BAB 1🏷️

606 44 3
                                    

"Mail! Mana Melur?" Soal Datin Riyana Humairah apabila Pak Mail melangkah masuk ke ruang tamu dan menghampiri dirinya yang berada di hadapan tv. Datin Riyana terus meletakkan telefon bimbit miliknya dan diletakkan di atas meja berhadapan. Datin Riyana masih menanti jawapan dari pemandu yang sudah berkhidmat selama 10 tahun dengan keluarganya.

"Maaf Datin, hampir 2 jam saya tunggu Cik Melur, tetapi bila saya bertanya di kaunter, mereka kata penerbangan dari Penang sudah tiba 2 jam yang lalu" beritahu Pak Mail dengan penuh berasa salah terhadap Datin Riyana.

"Apa?" Datin Riyana meninggikan suaranya lantas bangun dari sofa dan menghampiri Pak Mail. Sakit hati apabila mengingatkan perangai anak bongsunya itu. Mesti Melur cuba nak elakkan diri daripada dia.

"Betul ke Pak Mail dah perhatikan setiap orang yang keluar dari situ? Mungkin terlepas pandang?"

"Betul, Datin! Saya yakin, walaupun sudah 6 tahun Cik Melur meninggalkan kita disini dan pergi bercuti di Penang, saya masih belum lupa wajah Cik Melur" Pak Mail menundukkan kepala kerana dia berasa serba salah.

"Aihh payah lah macam ni, nak kene budak ni " mengeluh Datin Riyana yang masih berdiri di depan Pak Mail.

"Haa Mail, pergilah berehat dulu, kamu mesti penat kan?" Dato' Rizaf Iskandar tiba-tiba sahaja berdiri di belakang Datin Riyana. Terkejut dibuatnya.

Pak Mail hanya menjatuhkan kepala nya tanda setuju dengan cadangan Dato' Rizaf, dia terus bergegas menuju ke bilik untuk berehat.

"Abah!, Abah sengaja kan suruh dia berehat? Riyana tak habis cakap lagi dengan dia!" Marah Datin Riyana dengan Dato' Rizaf abahnya yang berada di samping dirinya.

"Salahkan abah pulak, kalau dia pengsan kepenatan macam mana? Dah lah tengahari ni panas, tak pasal pasal dia mintak berhenti nanti" ujar Dato' Rizaf Iskandar sambil langkahnya mengatur menuju ke arah dapur, rasa dahaga pulak bila bercakap dengan orang yang tidak pernah nak mengalah.

" Haa tengok tu, kite belom habis cakap dia dah pergi " membebel Datin Riyana sambil mengikut dibelakang abahnya menuju ke dapur berdekatan dengan ruang tamu saja.

Dato' Rizaf hanya tersenyum sinis apabila mendengar kata kata Datin Riyana itu.

" Kenapa abah senyum? Riyana seriuslah abah! " Datin Riyana Humairah mengetap bibirnya apabila kata-katanya tidak diendahkan.

" Aih kamu ni, macam mana Melur nak balik kalau dia tahu sebaik saja dia melangkah masuk ke rumah ni, soalan pertama yang kamu akan tanya ialah...bila Melur nak kahwin haa? " Datuk Rizaf mengajuk percakapan anaknya Datin Riyana Humairah.

" Abah! Riyana buat semua ni untuk kebaikan diorang jugak, kalau Melur tak kahwin nanti, tak dapat saya nak merasa ada cucu, kawan-kawan saya semua dah ada menantu dengan cucu, saya ni bila lagi? Malu tau muka saya ni abah "

" Kenapa nak malu dengar mereka? Dah jodoh anak mereka lebih awal daripada Melur dan si Emir tu Riyana. Semua ni dah ditetapkan oleh Allah SWT. Abah yakin yang mereka akan jumpa dengan pasangan mereka suatu hari nanti. " Nasihat Dato Rizaf Iskandar kepada Datin Riyana Humairah.

" Jika tak berusaha, bila nak jumpa jodohnya? Tahun ni Riyana akan pastikan Emir dan Melur berkahwin. Jika Melur Masih sembunyikan dirinya daripada saya, abah tengoklah saya akan cari dia sampai lubang cancing. " Ujar Datin Riyana Humairah dengan tegas sambil mengambil secawan kopi yang sudah dibuatnya sebentar tadi.

Dato' Rizaf Iskandar hanya mampu melepaskan keluhan. Nasihat Kita bukannya nak didengar. Dia sajalah nak betul, keluhnya. Dia terus menuju ke ruang tamu dengan secawan kopi, badannya direbahkan pada sofa empuk. Sudah mati akal untuk menasihati Riyana.

" Assalamualaikum " Emir melangkah masuk ke dalam rumahnya sambil membuka tali leher.

" Waalaikumussalam " jawab Dato' Rizaf Iskandar. " Awal harini balik, Emir? "

" Ouh takde lah, sekejap je ni, sekejap lagi nak keluar balik, Ada kerja perlu sambung, ni Melur mana? Dia balik harini kan? " Soal Emir. Matanya memerhatikan segenap sudut rumah itu. Dia tak sabar untuk berjumpa dengan adik kesayangan dia Melur. Kali terakhir berjumpa dengan Melur semasa dia melawat Melur di Penang.

" Hilang dah! " Jawab Datin Riyana Humairah

" Hilang? " Emir terkejut. " Apa maksud mama? "

" Emir pasti ke yang Melur balik harini? "

" Emir pasti mama!, Emir dah check nama Melur. Penerbangan dia tiba pukul 10 pagi tadi. Mustahil dia tak naik penerbangan tu. Mama dah call Melur ke? . "

" Dia off telefon dia, Mama tahu dia sengaja buat macam ni "

" You know right, why Melur cuba elakkan diri daripada mama? "

" Ouh...now, Emir nak salahkan mama lah puncanya berlaku? "

" Memang tak salah jika seorang ibu mahu melihat anaknya bahagia, tetapi cara dan sikap mama tu kadangkala buat kami rimas. Cukupla! Jangan atur hidup kami lagi! "

" Nak ajar mama pulak sekarang ni? " Datin Riyana meninggikan nada suaranya. Geram sakit hati bila niatnya disalah erti.

"Bukan itu maksud Emir, biarlah Emir dan Melur memilih pasangan mereka sendiri" Dato' Rizaf Iskandar mencelah. Kasihan Pula melihat Emir.

"Kamu berdua sama saja, tak pernah nak faham niat murni Riyana. Emir dan Melur anak Riyana, Riyana tahu mana yang buruk, dan mana yang baik untuk mereka. Abah ingat Riyana buat ni untuk kepentingan Riyana sorang?"

"Dah lah Emir, atuk tak tahu Bahasa apa atuk nak cakap lagi, supaya mama Emir ni faham. Kalau Melur call nanti, cakap dengan dia jangan balik rumah ni terus, kalau balik pun, kusutkan kepala sahaja"

"Abah!" Datin Riyana Humairah merenung ayahnya.

Emir terus meninggalkan mama dan atuknya, dia terus melangkah atur menuju ke arah bilik untuk membersihkan diri dan berehat sekejap.

"Haa kamu buat apa kat atas lama-lama? Siap pakai baju hitam semua, nak pergi mana? Bukan ke kerja kamu habis awal harini Emir?" Soal Datin Riyana Humairah melihat anaknya memakai pakaian yang seluruh hitam.

"Mana mama tahu Emir habis kerja awal harini? Setahu Emir, Emir hanya bagitau yang Emir balik sekejap Saja tadi, untuk berjumpa dengan Melur" soal Emir keningnya terangkat, hairan.

"Emm emm, mama tengok jadual kamu harini"

Emir terus melihat jam yang dipakainya di tangan kanan, takut terlambat masa dia sampai ke lokasi pertemuan dengan dia dan boss nya. Emir terus melangkah atur menuju ke pintu dengan segera.

"Eh eh nanti " panggil Datin Riyana" Kamu nak kemana? " Soal Datin Riyana untuk kepastian.

"Mama, Emir nak cepat ni"

"Malam ni Emir kene ikut mama pergi jumpa Linda. Anaknya Syarifah baru saja balik dari Jepun. Emir mesti ikut mama"

"Maaf mama, Malam ni Emir sebok " beritahu Emir kepada Datin Riyana, perangai Emir memang macam ni, selalu saja sebok. Entah apa yang dia kerja nya pun tak tahu.

"Kalau tak, biar abah je yang pergi malam ni untuk gantikan Emir" mencelah Dato' Rizaf Iskandar.

Datin Riyana Humairah berpaling dan melihat ayahnya.
"Abah! Pertemuan ini untuk Emir dan Syarifah, Nama abah tak ada dalam guest list"

"Siap ada guest list lagi. Ni pertemuan jodoh ke atau pertemuan dengan Perdana Menteri?"

"Abah!"

"Atuk, Emir gerak dulu, dah lambat" ujar Emir terus menghampiri atuknya dan bersalaman.

 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now