BAB 4🏷️

359 29 0
                                    


(KPJ JOHOR SPECIALLIST HOSPITAL) .

Tit! Tit! Tit!

"Doc, pendarahan dia semakin berkurang, banyak sangat darah ni" Beritahu Amirah kepada Maura, matanya mula berkaca, air mata mula membanjiri pipi gebu miliknya. Dia sudah mati akal, panik, bagaimana cara dia harus selamatkan pesakit ini?

"Imran" panggil Maura Morello kepada rakan sekerja nya. "Ya?" Jawab Imran dengan keadaan yang cemas, nafasnya diatur perlahan-lahan, tangannya dipenuhi darah.

"Ambil bekalan darah sekarang!" Arah Maura Morello kepada Imran, itu saja yang dapat membantu pesakit tersebut. Imran terus melangkah keluar dari bilik operasi itu dan menuju ke bilik, di mana tersimpan pembekalan darah.

Tit! Tit! Tit!

"ALLAH!!" Darah kotor milik pesakit itu terkene pada muka Maura Morello. Tiada masa untuk dia membersihkan mukanya, Kini...dia hanya fokus pada satu-satunya pesakit yang berada terbaring dihadapannya.

Keadaan dalam bilik operasi itu menjadi semakin tegang, tidak tentu arah, pesakit ini berkemungkinan tiada peluang untuk menerus kan hidup. Kalau Melur Ellina ada, pasti dia boleh mengatasi semuanya...dia sajalah satu-satunya doctor pakar bedah yang hebat.

Tit...

"T-tak mungkin" Badan Maura Morello terundur seketika, matanya kini seperti tidak percaya akan apa yang berlaku dihapannya sekarang ini, pesakit itu? Ya, pesakit itu tidak dapat diselamatkan.

"Doc, macam mana dengan keadaan anak saya?" Soal Keluarga pesakit itu kepada Maura Morello, seolah-olah dia terlalu mengharapkan anaknya pasti akan sihat seperti dahulu.

"Maaf, Kami tidak dapat selamatkan" jawab Amirah, Maura Morello hanya berdiamkan diri sahaja disamping Amirah, dia penuh berasa serba salah terhadap keluarga pesakit.

Sarung tangan ditanggalkan, Maura Morello kini menuju ke bilik miliknya untuk menenangkan fikiran.

"Why beb? Ada masalah? Tell me tell me" Ujar Bella Nurina kepada Maura, dia tahu sahabatnya sedang tidak baik-baik saja pada waktu ini.

"kenapa Bel ada kat bilik Maura ni?" Tanya Maura Morello, Bella Nurina sentiasa datang ke biliknya, macam dah takde ofis sendiri pulak die. Menyebok saja die.

"Answer my question first Maura" jawab Bella Nurina, Ada saja sahabatnya ingin melarikan diri dari soalan yang ditanyakan. Dahinya berkerut melihat sahabatnya menuju ke meja dan melabuhkan punggung di kerusi.

"Pls beb, Maura stress sangat, sekarang ni" Mukanya dijatuhkan ke meja...dia ingin berehat seketika, waktu sebegini barulah dia dapat berehat, penat bekerja.

"Aku tau kau penat, aku sentiasa ada dengan kau Maura." Ujar Bella Nurina dalam hati, jika salah satu sahabatnya bersedih, pasti dia juga turut sedih, walau sekecil apa pun perkara dan dugaan. Kalau lah Melur berada disini sewaktu sebegini, hanya Melurlah pelukan yang ternyaman bagi sahabatnya.

~

"Atuk ni macam tau tau je makanan favourite Melur" beritahu Melur kepada Dato' Rizaf Iskandar, Melur memang suka akan nasi goreng kampung, tambah-tambah lagi minum bersama teh ais kegemarannya.

"Mestilah, kamu kan cucu atuk" jawab Dato' Rizaf Iskandar, dia tidak dapat tunaikan janji dia untuk pergi makan ke Macdonald, tak larat untuk membawa kerata jauh-jauh, hanya mamak yang berdekatan dengan rumahnya..itupun kedai kegemaran Melur.

"Umm, bila nak start kerja balik? Dah lama tak pijak hospital kamu tu" Soal Dato Rizaf Iskandar, tangannya masih menggenggam sudu dan garfu, makanan disuapkan kepada Melur. Cucu kesayangannya itu, dah besar pun masih nak disuapkan, manja!

"InsyaAllah minggu depan lah tuk" jawab Melur, minggu depan yer? Minggu depannya seolah-olah tahun depan.

"Melur nak ketandas sekejap yer atuk" beritahu Melur, dia terus meninggalkan atuknya dan menuju ke tandas dibelakang kedai mamak itu.

Ada sosok tubuh yang berpakaian serba hitam itu sedang memerhatikannya dari jauh, anak matanya dialihkan kepada skrin telefon, dia tidak berminat untuk mengetahui hal perempuan itu, hanya ternampak dari jauh sahaja.

"Abah!" Panggil Datin Riyana Humairah kepada Dato' Rizaf Iskandar yang berada dimeja makan, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Datin Riyana Humairah berada disitu.

"Kamu buat apa kat sini Riyana?" Soal Dato Rizaf Iskandar kapada Datin Riyana Humairah, matanya tidak berhenti memerhatikan setiap sudut di restoran itu, takut terbocor rahsianya berjumpa dengan Melur.

"Abah tu, buat apa kat sini?" Mata Datin Riyana Humairah melihat ke arah atas meja, terlihat minuman dan makanan kegemaran Melur, pasti abahnya berjumpa dengan Melur!.

"Ha, ni nasi dengan air, makanan favourite Melur kan? Mana Melur? Mana!!?" Soal Datin Riyana Humairah, dia yakin Melur pasti berada disekitar ini.

"Ya Allah, Melur takde dekat sini lah, tak salah kan abah nak makan makanan kegemaran Melur? Abah rindukan dia. Lagipun abah berjumpa dengan kawan abah je" jawab Dato' Rizaf Iskandar, dia tahu Datin Riyana tetap berusaha untuk mencari dimana Melur berada.

"Habistu, mana kawan abah?" Soal Datin Riyana Humairah kepada abahnya.

"Pergi tandas lah" jawab Dato' Rizaf Iskandar dengan selamba, tangannya tidak berhanti menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

"Sejak bila abah ada kawan? Siapa?" Soal Datin Riyana Humairah, dia memang tidak percaya akan abahnya, Ada saja helah untuk menipu dirinya.

"Alah kamu ni, banyak tanya pulak" jawab Dato' Rizaf Iskandar.

"Siapa abah!!" Suara dilentingkan, ramai orang sekitar melihat mereka berdua sekarang ini, malu muka abahnya.

"Ish kamu ni, si Osman tu lah, jiran kita" jawab Dato' Rizaf Iskandar dengan selamba.

"Osman? Riyana tak kenal pun" Dahi berkerut melihat gelagat Dato' Rizaf Iskandar, seperti dia menyimpan sesuatu dari dirinya..

"Kamu yang susah nak bergaul dengan orang memang macam tu." Jawab Dato' Rizaf Iskandar, dia masih mencari-cari dimana cucu kesayangannya itu? Lama nya ketandas.

"Dah lah abah, Riyana pergi dulu, kalau Riyana tau abah cuba untuk menipu... Siap abah!!" Datin Riyana Humairah memberikan amaran kepada abahnya, haih..sudah tidak tahu apa untuk dikatakan kepada si Riyana itu, nasihat berpuluh-puluh kali pun, satu tidak mahu dia dengari. Kepalanya digelengkan berkali Kali, haih penat.

"Hehe sorry tuk, Melur sakit perut tadi" beritahu Melur kepada atuknya nya. Perutnya diusap-usap perlahan lahan.

"Tadi mama kamu datang, Cari kamu"
Beritahu Dato' Rizaf kepada Melur.

"Haa apa?" Dahi Melur dikerutkan sedikit. Nasib saja dia tidak terlalu awal keluar dari tandas. Anak matanya melihat sekeliling kedai...takut mamanya masih berada disini.

"Ya, nasib kamu tak datang awal tadi, kalau tak habis lah Melur" ujar Dato' Rizaf Iskandar kepada Melur, dia mengeluarkan ketawa kecil...saja untuk menyakat cucunya itu.

"Atuk!" Bibir Melur dimuncungkan kehadapan, kesian dirinya asik kene sakat sahaja.

 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now