Bab 15 -special🔥

43 1 0
                                    

BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN...

"Kenapa aku rase tak sedap hati sepanjang menumpang dekat rumah dia ni?" Ucapnya didalam hati sambil melihat pemandangan luar didalam bilik. Mungkin takde pape kot?

Tok Tok Tok...

Terdengar bunyi ketukan pintu diketuk oleh seseorang, lantas Melur terus mengalihkan pandangannya melihat keaarah pintu tersebut.

"Siapa tuh?" Tanya Melur dengan mengerutkan sedikit dahinya. Kepalanya disengetkan sedikit.

"Mateen!" Jawabnya...

Lega Melur dengar apabila Mateen yang mengetuk pintu biliknya sebentar tadi.

"Boleh saya masuk?" Tanya Mateen.

"Ya" singkat sahaja Melur menjawab, banyak perkara yang sedang bermain difikirannya sekarang ini. Dia terasa gelisah, tidak selesa, risau, takut...semuanya tercampur aduk sekali sehingga sebati.

Tiba tiba dia teringat akan beberapa perkara yang sudah terjadi selama dia bersama lelaki itu...

FLASHBACK...

"Mateen? Kenapa saya tak pernah nampak adik beradik awak yang lagi sorang tuh? Dah berapa lama saya duduk kat sini, tak pernah pun nampak die. Bukan awak ni kembar tiga ke?"

"Dia takde"

"Apa maksud awak yang dia takde?"

~🏷️~

Sunyi, gelap, suram, dan angin bertiup kencang dalam situasi itu, dia cuba untuk berlari sekuat mana yang mampu untuk pulang ke rumah...

Tiba tiba...

MATEEN!!!

Jerit Melur Ellina sambil berlari melihat ke kiri dan ke kanan, dia dapat merasakan ade seseorang yang sedang mengejarnya dari belakang.

BUSH!!!

Kuat hempasan pintu rumah itu berbunyi, sehingga membuatkan Alvano terkejut seketika. Melur Ellina tidak dapat mengawal hembusan nafasnya. Bahu kiri dan kanannya turut naik dan turun. CUKUP!! AKU RASA TAK SELAMAT!!!

"Kau dah kenapa?" Tanya Alvano sambil mengerutkan dahinya, pelik tengok perempuan ni. Macam ade yang tak kene je setiap hari.

"A-a-ade orang ikut saya sampai balik rumah!" Ujarnya dalam keadaan cemas, terus Alvano menuju ke arah pintu dimana Melur Ellina berdiri disitu. Terus kepalanya melihat ke kiri dan ke kanan melihat kawasan disekitar rumah itu, takde apa apa yang mencurigakan? Perasaan Melur je kut?

"Takde pape pun? Perasaan kau je tu" Dengan endah tak endah dia terus membuka langkah menuju ke arah dapur dengan wajahnya yang kosong, takde perasaan langsung lah dia ni!

"T-t-tapi betul lah tadi..." Penat Melur untuk bercerita, perasaan takut ni mungkin hanya dirinya saja yang dapat rasai.

"Ape aku nak buat sekarang ni, seolah olah aku sentiasa diperhatikan"

Tersenyum sinis lelaki itu sambil mencicip sedikit kopi panas yang baru dibuatnya sebentar tadi.

~🏷️~

"Dik semuanya sekali berapa?" Manis muka Melur apabila berbicara dengan penjaga kaunter makanan tersebut.

"RM 5.60" jawabnya mesra.

"Terima kasih" Sebaik sahaja Melur memusingkan badangnya untuk keluar dari kedai tersebut, ade seseorang yang memanggil dirinya.

"Kak, awak lupa barang ni" Tegur pekerja kedai tersebut.

 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now