah kata itu yang keluar dari mulut Dato' Johari.
Lagi, dahiku berkerut.
"Why? Maksud Dato'?" Kali ini, aku meminta penjelasan daripada lelaki itu.
"Kenapa kamu sukakan Jannah? Apa yang buat kamu sukakan dia? Is it because she is my daughter?"
Yes! This whole thing is because she's your daughter. Ingin aku menempik begitu. Namun, aku tahan di hujung lidah. Jangan bagi terlepas. Bibirku mengulum senyuman tenang.
"I know where this is going. Dan saya faham kenapa Dato' berfikiran seperti itu. Tapi waktu kami berkenalan di Chiang Mai, I don't even know who Jannah is. Whose daughter she is. For me, she's just..."
Aku menghentikan bicara. Sengaja, untuk menunjuk rupa konon-konon aku sedang mengimbau kenangan pertemuan yang indah. Senyuman di bibir, juga aku lebarkan. Lebih besar dan lebih manis.
"She's just a sweet girl. Yang suka minum kopi. Yang suka tengok hujan yang turun. Yang senang excited dengan benda-benda kecil. She's... such a sweet and lovely girl."
"You're talking about my daughter there." Dato' Johari menyampuk dengan agak keras. Jelas tidak gemar lelaki memuji-muji anaknya.
Aku tergelak kecil.
YOU ARE READING
LELAKI BERPAKSI DENDAM (Published)
RomanceYou see me as a villain, but do you know... "A villain is just a victim whose story hasn't been told." And this is my story. ___ "Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau. Sampai lumat." Nama aku Amsyar Mikael. Dan itu yang telah aku putu...