BAB 3 🏷️

391 30 4
                                    

"Baru balik?" Soal Datin Riyana Humairah, dia mengalihkan pandangan melihat jam tangan yang terletak pada dinding rumah. Kaki kanan disilangkan ke atas peha kiri. Kini dia menunggu jawapan dari Tengku Emir Rollezzo.

"Lah ma, Emir balik lambat salah, balik cepat pun salah." Jawab Emir, baru selangkah masuk ke dalam rumah, sudah disoal siasat oleh Datin Riyana Humairah yang sedang duduk di ruang tamu.

"Memang tak salah pun, pergi mana tadi?" Soalnya, dia mahu kan kepastian sama ada anaknya benar-benar tidak ketahui dimana kelibat Melur berada. Dia memandang Tengku Emir Rollezzo dengan tatapan yang penuh makna.

"Jumpa kawan" singkat Tengku Emir menjawab, dia meletakkan telefon bimbit miliknya, lantas terus pergi ke dapur untuk mengambil secawan teh.

"Ye ke? Kamu pergi jumpa Melur kan tadi?" Datin Riyana Humairah menanyakan soalan perangkap, dia pasti yang Tengku Emir mesti berjumpa dengan Melur.

"Apa mama merepek ni, Melur pun tak ada call Emir atau bagitau pape" Pandangan terus dialihkan kepada Datin Riyana Humairah sebaik saja selesai menuang teh ke dalam cawan, dahinya dikerutkan sedikit.

Tengku Emir memang pandai untuk memainkan perwatakan yang berlainan, orang sekeliling memang mudah percaya apa yang dikatakan olehnya...bukan sahaja pandai menipu, malah reaksi mimik muka pun pandai dia mengubahnya..kadang-kadang menangis, ketawa, dan disebaliknya. Itulah anak didik Lelaki Misteri...yang diajar dengan penuh kekejaman. Tapi, ada taman yang terisi di hati.

"Ouh baik, kalau mama dapat tahu yang kamu cuba tipu, siap!" Amaran Datin Riyana Humairah kepada Emir, dia tidak puas hati, kenapalah Melur membuat hal pada waktu sebegini?.

Kring! Kring! Kring!

Bunyi telefon bimbit kepunyaan Datuk Rizaf Iskandar berbunyi, siapakah gelaran nom yang tidak dikenali ini di skirn telefon bimbit miliknya? Hairan...

"Angkat lah atuk, jangan ditenung lama skrin telefon nya." Sergah Tengku Emir, dia berada di belakang Datuk Rizaf Iskandar yang berada di tepat hadapan kolam ikan.

Datuk Rizaf Iskandar memandang Tengku Emir dengan wajah kosong, dia masih takut untuk mengangkat panggilan, trauma nya masih belum hilang...banyak kali kene scam duit, rupanya cucunya Tengku Emir sendiri yang prank atuknya. Habis duit 10 ribu nya diambil.

"Tu Melur, angkatlah" bisik Tengku Emir.

"Sudahlah kamu, nak duit cakap lah, jangan kene kan atuk lagi" Ujar Datuk Rizaf Iskandar, mukanya dialihkan memandang kolam ikan.

"Allahu mana ada, angkatlah atuk kesian Melur dok call dari tadi"

Datuk Rizaf Iskandar mengambil telefon bimbit miliknya yang berada di atas meja. Dia menekan tombol hijau di skrin telefon bimbit nya.

"Assalamualaikum, siapa di sana?"

"Atuk!!" Jerit Melur, pekak telinga dibuatnya, sudahlah dekat Tengku Emir abangnya, ini pulak pada atuknya sendiri.

"Ya Allah bertuah betul budak sorang ni, pergi mana? Kenapa tak call? Kenapa buat mama atuk risau?" Soal Datuk Rizaf Iskandar, kerisauan terhadap cucunya itu tiada ganti. Nasib sayang, kalau tak..lama dah kene hempuk. Dahi yang tidak kesakitan itu diurut perlahan lahan.

"Rindu lah atuk, jom keluar makan besok" jawab Melur, lain ditanya, lain yang dijawab.

"Ish kamu ni, jawab dulu"

"Melur malas, sebabtu Melur off fon ni..nanti mama call buat sakit kepala saja, maafkan Melur buat atuk risau." Jawab Melur.

"Hmm iyalah kamu, nanti..." Tidak sempat Datuk Rizaf Iskandar ingin menghabiskan ayat, Datin Riyana Humairah sudah menuju ke arah mereka.

 MY. BODYGUARD | OGWhere stories live. Discover now