Bab 13 - special🔥

156 11 1
                                    

Flashback...

"Assalamualaikum, Melur dah balik" dia terus melangkah masuk ke dalam rumah sebelum menuju ke arah dapur, dimana disitu keberadaan mamanya.

"Waalaikumussalam balik pun kamu, mesti lapar kan? Lepas kamu dah mandi wangi wangi semua, datang sini semula, mak ada masak makanan kegemaran kamu!" Mamanya mengukir senyuman manis menunjukkan mangkuk yang berisi makanan kegemaran Melur itu.

"Eh sekejap, mama tak kerja ke harini dekat gerai?" Soal Melur, kening kanan miliknya terjongket keatas.

"Halah tu kamu tak perlu risau, Lepas makan selesai semua, tolong ibu dekat gerai eh?" senyum mamanya kepada Melur.

Melur hanya menjatuhkan kepalanya menandakan setuju, lalu dia terus membuka langkah menuju ke arah biliknya untuk membersihkan diri.

Beberapa minit kemudian...

TING!
Notif WhatsApp berbunyi di telefon bimbit kepunyaan Melur, lalu dia terus menggapai telefon bimbit tersebut dan membuka WhatsApp untuk melihat pesanan yang dihantar.

"Besok cuti, apa kata kita bincang tentang projek kerja kita pada hari esok? Kalau semua on, awal pagi kita gerak, dalam pukul 7 macam tuh?" Beritahu Syeikh Denni Donnello dalam group Whatsapp mereka.

"Boleh jugak cadangan Denni ni, Bel ok je, Vano ngan Melur macam mana? Jadi tak besok?" Tanya Bella.

"Emm boleh je, nak buat kat mana? Nanti kita gerak sekali tau Bel!" Beritahu Melur, sementara menunggu jawapan daripada Bella.

"Boleh ok sat..." beritahunya sebelum dia menyambung text seterusnya. "Pukul 9:00-11:30, dan bertempat di bilik mesyuarat, ok done!" Lengkap maklumat yang diberi oleh Bella itu, sementara menunggu maklum balas dari Alvano.

"Mana vano ni? Tak on dari tadi?" Tanya Syeikh Denni Donnello.

"Aku on" ringkas Alvano menjawab sehingga tiada maklum balas dari rakan rakannya, mereka terus mengakhiri berbualan itu.

Kebesokkan harinya...

"Jadi, projek kita terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian A dan yang kedua bahagian B..." Jelas penerangan Melur disitu sebelum dia melanjutkan penerangannya, manakala rakan rakannya hanya mendengar dan membuat cacatan penting, apa yang mereka dengari.

Beberapa minit kemudian, selepas habis penerangan yang disampaikan oleh Melur sebentar tadi, mereka terus menjalankan tugas masing masing, mengikut arahan yang sudah diberitahu.

"Lagi sikit...lagi sikit..." Laju jari Bella menari di atas permukaan keyboard, anak matanya hanya fokus pada skrin laptop untuk memastikan setiap bait yang ditaipnya betul dan tiada kesalahan. "And done!" Tekan sahaja tombol submit pada paparan skrin laptop itu, mereka tersenyum gembira kerana dapat menyiapkan projek itu dalam beberapa minit sahaja.

"Jom lah pergi makan sekejap nak? Perut tiba tiba bunyi kelaparan ni hehe" ucap Bella dengan muka memujuk, Syeikh Denni Donnello dan Alvano Ganendra hanya mengganggukkan kepala meraka tanda setuju. Manakala Melur seorang masih mendiamkan diri.

"t-t-tapi saya tak..." Tidak sempat Melur untuk menghabiskan ayatnya.

TIBA TIBA...

"Aku belanja jom" Bisik Alvano, dia terus menarik tangan Melur untuk mengikut bersamanya.

~🏷️~

"Thanks belanja saya makan" Ujar Melur, dia hanya menanti jawapan daripada lelaki yang sedang duduk dihadapannya sekarang ini.

Lelaki itu tidak bersuara, dia hanya menganggukkan kepalanya dan menatap jauh dalam anak mata milik Melur Ellina.

"Cantik..." Itu yang terkeluar daripada Mulut Alvano.

"Haa apa?" Dahi Melur berkerut, apa yang dia cakap? Cubalah cakap tuh kuat kuat sikit! Gumilnya didalam hati.

"Makan cepat sikit, tak elok balik lewat" Ujar Alvano dengan tegas, Melur menjatuhkan kepalanya menandakan iya.

~🏷️~

Setibanya dia ingin melangkah masuk ke dalam rumah, ada satu sosok tubuh seseorang lelaki yang sedang menunggu kepulangan Melur.

"Abah?" Teka Melur sambil keningnya terjongket ke atas.

"Kau pergi mana? Pukul berapa dah sekarang ni!! Lewat balik!" Tengking abahnya, kedua dua bahu kiri dan kanan turun naik menunjukkan dia dalam keadaan amarah.

"Melur per..." Tidak sempat dia mahu menghabiskan ayatnya, bapanya membaling beg berisi baju itu dihadapan Melur.

"A-a-apa ni?" Tanya Melur, air matanya turut jatuh waktu itu. Apa yang dah berlaku sebernanya ni? Apa yang aku dah buat? Sehingga abah marah aku sampai macam ni sekali? Ya Allah, ampunilah dosa aku!...ujarnya didalam hati.

"Aku tak sanggup nak dengar bualan orang kat luar sana tentang kau! Amik baju ni, dan berambus!" Abahnya menolak Melur keluar dari rumah.

Melur terasa sedih, sakit dan perit sekarang ni. Hanya Allah saja yang tau perasaan luka didalam hatinya ini. Ya Allah, apa ujian dan dugaan untuk aku kalini? Aku tak mampu nak hadap semua ni YA ALLAH!!!...jerit Melur dalam keadaan teresak esak kesedihan. Nafasnya diatur perlahan lahan, dan cuba untuk bertenang seketika.

PUSH!!

Bergema rumah dengan bunyi hempasan pintu yang ditutup oleh abah Melur.

"Abang, awak buat apa ni? Tu anak kita!!" Tegur isterinya, Mata tidak dapat membohongi segala perkara, jelas mata isterinya seperti mahu menangis ketiadaan Melur dirumah.

"Awak jangan cuba nak cari dia kalau tak...siap awak saya kerjakan nanti!" Amaran yang keras diberi oleh si suami, lantas dia meninggalkan perempuan itu seorang diri di ruangan tamu.

"Awak nak pergi mana tuh haa!" Kuat suara ibu Melur bertanya kepada suaminya. Geram perasaan ni, sampai hati dia buat anak aku macam ni! Tunggu balasan...

"Keluar, duduk rumah ni makin serabut otak" ucapnya dengan endah tak endah, dia terus keluar dari rumah itu.

~🏷️~

Gelap sunyi kawasan lorong itu dengan adanya angin yang bertiup sepai...

Melur menangis teresak esak dalam keadaan duduk memeluk badannya sendiri. Gelap suasana disana, hanya dia seorang yang berada di kawasan gelap itu.

"A-a-aku nak bahagia, tak layak ke aku?" Teresak esak Melir menangis, dia cuba untuk mengawal pernafasan secara perlahan lahan.

Dia hairan dan tidak tahu dimana keberadaannya sekarang ini? Sudah terlalu jauh dia membawa dirinya sampai ke kawasan yang gelap ini, apa yang perlu aku buat sekarang ini? Penat untuk berfikir...dia mati akal untuk berbicara. Semakin kuat tangisannya, semakin lelah tubuh badan.

TIBA TIBA...

 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now