Bab 11 🏷️

215 15 2
                                    

"Abang!" Jerit Melur Ellina gembira , dia terus berlari anak ke arah Tengku Emir Rollezzo. Setibanya di pintu utama airport senai.

"Lah, abang kan dah kata jangan jemput, kenapa degil sangat ni Melur?" Soalnya, dia terus mendekatkan dirinya kepada Melur Ellina. Mereka terus berpelukan.

"Melur rindu abang lah, lama sangat nak tunggu abang balik sini" tangan kanan kecil miliknya itu laju memukul bahu kiri milik Tengku Emir Rollezzo. Mereka ketawa kecil.

"M-m-mana beg abang? Lenggang je berjalan tanpa beg, mana beg?" Soalnya, anak mata tidak berhenti memandang ke arah belakang dan tepi Tengku Emir, tiada beg sama sekali dibawa. Siapa yang tolong bawakkan? Takkan tak bawak baju?

UH! UH! UH!

Luq Irsyad mengeluh sekali lagi, sakit tulang belakangnya akibat mengheret beg bewarna hitam yang berat itu. Adanya mamat poyoh tu suruh aku angkat beg dia? Biadap betol!

Manakala Alvano Ganendra bersama Syeikh Denni Donnello hanya tertawa melihat Luq Irsyad dari belakang. Padan muka!

"Eii lahanat, amik beg kau ni! Berat tau tak" Ujar Luq Irsyad, dia terus membaling beg bewarna hitam itu ke arah Tengku Emir Rollezzo. Memang patut aku baling! Kalau ikutkan hati, aku buang!!! Ujarnya di dalam hati.

"Tolong sikit pon tak boleh" Jeling Tengku Emir Rollezzo, dia terus mengambil beg tersebut.

Melur Ellina hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua, dia hanya berdiri sopan dihadapan mereka berdua.

"H-h-hi, saya Melur Ellina binti..." Tidak sempat Melur ingin menghabiskan ayatnya, Tengku Emir Rollezzo terus mencelah.

Adanya sampai nak bagitahu nama bapak sekali? Halahai adek aku sorang ni.

"Eh eh, nama bapak tak perlu lot" Dia terus mengerling ke arah Melur Ellina untuk memberi isyarat. Melur Ellina terus menjatuhkan kepalanya ke bawah bagi menandakan dia faham apa yang cuba Tengku Emir sampaikan.

"Just call me Melur" sambungnya, dia terus tersenyum mesra melihat Luq Irsyad dihadapan yang berdiri bersebelahan dengan Tengku Emir Rollezzo.

"Manis" - who?

"Hi Melur, saya Luq Irsyad. You can call me Luq, syad, or abang pun boleh, hehehe" dia tersenyum lebar. Kedua-dua belah tangannya memukul bahu kiri milik Tengku Emir Rollezzo, Gedik!

"Eh kau jangan lebih eh" sampuk Tengku Emir Rollezzo. Dia terus menepis kedua-dua tanga Luq Irsyad.

"Kau siapa nak arah-arahkan aku?" Jeling luq Irsyad. Dia terus tersenyum melihat Melur Ellina. Cantik tidak terkata wanita gang sedang berdiri dihadapannya sekarang ini. Nak pengsan!

"Aku abang dia, kau pulak siapa?" Jawab Tengku Emir, geram je tengok muka mamat gedik ni. Sekali aku lenyek...memang kene

Melur hanya tersenyum kecil melihat gelagat mereka berdua, anak matanya meliar melihat ke kiri dan ke kanan. Tidak sengaja dia ternampak dua sosok tubuh yang tinggi lampai, berpakaian serba hitam. Bukankah itu kawan abangnya jugak?. Tetapi seseorang sahaja yang berpakaian hoodie menarik perhatiannya. Siapakah jejaka disebalik hoodie bewarna hitam itu? Mukanya tidak kelihatan kerana tertutup. Matanya tidak dapat lari dari melihat lelaki itu.

"Eh Vano, she looking at you bebeh" Tegur Syeikh Denni Donnello, dia memberikan senyuman mesra kepada Melur. Melur juga menganggukkan kepalanya satu kali, bagi membalas senyuman itu.

"Really? Because i hensem kot" jawab Alvano Ganendra berlagak, Telefon yang menyala itu terus dimatikan. Lalu disimpan ke dalam poket seluar pada bahagian kanan.

"Ceh poyoh" jawab Syeikh Denni Donnello berlagak, dia turut mengekori Alvano dari belakang.

"Balik" Panggil Alvano Ganendra, Luq Irsyad dan Syeikh Denni Donello hanya mengekorinya dari belakang, menuju ke kereta. Manakala Tengku Emir Rollezzo balik bersama adiknya Melur Ellina.

"Kita pergi makan nak tak bang? Melur lapar lah" beritahu Melur Ellina, dia mengusap-usap perutnya perlahan-lahan. Menunjukkan reaksi muka yang manja.

"Baiklah Tuan putri, jom pergi makan" jawab Tengku Emir Rollezzo dengan nada gembira. Dia tersenyum kecil melihat adiknya.

"Yay!!!" 

 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now