BAB 5 🏷️

323 24 0
                                    

"Emm, barulah segar" ujar Melur Ellina, dia baru sahaja melangkah keluar dari bilik air tersebut, terus menuju ke bilik persalinan untuk memakai baju.

Tangannya meraba-raba bahagian atas tudung untuk membetulkan, sopan dan cantik perempuan yang sedang berdiri berhadapan dengan cermin. Tudung bewarna biru cair menjadi pilihannya, tangannya terus menggapai minyak wangi dan disemburkan kepada dirinya. Wangi tidak terkata!

Kring! Kring! Kring!

Bunyi telefon bimbit milik Melur Ellina berbunyi, dia terus mengambil dan menjawab panggilan.

"Ya saya?" - Melur Ellina

"Aii Melur, harini dah start masuk kerja balik kan? Kite rindu lah" beritahu Bella kepada sahabatnya, tidak silap sudah 6 tahun Melur tidak kembali berkerja, akhirnya rindu sudah terubat.

"Ouh Bella, ya harini Melur masuk kerja, tunggu tau beb!" Ujar Melur Ellina, dia terus membuka langkah menghampiri pintu, tombol pintu dipulas lalu dia terus menuruni anak tangga dan menuju ke pintu utama untuk keluar.

~~

"Semua dah siap?" Soal Alvano kepada anak buahnya, sekejap lagi mereka perlu bertolak pergi ke Itali, semua barang keperluan harus dipersiapkan. Dia bersandar di pintu kereta, dengan tangan kiri berada di dalam poket seluar, manakala tangan kanan masih menggenggam Telefon bimbit miliknya.

"Ha dah" jawab Sheikh Denni Donnello, selesai dia menyimpan beg beg keperluan di dalam bonet kereta, dia terus memasuki ke dalam perut kereta duduk bersebelahan dengan Alvano.

Enjin kereta dimulakan, datang pula 2 ekor monyet, nasib tidak ketinggalan...

"Eh eh tunggu tunggu sabar woi" Panggil Luq Irsyad kepada Bigboss, dia menuju ke kereta dengan beberapa beg besar dibawanya.

"Yang kau bawak khemah buat apa lahanat!" Tengking SYEIKH DENNI DONNELLO kepada Luq Irsyad, mereka pergi ke Itali bukan nak berkhemah, tetapi kerja.

"Ntah kau, buat malu je" sampuk Tengku Emir Rollezzo, tetapi dia dengan Luq Irsyad dua kali lima sama saja, perangai dua monyet ni kadang kala boleh buat orang sakit mental lama-lama. 

"Halah lah lah..., kau bawak periuk nasi tu buat apa!!" Soal Alvano kepada Tengku Emir, tangannya berada di dahi, diurut perlahan-lahan, sakit hati, pening, pun ada dibuatnya dua ekor monyet ni.

"Nak masak nanti takde periuk kan?" Tanya Tengku Emir kepada bigbossnya, dengan muka yang tidak berasa serba salah...dua ekor monyet itu masih berdiri di luar kereta.

"Apa tercegat lagi? Masuk!!" Tengking Alvano kepada dua ekor monyet itu, kalau tak buat orang marah...memang tak sah lah!.

"Vano singgah pital jap, aku nak jumpa orang" beritahu Tengku Emir kepada bigboss..Alvano hanya memberi anggukkan kepala sahaja, tanda setuju apa yang Tengku Emir katakan.

~~

"Alhamdullilah sampai dah" ucap Melur Ellina yang berada dalam perut kereta, terus mematikan enjin setibanya di hospital. Dia membuka langkah untuk keluar dari kereta, baru beberapa langkah menuju ke pintu masuk, sudah dijerkah oleh 2 orang sahabatnya.

"BAH!!" Jerkah Bella Nurina dan Ella Medina, sakit jantung dibuatnya...

"Ya allah beb!" Tinggi nada suara Melur Ellina apabila berjumpa dengan dua orang sahabatnya itu, mereka berpelukan, rindu yang lama terpendam,Kini sudah pun terubat

"Kite rindu awok" nada mengada Ella itu membuatkan Melur ketawa, mengada sungguh sahabatnya yang sorang ini.

"Eh kamu Ella, eee bagi kang" Ujar Bella, genggaman penumbuknya hampir ditujukan kepada Ella, mengada sungguh die yer.

 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now